Farewell Sheera

Sunday 7 January 2024


Rasa macam sekejap je 9 bulan Sheera buat chambering dekat Ram Reza & Muhammad, tup tup dah masuk bulan Disember 2023. Untuk farewell, kitorang tak buat farewell pun sebab masing-masing busy so kitorang bergambar and spend time sama-sama je lah hari Jumaat tu. 







Sheera dah pesan sehari sebelum supaya jangan breakfast pagi Jumaat tu sebab dia nak bawa nasi lemak. Kalau nasi lemak dekat luar dapat telur rebus potong 8, mak Sheera buat telur rebus sorang sebiji. Puas hati makan nasi lemak mak Sheera. Dah la sedap. 


Pagi tu memasing menjerit lapar tapi bila bergambar, habis setengah jam sebab nak cari angle dengan lighting cantik. Tripod dekat office sebelum ni rosak jadi terpaksa lah buat manual guna timer. Nasib lah Aufa datang tolong ambilkan gambar untuk Corporate Department. Baru lah seronok semua dapat gambar cantik. Masa makan tu senyap sunyi sebab semua lapar. Sheera bawa carrot cake juga untuk dessert. 



Habis je makan Sheera ajak Ain, Syaz dengan I pilih hadiah farewell yang mana kitorang nak. Semuanya sama je foot soak cuma beza fragrance. Sheera kata dia beli dekat Shopee je sebab senang, ada box sekali pastu cantik. Tak pernah terfikir pulak nak bagi set foot soak dekat orang. Nice gak idea ni kan. 


Semalamnya Aufa dah datang ajak dinner together lepas habis kerja sebab dewan yang kitorang book untuk event tu dah dekat sangat dengan OU. Aufa nak dinner last time dengan Sheera lepas habis rehearsal. I okay je sebab video untuk majlis tu dah siap. Sheera dengan Tasya pun onz. Tak lama lepas tu Syaz dengan Yun pun join sekali makan dekat K-Fry. 

I gerak lepas solat Maghrib sebab jalan tak sesak dah masa tu lepas tu park dekat Dataran Parking One Utama sebab dekat dengan K-Fry. Senang pulak tu nak cari parking. Bila dah sampai K-Fry confident terus masuk dalam cari Aufa dengan Tasya tapi tak ada. Lepastu baru call tanya diorang dekat mana rupanya I orang first yang sampai. Cepat-cepat ambil nombor giliran sebab masa tu ramai jugak orang. K-Fry ni even weekdays tak surut orang dekat sini. 


Masa menunggu tu kitorang dah order sebelum dapat table so kitchen boleh prepare cepat makanan kitorang. Masa order makanan tu jadi lama sebab Sheera cari jjangmyeon favorite dia tapi menu tu dah discontinued which is quite weird jugak lah sebab jjangmyeon kan menu popular Korean. Jjang tu ada je tapi makan dengan nasi atau udon. Weird. Sheera proceed jugak lah order jjang dengan nasi. Kitorang order fried chicken bumbuk, tteokbokki, totter tots, ramen chicken dengan bulgogi fries sebab 6 orang nak makan. 

Tapi pukul 8 lebih tu Syaz bagitahu dia dengan Yun tak dapat join sebab rehearsal tak habis lagi. Banyak betul cekadak head of event tu nak tukar itu ini last minute padahal bukannya majlis besar pun, even Datuk dah cakap nak buat informal je. Jadi geram sebab rehearsal dari jam 5 petang melarat sampai 10 malam. Kau dah kenapa? Haa tiberrr meroyan kat sini. 

Sedih lah Syaz dengan Yun tak dapat join sebab kitorang dah plan cantik dah for that day. Siapa tak geram kan plan rosak sebab sorang buat perangai kan? Anyway lepas habis makan tu kitorang ambil gambar dekat decoration Krismas di ruang tengah One Utama. Cantik sangat deco tahun ni sebab dia buat tree house penuh dengan pokok Krismas. 







Masa ambil gambar ni ramai budak-budak tengah main aci ligan. Walaupun muka kitorang cantik je dalam gambar tapi dah berapa kali mengelak budak-budak lari sana sini. Ikutkan mulut memasing, banyak benda lagi nak cerita tapi masa tu dah pukul 10.30 dah. Tak boleh lama-lama nanti Tasya lambat sampai rumah sebab duduk Rawang. Paling seronok Aufa lah sebab esoknya cuti. 

Anyway, terima kasih Sheera jadi kawan tempat kerja and kawan dekat luar. Selalu ringan tulang membantu, selalu teliti buat kerja, tak lokek share beauty tips. Selamat menjadi stay at home daughter sampai kau penat dengar mak kau bebel bila nak kerja. 

2 comments

  1. All the best Sheera.. Semoga terus kekal bersahabat..
    Aduh.. Sayang je, habis rosak plan..

    ReplyDelete
  2. Alahai memang tak best bila dah plan cantik tetibe tak cukup korum

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.