Movie Review | Hi Nanna (2023)

Saturday 27 January 2024


Director: Shouryuv
Writers: Shouryuv, Bhanu Dheeraj Rayudu, Vasanth Sameer Pinnamaraju
Cast: Nani, Mrunal Thakur, Kiara Khanna, Jayaram, Shilpa Tulaskar, Angad Bedi, Shruti Haasan 
Production Company: Vyra Entertainments
Distributor: Gemini TV, Netflix
Genre: Romance / Drama
Running Time: 155 minutes
Release Date: 7 December 2023 
Trailer :


Hi Nanna mengisahkan tentang Viraj (Nani), seorang jurugambar fesyen yang mempunyai studio di Mumbai. Viraj mempunyai seorang anak perempuan berusia 6 tahun bernama Mahi (Kiara Khanna) namun menghidap penyakit cystic fibrosis. Ayah Viraj (Jayaram) juga tinggal bersama dan turut menjaga Mahi. 

Anak perempuan Viraj merupakan pelajar yang cerdas dan sentiasa dapat tempat pertama dalam ujian. Untuk usaha tersebut Viraj sudah berjanji akan ceritakan tentang ibunya. Dari kecil sehingga Viraj tak pernah buka mulut tentang identiti ibu Mahi. Tapi janji tersebut sentiasa dimungkiri hingga Mahi bertindak untuk lari keluar dari rumah bersama anjing peliharaannya, Pluto. 


Ketika di bandar Pluto berlari ke arah Yashna (Mrunal Thakur) yang sedang bersiar-siar. Yashna juga selamatkan Pluto dan Mahi dari dilanggar oleh lori. Ketika menunggu Viraj tiba di sebuah kafe, Mahi ceritakan semuanya kepada Yashna sehingga wanita tersebut menuntut janji yang sama dari Viraj. 

Akhirnya Viraj mengalah dan ceritakan bagaimana dia berjumpa dengan Varsha tapi Mahi guna identiti Yashna untuk bayangkan cerita tersebut. Viraj ceritakan bagaimana mereka berdua berjumpa di Coonoor dan mula berkawan kemudiannya jatuh suka. Varsha yang benci dengan perkataan cinta mula sayang dengan Viraj dan setuju untuk berkahwin. 


Selepas 3 tahun, Varsha ambil satu lagi langkah yang besar dalam hidupnya iaitu mempunyai anak. Awalnya Viraj setuju untuk hidup tanpa anak tapi sejak dulu juga dia suka mungkir janji. Setelah melahirkan Mahi, bayi mereka dimasukkan ke NICU kerana cystic fibrosis dan tak mampu hidup lama. Varsha kemurungan kerana berita tersebut lalu tinggalkan Viraj dan Mahi. Yashna yang terkesan dengan cerita tentang Varsha cuba masuk ke dalam dunia Viraj dan Mahi. 

‘I wish I had meet you in Coonor. I wish I had fallen in love with you. I wish I had married you. Mahi… I wish she had been born to me.’ - Yashna


Rasa nak layan filem ni sebab selalu nampak Mrunal update dekat Instagram. Dah lama jugak tak layan filem Nani lepas Ninnu Kori (2017). Bila masuk Netflix lagi seronok lah nak tengok sebab ada dubbed dalam Hindi. Naskhah romantik drama yang diarahkan oleh Shouryuv mempunyai jalan cerita yang menarik sarat dengan elemen kekeluargaan di mana Viraj korbankan segalanya untuk lihat Mahi hidup sihat. 

Pengarah tak buang masa langsung pada first half dengan ceritakan pengorbanan dan usaha Viraj untuk pastikan Mahi cukup serba-serbi. Terharu tengok babak Mahi sedih rama-rama tak hinggap lama di tingkap bilik sebab tak ada bunga jadi Viraj gantikan pokok biasa dengan pokok bunga supaya lebih banyak rama-rama datang. Usaha dia kecil je tapi nilai tu besar sangat. 


Sama macam Mahi, kita pun tertanya-tanya keberadaan ibu Mahi. Lagi bertambah rasa ingin tahu bila pengarah selitkan beberapa situasi sampai Mahi rasa memberontak nak tahu tentang Varsha. Bila muncul Yashna, cerita makin seronok sebab karakter Yasha yang carefree, pandai memujuk dan ayu buatkan Viraj lembut hati. Karakter Mahi lebih kurang sama dengan Yashna dan mungkin sebab tu tak sampai satu hari Yashna dengan Mahi selesa bersama. 

Dekat second half banyak lah babak beremosi sebab Viraj sebolehnya tak nak Yashan dekat dengan Mahi sebab Yashna juga akan berkahwin dengan Dr. Aravind (Angad Bedi). Masa ni entah berapa kali menangis sebab beberapa konflik wujud. Antara cinta dengan takdir, susah nak agak yang mana akan menang. Walaupun genre drama tetap ada kejutan yang penulis wujudkan supaya cerita kekal menarik hingga ke hujung. 


Lakonan Kirana Khan mencuri hati, tak ambil masa yang lama pun untuk suka dengan kehadiran Mahi. Bila Viraj marah Mahi rasa kesian sangat sebab janji yang dia tuntut tu bukan susah untuk dibuat pun. Tapi bila masuk second half kita dah tahu kenapa Viraj simpan rahsia tu selama yang boleh. Mahi sendiri pun tak nak Viraj cerita lagi tentang Varsha atau sebut tentang Yashna. Jangankan Mahi, Pluto pun bijak bereaksi dalam beberapa babak. 

Kekuatan naskhah Hi Nanna terletak pada chemistry Mrunal dan Nani sebagai pasangan kekasih yang sanggup melalui ujian dunia bersama. Dari rumah flat kecil yang tenggelam dengan air ketika hujan hingga ada rumah banglo besar. Dari hidup bergantung dengan gaji kecil hingga boleh gajikan orang lain. Perjalanan Viraj dan Varsha tak mudah sebenarnya tapi bahagia sampailah trauma datang kembali. 


Filem Hi Nanna bukan saja paparkan kasih sayang si ayah malah mengupas mesej sosial tentang trauma hidup dari broken family sepertimana yang dialami oleh Varsha dan adiknya. Kenapa trauma dumping adalah bahaya kepada persekitaran anak-anak. Happy bila tengok Varsha jumpa suami macam Viraj. Semua ketakutan Varsha hilang sebab Viraj kecuali keadaan Mahi. 

Sanu Varghese sulam keindahan kisah romantik drama Hi Nanna dengan panorama aesthetic sepanjang 155 minit. Landskap geografi Coonor membantu penceritaan romantik antara Viraj dan Varsha, pada second half Goa pula mengambil alih. Wardrobe dan art team juga menonjol dengan kreativiti mereka menjadikan visual Hi Nanna sesuatu yang memukau ditonton. Pengarah masukkan elemen hujan untuk babak pertemuan Viraj dan Varsha, hujan ketika mereka berpisah dan kemudiannya dalam babak Viraj bertemu Yashna. Dekat dinding bilik Mahi pun ada corak titisan hujan tanda Viraj tak pernah lupa kenangan bersama Varsha. 


Filem Hi Nanna merupakan filem komersial yang sarat dengan emosi, cinta dan harapan. Thank you Hi Nanna production team for producing a beautiful love story. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.