Drama Review | Revenge of Others (2022)

Sunday 28 January 2024


Director: Kim Yoo-jin
Writer: Lee Hee-myung
Cast : Shin Ye-eun, Lomon, Kang Yeol
Production Company: Studio S
Distributor: Disney+ Hotstar 
Genre: Mystery / Thriller
Running Episodes: 12 episodes (minutes per episode)
Release Date : 9 November  – 14 December 2022
Trailer :


Atlet acara menembak, Ok Chan-mi (Shin Ye-eun) mendapat khabar abang kembarnya meninggal kerana jatuh dari tingkat atas, dipercayai bunuh diri. Ok chan-mi enggan percaya dengan berita tersebut kerana beberapa minit sebelum kejadian, dia sedang berhubung dengan Ok Chan-kyu (Kang Yeol) menerusi video call. Perbualan mereka terganggu kerana abangnya dihampiri seseorang. 

Ok Chan-mi ambil keputusan untuk berpindah ke sekolah abangnya di Seoul. Terkejut bukan kepalang bila Hong A-joong (Woo Yeon) yang abangnya selalu ceritakan bukanlah teman wanitanya tapi cuma rakan biasa. A-joong malah menyampah dengan kehadiran Ok Chan-kyu. Reputasi Ok Chan-kyu agak buruk di sekolah tersebut dan merupakan pelajar yang suka membuli pelajar lain. Tak hairan lah kalau ramai yang lega bila Ok Chan-kyu meninggal. 

Di sekolah tersebut, Ok Chan-mi tak disenangi oleh Kook Ji-hyun (Lee Soo-min) kerana dia rapat dan mesra dengan Ji Soo-heon (Lomon). Beberapa kali juga Ok Chan-mi diganggu dan mendapat surat laying kemudian diserang hendap. Soo-heon cuba nasihatkan Ok Chan-mi supaya pulang saja ke Busan tapi dia masih berdegil untuk mencari siapa pembunuh abangnya. 

Detektif Jin So-jung (Kim Joo-ryung) nasihatkan Ok Chan-mi supaya tak campur tangan dengan kes abangnya selagi tiada bukti kukuh. Namun satu demi satu serangan hingga menyebabkan kematian berlaku sehingga pihak polis perlu mencari suspek dengan segera. 

Dalam masa yang sama, Seok Jae-bum (Seo Ji-hoon) membantu Ok Chan-mi mencari pembunuh abangnya kerana dia, Gi O-sung (Chae Sang-woo) dan Se-jin (Kang Yi-suk) merupakan rakan baik tapi mereka mempunyai konflik dalaman sehingga renggang. Jae-bum pula hilang ingatan kerana kemalangan. 

Drama Revenge of Others arahan Kim Yoo-jin mempunyai elemen misteri yang kuat sehingga ke penghujung cerita walaupun bertemakan masalah sosial yang berlaku di sekolah. Bukan sesuatu yang baru bila drama paparkan sisi gelap institusi pendidikan di Korea Selatan yang mempunyai kes buli sehingga meragut nyawa. Jadi tak hairan lah kalau watak Tae So-yeon (Chung su-bin), Ji Soo-heon ataupun Sa Jung-gyeong (Jin Ho-eun) pergi ke satu tahap yang ekstrem. 

Drama ni tak ada hitam atau putih sebab kesemua watak mempunyai karakter yang kompleks untuk kita cuma pandang hanya pada satu sisi. Kerana tindakan pelajar sekolah ni juga, watak-watak pihak polis kena tone down untuk bagi ruang kepada watak utama menyerlah. Barisan guru pun tak masuk campur langsung which quite nonsense juga lah melainkan ada babak jelaskan kenapa guru macam terbatas untuk kawal pelajar dekat situ. 

Penceritaan Revenge of Others terbitan Studio S mempunyai plot yang boleh tahan menarik untuk elemen misteri sebab setiap episod kita ada suspek baru dalam kes pembunuhan Ok Chan-kyu. Berteka-teki dari awal sehingga lah penulis ready untuk lepaskan rahsia tersebut. 

Pace Revenge of Others agak perlahan sebab tu makan masa sampai 12 episod sedangkan banyak lagi yang boleh dikembangkan. Personally, I rasa draggy bila pengarah shift direction kepada watak Sa Jung-gyeong sedangkan boleh tambah kes yang lain. Watak Kook Ji-hyun pun tak perlu dikembangkan sangat sebab tak ada konflik yang menarik pun. 

Tak sepatutnya watak Ji Soo-heon menghidap tumor otak sebab mengganggu jalan cerita. Bukan meninggalkan impak sangat pun pada penceritaan. Kalau faktor tu wujud cuma untuk hadirkan rasa kesian, gagal lah rencana tu sebab merepek. Geleng kepala setiap kali kena serang dengan pihak lawan. 
Shin Ye-eun menarik sebagai atlet sukan menembak, lincah dan cerdas. Chemistry dia dengan Lomon pun nampak kuat bila berada dalam skrin yang sama. Tak hairan lah kalau Shin Ye-eun menang anugerah Best New Actress dalam Blue Dragon Series Award 2023. 

Walaupun ada beberapa part yang tampak lemah pada jalan cerita, drama Revenge of Others tetap mempunyai kekuatannya tersendiri. Watak Park Solomon dalam drama ni lebih kuat dari drama Revenge of Others. Dia ada material untuk jadi action atau romance hero sebab lakonan dia dalam both genre tampak natural dan bersahaja. Recommended to watch if you guys love this kind of genre. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

3 comments

  1. Best drama ni. Kita pun mulanya jadi keliru siapa sebenarnya yg tolak abang dia.

    ReplyDelete
  2. ada bac kat FB jugak pasal cita ni, mcm menariks gak..leh la layan nanti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.