Cast: Uhm Jung-hwa, Park Sung-woong, Jeong Su-been, Bae Jeong-nam, Lee Sang-yoon, Lee Sun-bin, Kim Hye-eun, Jeon Soo-kyeong, Jeong Man-sik, Kim Nam-gil, Kim Byung-ok
Production Companies: Korea Investment Partners, OAL Media Contents Group, Sanai Pictures
Distributor: Megabox Plus M
Genre: Action / Comedy
Running Time: 100 minutes
Release Date: 12 August 2020, 25 September 2020 (United States)
Trailer :
Okay! Madam mengisahkan tentang keluarga kecil yang hidup serba sederhana di Seoul. Mi-Young (Uhm Jung-Hwa) meniaga roti putar di pasar sementara suaminya, Seok-Hwan (Park Sung-Woong) mempunyai kedai baiki komputer secara kecil-kecilan.
Satu hari mereka mendapat tuah menang hadiah utama iaitu bercuti ke Hawaii namun Mi-young enggan terima hadiah tersebut kerana mereka perlukan wang untuk barang keperluan lain. Kemudiannya Mi-young berubah fikiran kerana anak perempuannya, Nari (Jeong Su-been) sedih tidak pernah bercuti ke mana-mana.
Penerbangan mereka ke Hawaiii bertukar menakutkan apabila sekumpulan ejen Korea Utara merampas kapal terbang tersebut untuk mencari Magnolia. Magnolia merupakan kod nama anak perempuan pegawai besar di Korea Utara yang dibunuh ketika tahun 2009 lalu melarikan diri ke Korea Selatan untuk bersembunyi dari pihak musuh. Setelah berpuluh tahun berlalu, Magnolia diperlukan semula untuk satu misi penting.
Pramugara Hyun-min (Bae Jeong-Nam) membantu Mi-young yang terperangkap dalam tandas ketika rampasan tersebut berlaku. Dia perlu mencari suami dan anaknya yang dikumpulkan di bahagian tempat duduk ekonomi. Seok-Hwan pula minta bantuan penumpang lain untuk jaga Nari kerana dia perlu godam sistem kapal terbang untuk minta bantuan pihak polis. Berjayakah pasangan suami isteri ini selamat dari rampasan tersebut?
Sebelum satu keluarga ni pergi bercuti pun dah boleh agak macam mana kecoh perangai diorang bila naik pesawat yang sama dengan ejen-ejen Korea Utara. Kalau dah guna template komedi mesti lah elemen tipikal ni akan dimasukkan. Lakonan Uhm Jung-hwa dan Park Sung-woong buatkan komedi tampak bersahaja dan natural.
Excited bila tengok Mi-yeong berlawan dengan semua ejen guna barang yang biasa nampak dalam kapal terbang. Watak Nari pun diberi ruang dengan karakter yang kelakar dan dramatik. Babak dia approach pelakon terkenal Ahn Sera (Lee Sun-bin) tu kelakar sangat. Patutnya pengarah bagi ruang lebih banyak untuk pelakon cilik ni.
Watak paramugara yang bantu dari awal sampai ke hujung kalau digantikan dengan Lee Yi-kyung mesti lagi kelakar sebab Bae Jung-nam kadang-kadang try hard sangat untuk buat kelakar. Comic timing tak menjadi malah ekspresi dia tak membantu.
Elemen kelakar tak sepenuhnya terletak pada watak utama tapi diberikan ruang pada pelakon sampingan dan ekstra. Tapi untuk watak congressman (Kim Byung-ok) tu tak menjadi dan melengahkan jalan cerita sebab banyak juga comedy attempt yang dimasukkan.
Walaupun filem Okay! Madam menggunakan pesawat Boeing 777 yang direka oleh prop company Air Hollywood untuk penggambaran filem ni tapi ada beberapa lokasi yang cuma shoot dalam studio macam Hawaii dan lapangan terbang. Sayang lah pantai Hawaii nampak fake sebab kita dah teruja nak tengok keluarga kecil ni have fun dekat sana. Baik bercuti dekat Jeju je, lagi cantik dari beria spend duit dekat Hawaii.
Kalau layan filem Okay! Madam arahan Lee Cheol-ha ni kena tengok secara santai sebab kalau tengok pakai logik akal memang akan muncul banyak benda untuk dipertikai. Macam pilot (Jeong Man-sik) buka pintu sebab tak sampai hati tengok Ketua Pramugari (Kim Hye-eun) kena acu pistol. Masa tu dah syak dia antara rakan subahat ejen Korea Utara dah.
Macam mana ejen-ejen Korea Utara boleh lepas sistem sekuriti dan bawa masuk senjata api dalam kapal terbang pun merepek juga lah. Ikutkan logik akal, kapal terbang tu dah boleh terhempas dah bila lubang besar gedabak macam tu wujud. Anywa, I had fun watching this movie.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.6/10
Hahahahah film ini memang tak payah dipikir segala plot holes nya 😂. Tapi saya tetep suka karena memang kelakar ðŸ¤. Sukaaaa dengan akting suami istri mantan agen ini. Saya dah lama nontonnya, jadi banyak bagian agak lupa sikit. Refresh lah nih setelah baca tulisan Kaka.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Hahahahah film ini memang tak payah dipikir segala plot holes nya 😂. Tapi saya tetep suka karena memang kelakar ðŸ¤. Sukaaaa dengan akting suami istri mantan agen ini. Saya dah lama nontonnya, jadi banyak bagian agak lupa sikit. Refresh lah nih setelah baca tulisan Kaka.
ReplyDelete