Pengarah: Shaneil Deo
Penulis Skrip: Adivi Sesh, Shaneil Deo, Kaarthikeya Kalakota, Abburi Ravi (Telugu dialogues), Yash Eshwari (Hindi dialogues)
Pelakon: Adivi Sesh, Mrunal Thakur, Anurag Kashyap, Zayn Marie Khan, Atul Kulkarni, Kamakshi Bhaskarla, Anam Kaur, Zarina Wahab, Vaibhav Tatwawadi
Syarikat Produksi: Annapurna Studios (presenters), S. S. Creations, Suniel Narang Production
Pengedar: Moksha Movies, Think Studios, Amazon Prime Video
Genre: Romantik / Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 152 minit
Tarikh Tayangan: 10 April 2026
Trailer:
Berlatarkan tahun 2021 ketika pandemik Covid-19 melanda India, K. Haridas (Adivi Sesh) melarikan diri dari penjara setelah terperangkap selama 13 tahun dengan bantuan oleh Ishaq Bhai (Atul Kulkarni). Dia mempunyai masa selama 3 hari untuk berhijrah ke Dubai dengan identiti baru.
Sementara menunggu semua persiapan selesai, dia secara kebetulan bertemu dengan Juliet, bekas teman wanitanya yang menjadi punca dia dipenjarakan. Hari mengekori Saraswati (Mrunal Thakur) hingga ke Hospital Karuna dan mendapati suaminya, Bhaskar mengalami penyakit kronik dan perlu buat pembedahan pemindahan jantung dengan segera.
Namun dek tertipu oleh pihak hospital, Saraswati perlu mencari Rs 1 crore dalam masa 3 hari untuk mendapatkan jantung baru. Sesuatu yang agak sukar kerana memerlukan darah AB negatif dan tak ramai penderma dari golongan darah yang sama.
Awalnya Hari ingin lupakan niat untuk membalas dendam kerana Juliet dia sendiri dah hidup sengsara tapi sebaik saja dia ingin pulang, Hari terlihat sindiket hospital yang meraih untung berlipat kali ganda dari keluarga pesakit yang terdesak. Hari maklumkan pada Ishaq Bhai untuk merompak Hospital Karuna di setiap cawangan dan ugut Juliet untuk menjadi pemandu kereta.
Saraswati dengan mudahnya bersetuju kerana dia terdesak perlukan duit untuk bayar semua hutang yang tertunggak dan pembedahan jantung tersebut. Jenayah mereka berdua hampir berjaya sehingga lah Ketua Inspektor Rambabu (Anurag Kashyap) ditugaskan untuk menangkap perompak yang mengugut anaknya, Inspektor Janaki (Zayn Marie Khan).
Filem Dacoit: A Love Story merupakan filem debut kepada pengarah juga penulis, Shaneil Deo yang sebelum ini aktif sebagai sinematografer. Filem Dacoit: A Love Story diusahakan oleh Shaneil dan Adivi selama dua tahun dan diinspirasikan oleh filem sholay dan The Magnificient Seven. Menggunakan tema balas dendam sebagai premis utama.
Ada banyak sebab tertarik untuk layan filem Dacoit: A Love Story. Sebelum ni dah pernah layan filem Goodachari (2020) dan Major (2022) lakonan Adivi sebagai badan beruniform jadi penampilan dia memang segak. Berbeza dengan Dacoit: A Love Story yang perlu paparkan watak dari kasta rendah. Genre aksi tak banyak sangat pun tapi lebih kepada romantik dan drama.
Alur penceritaan Dacoit: A Love Story didukung oleh elemen saspens sebab rancangan untuk merompak Hospital Karuna muncul secara tiba-tiba. Jadi bila filem bergerak, memang susah nak agak apa yang dua watak utama ni nak buat. Yang pastinya, Hari memang akan lemah dengan Juliet sebab dari dulu rasa sayang tak pernah hilang pun. Dendam tu sebab dia sakit hati Juliet kata tak kenal bila buat statement dekat balai polis.
First time Mrunal Thakur berlakon dengan Adivi Sesh tapi chemistry menjadi betul, sampai teringat-ingat chemistry Mrunal dengan Dulquer dalam Sita Ramam (2022) atau dengan Nani dalam filem Hi Nanna (2023). Beremosi bila tengok momen sedih antara Hari dan Juliet walaupun menyampah dengan ending.
Lakonan Mrunal sebagai Saraswati sama tinggi dinamikanya dengan Adivi, tak kisah lah dalam flashbacks atau pun latar masa sekarang. Banyak emotion range dia tonjolkan sebagai kekasih, isteri dan ibu. I’m glad dia dapat buat apa yang dia buat dekat penghujung cerita.
Kudos to casting director sebab pandai cari pelakon sebab muka Zarina Wahab ada iras dengan Mrunal tapi yang persis sama adalah Anam Kaur sebagai anak Saraswati bernama Chinni. Nampak meyakinkan dan hidup hubungan ibu dan anak ni dari awal sampai ke hujung filem. Tak pasti lah Chinni anak Hari ataupun bukan tapi rasa macam ya sebab ada dialog yang suami dia persoalkan tentang Hari dan Saraswati masa bercinta dulu.
Kelemahan filem Dacoit: A Love Story terletak pada logik di mana Hari bercerita kepada Ishaq Bhai tentang macam mana dia boleh dipenjarakan selama 13 tahun gara-gara penipuan seorang wanita. Dekat awal filem memang pelik sangat kenapa Ishaq Bhai sayang sangat dengan Hari padahal tak ada pertalian darah pun. Dekat second half baru tahu sebilik dalam penjara. Terus nampak pelik babak dekat awal filem sebab dia beria cerita macam Ishaq Bhai tak pernah dengar cerita tu.
Tapi boleh diterima lagi lah sebab Ishaq Bhai tak sibuk pun nak dengar curhat orang. Mungkin juga dia lupa Hari pernah cerita sebab faktor usia. Tapi bila Hari kata nak pergi romak Hospital Karuna, dia pun tak beria membantah. Lagi pelik bila Hari nak ugut Saraswati jadi driver padahal ada masalah asma. Filem aksi dengan asma macam terasa pelik benar dalam satu ayat yang sama. Apatah lagi filem sepanjang 152 minit.
Cara Hari merompak Solomon Reddy (Prakash Raj) memang mengundang dan mencabar padahal bawa orang yang tak berpengalaman buat kerja jahat. Tak semena-mena filem jadi draggy tunggu Saraswati kutip duit dan tak semena-mena juga dia kena ubah rancangan asal. Kalau watak Solomon Reddy muncul lepas tahu ada rompakan baru lah terasa ketegangan konflik dari pihak antagonis.
Anurag Kashyap nampak lemah betul bila share screen dengan Prakash Raj. In fact, lemah sebagai ketua polis walaupun dia cuba untuk potray dark energy walaupun di pihak yang benar.
Untuk filem aksi, perjalanan Dacoit: A Love Story memang sloppy tapi untuk genre romantik drama, filem ni ada kekuatan dia. I wish Mrunal Thakur akan dapat berlakon lagi dengan Adivi Sesh dalam naskhah yang lebih menarik atau modern love story. This jodi deserve another chance!
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 5.5/10

.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.