PENANGAN ZUL AARYAN DAN ZARA ANDREA BAKAL BUAT PENONTON TAK SENANG DUDUK

Saturday, 11 July 2026

PENANGAN ZUL AARYAN DAN ZARA ANDREA BAKAL BUAT PENONTON TAK SENANG DUDUK | Fenomena Wattpad “Yes! Captain Zul Aaryan” Mendarat di Akasia TV3!

Kuala Lumpur, 11 Julai 2026 – Selepas meraih sambutan luar biasa dalam kalangan pembaca, Yes! Captain Zul Aaryan kini bersedia mencipta fenomena baharu di kaca televisyen menerusi slot Akasia TV3, dibawakan oleh Cadbury Dairy Milk Biscoff. Dengan lebih 2.48 juta bacaan di Wattpad serta jualan melebihi 40,000 naskhah, karya sensasi Wnfhanna ini menampilkan Anna Jobling dan Jazmy Juma sebagai watak utama, gandingan yang sememangnya serasi dalam menghidupkan drama ini.

Menemui penonton bermula 10 Julai 2026, drama bersiri 30 episod terbitan Zamriez Golden Picture Sdn Bhd, hasil nukilan skrip Rozie Rashid dan arahan Nizam Zakaria ini turut dibarisi Natasha Sass, Nafiz Muaz, Daniel Fong serta ramai lagi pelakon hebat.

Ia berkisarkan Zul Aaryan (Jazmy Juma), seorang juruterbang yang juga CEO, yang memilih untuk menutup pintu hatinya selepas dikhianati bekas kekasihnya. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Zara Andrea (Anna Jobling), seorang pelatih praktikal yang berani dan tidak mudah tunduk kepada sesiapa. Pertemuan yang bermula dalam suasana tegang ini menemukan dua individu yang sering bertentangan pendapat dan sukar mencari titik persefahaman.

Ketika hubungan mereka terus diuji dengan pelbagai konflik, tekanan keluarga akhirnya menyatukan mereka dalam satu ikatan yang tidak pernah dijangkakan. Di sebalik pertelingkahan, sindiran dan ego yang sering menjadi penghalang, mungkinkah benih cinta mula tumbuh tanpa mereka sedari?

Berkongsi mengenai pengalamannya membawakan watak utama dalam Yes! Captain Zul Aaryan arahan Nizam Zakaria, Jazmy Juma berkata, “Captain Zul Aaryan ialah watak yang sangat menarik dan saya bersyukur kerana diizinkan serta diberi peluang menghidupkan karakter ini di skrin. Membawakan watak seorang juruterbang juga merupakan antara impian dalam bucket list saya sebagai pelakon. Alhamdulillah, melalui watak ini saya dapat merasai sendiri tanggungjawab dan peranan seorang captain, selain mengeluarkan sisi seorang captain dalam diri saya. Anna pula merupakan rakan gandingan yang sangat baik dan keserasian yang terjalin sepanjang penggambaran banyak membantu dalam menjayakan setiap babak. Harapnya penonton bersedia menaiki penerbangan Captain Zul Aaryan ini kerana tidak semua penerbangan melalui langit yang cerah, begitu juga perjalanan Zul Aaryan dan Zara Andrea.”

Sementara itu, Anna Jobling berkata Yes! Captain Zul Aaryan membawakan lebih daripada sekadar kisah cinta. “Pada saya, kekuatan cerita ini terletak pada perjalanan emosi setiap watak. Hubungan Zul Aaryan dan Zara Andrea tidak terus berubah dalam sekelip mata, sebaliknya berkembang melalui pelbagai konflik, salah faham dan detik yang mengajar mereka tentang kepercayaan, pengorbanan serta kasih sayang. Saya harap penonton dapat menikmati perjalanan itu bersama kami.” 

Mengulas mengenai pendekatan arahannya pula, Nizam Zakaria berkata Yes! Captain Zul Aaryan membawa penonton menyelami dunia penerbangan yang menjadi latar utama kepada perjalanan cinta Zul Aaryan dan Zara Andrea. “Kami mahu dunia penerbangan benar-benar terasa hidup di layar. Sebab itu, penggambaran dijalankan di pelbagai lokasi termasuk kokpit, pesawat, hangar dan lapangan terbang bagi memberikan pengalaman yang lebih realistik. Setiap visual disusun untuk menyokong perkembangan emosi watak dan membawa penonton mengikuti setiap perjalanan bersama Zul Aaryan dan Zara Andrea dari awal hingga akhir.” 


Bersempena pelancaran drama ini, Majlis Tayangan Perdana Episod Pertama dan Sidang Media telah diadakan, yang diserikan dengan kehadiran novelis Wnfhanna, wakil penerbit Idea Kreatif, barisan pelakon iaitu Jazmy Juma, Anna Jobling, Natasha Sass, Nafiz Muaz dan Daniel Fong, pengarah Nizam Zakaria serta barisan produksi. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan runut bunyi (OST) rasmi drama ini, Lumangad Oku Dika oleh Ryenald Guntabid, serta OST kedua, Surat, yang dipersembahkan secara akustik oleh Dukes. 

Melengkapkan lagi drama ini bersama Cadbury Dairy Milk Biscoff, gandingan Anna Jobling dan Jazmy Juma turut menyerlahkan keserasian yang cukup istimewa, sama seperti Cadbury Dairy Milk Biscoff yang menggabungkan kelembutan coklat susu dengan rangupan karamel Biscoff untuk menghasilkan gabungan yang sempurna dan satu padanan yang saling melengkapi.


Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Yes! Captain Zul Aaryan yang mula bersiaran pada 10 Julai 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia TV3.

Penonton juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, melalui laman web atau aplikasi iQIYI di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.