Sekarang tengah kecoh kan ZUS Tea Fresh Brew Series dengan peraduan gores dan menang? Kita pun mestilah terjebak sekali sebab nak main gores gores tengok luck kita tahap mana.
Awal tu plan nak beli Da Hong Pao tapi bila baca review orang kata pahit, cancel lah niat tu. Terus beli Iced white Peach Oolong Milk Tea sebab sebelum ni pun memang minum yang ni. Fariha beli Da Hong Pao sebab nak try tapi dia beli yang panas sebab tengah batuk.
Kitorang beli dekat apps masing-masing supaya dua-dua dapat menggores pagi tu. Fariha dapat Scratch Card warna merah, I dapat warna hijau tapi kalau ikutkan warna Scratch Card tak ikut warna cup yang dibeli pun. Katanya lah, I pun tak pasti sebab first time purchase.
Masa pick-up ni nampak lah Zurista buat dua cup serentak but not mine lah sebab order I awal 1 nombor dari Fariha punya. Tak pasti lah Zurista tersilap menu ke apa sebab Da Hong Pao tu rasa sebijik sejiban macam White Peach Oolong Milk Tea versi suam.
Lepas dah gores akan nampak kod. Buka app ZUS lepastu pergi ke bahagian voucher dan masukkan kod yang ada pada kad. Tekan claim nanti akan keluar lah hadiah apa yang kita dapat.
Anyway, I gores dapat yang ni which is good lah sebab balik modal hshshs Fariha tak ong sebab dia dapat RM2 off je. Hari sebelumnya tu pun dia dapat 10% off. Korang dah gores ke? Kalau dah, dapat apa?
By the way kad ni kena simpan untuk second round pulak. Semoga Farhana Jafri menang kereta aminnnn!



Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.