GAMBAR RASMI PERTAMA DARI FILEM ‘THE EXPERTS’

Tuesday 30 January 2024


GAMBAR RASMI PERTAMA DARI FILEM ‘THE EXPERTS’ GANDINGAN HEBAT DATO AARON AZIZ, REMY ISHAK, SYAFIQ KYLE, MIMI LANA DAN RAY | Bersedia Untuk Rompakan Terbesar Abad Ini!

Secara eksklusif, Astro Shaw dengan bangganya berkongsi gambar pertama dari filem tempatan yang dinanti-nantikan, ‘The Experts’. Menjadi salah satu naskhah heist level baru untuk 2024, filem bertemakan aksi rompakan ini dibarisi pelakon hebat seperti Dato Aaron Aziz, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray

Filem ini diarahkan oleh sutradara filem pecah panggung Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah. Manakala skrip ditulis Ayam Fared, Abhilash Chand, Mamu Vies, Kyle Goonting dan Joel Soh. The Experts mengisahkan sekumpulan adik-beradik yang mempunyai kepakaran masing-masing dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adik-adiknya untuk memulakan hidup baru. Namun, salah seorang adik mereka merancang untuk mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin, Rozland kembali ke dunia yang telah lama ditinggalkan dan merancang rompakan paling terbesar. 

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Filem berkonsepkan heist seperti ‘The Experts’ jarang dihasilkan di negara kita. Kami yakin naskhah sebegini mempunyai peminat dan pengikutnya tersendiri. Selaku perintis, Astro Shaw amat menitik beratkan  kualiti dan penceritaan yang menghiburkan. Bagi menyuntik keterujaan penonton, kami kongsikan gambar eksklusif pertama daripada babak filem ini, sekali gus mengumumkan secara rasmi barisan pelakon utama. Banyak lagi yang akan kami kongsikan tentang The Experts dari masa ke semasa.”

Nantikan kemunculan filem aksi ‘The Experts’ yang dijangka akan menemui penonton tahun ini di pawagam seluruh tanah air. Ikuti perkembangan filem ini di media sosial Instagram, X, TikTok, dan Facebook Astro Shaw atau Astro Gempak. 

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.