Movie Review | Mantra Surugana (2023)

Sunday 28 January 2024


Pengarah: Dyan Sunu Prastowo 
Penulis Skrip: Budhita Arini, Ervina Isleyen, Raditya, Dyan Sunu Prastowo
Pelakon: Sitha Marino, Cindy Nirmala, Fergie Brittany, Shabrina Luna, Rafael Adwel, Dewa Dayana, Yusuf Mahardika
Syarikat Produksi: Peregrine Studios, Adhya Pictures, ZK Digimax
Pengedar:  Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 98 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2023
Trailer:


Filem seram Mantra Surugana arahan Dyan Sunu Prastowo bermula dengan babak seorang lelaki mengelar lehernya sendiri akibat hasutan iblis. Meninggalkan seorang kanak-kanak perempuan yang membaca mantra memohon perlindungan. Ternyata babak tersebut adalah mimpi Tantri (Sitha Marino) yang tertidur ketika dalam perjalanan ke asrama. 

Tantri sentiasa diganggu oleh roh perempuan yang menyeramkan di asrama baru tersebut. Bila berkenalan dengan Asta (Fergie Brittany) dan Fey (Shabrina Luna), Tantri dapat tahu mengenai kes kehilangan Luki (Yusuf Mahardika) juga Arum (Rania Putrisari). Mahesa (Dewa Dayana), wartawan sekolah bagitahu Tantri yang mereka ada kaitan dengan kehilangan Mahesa. 


Tak lama kemudian Tantri dapat bayangan dan dibawa ke malam Luki dikatakan hilang dari asrama. Tantri mengekori Luki sehingga ke perigi buta yang berada di belakang asrama. Terjawab sudah satu persoalan tentang kehilangan Luki yang khabarnya membunuh diri. Mungkinkah Arum juga mengalami nasib yang sama? Persoalannya kenapa Luki bunuh diri kerana dia adalah mahasiswa yang aktif dan periang. 

Tantri, Reza (Adwel), Fey dan Asta pergi ke rumah Arum kerana kali terakhir mereka nampak kelibat Arum ialah ketika dijemput pulang ke rumah oleh ayahnya. Di sana Tantri dapat tahu ada ritual pemujaan kepada Surugana berlaku di kamar milik Arum. Tantri meminta bantuan Surugana namun bertukar buruk kerana Surugana inginkan nyawa mereka semua. 


Naskhah seram hasil sutradara juga penulisan Dyan Sunu Prastowo membawakan tema dendam yang terhasil dari serangan seksual. Filem Mantra Surugana mengangkat budaya masyarakat Sunda dan menggunakan bahasa Sunda sepanjang 98 minit. Mantra yang dibaca oleh ayah Tantri, diajar kepada Tantri adalah mantra tradisional Sunda yang memohon perlindungan dari iblis sebelum agama Islam datang ke tanah Sunda. 

Kesemua watak yang terlibat dengan Mantra Surugana sebenarnya berkait sejak zaman lampau lagi. Kalau kita pernah dengar ayat pesanan orang dulu-dulu, ‘jangan buat jahat dengan orang kelak binasa diri dan keturunan’, Mantra Surugana menggunakan konsep tersebut. 


Sinematografi Mantra Surugana terbitan Peregrine Studios dibikin gelap dan kelam supaya mood seram, ngeri dan gerun hadir ketika menonton. Latar tempat menggunakan asrama lama yang terletak di kawasan hutan juga membantu atmosfera yang menakutkan. Waktu malam tampak menakutkan ditambah dengan rayuan Arum yang mendayu supaya Tantri membantu dia. 

Sayangnya iblis Surugana tampak kelakar setiap kali muncul. Tengok dia teringat makhluk dalam The Lord of the Rings. Awalnya ingatkan CGI tapi memang hantu betul. Means pelakon kena touch up macam tu. Patutnya biar hantu tu muncul dalam keadaan biasa je, tak perlu berlebihan pun. 


Lagu tema untuk filem Mantra Surugana adalah lagu yang dicipta sendiri oleh penyanyi Fara Sajira, yang pernah popular dengan lagu Lathi. 



Kebanyakan pelakon utama adalah pelakon baru jadi ada masanya terlihat jelas kaku dalam beberapa babak. Mungkin juga visi pengarah tu tak sampai sebab plot Mantra Surugana tak lah menarik sangat. Pace filem yang bergerak terlalu perlahan buatkan filem terasa mendatar dan senang untuk ditebak dalang kepada kehilangan Arum ada kaitannya dengan kawan baik sendiri. Tak ada elemen misteri atau plot yang buatkan kita ingin tahu tentang sesuatu. Kalau yang senang bosan, dah cari filem lain untuk ditonton. 

Dekat second half dah mula pening dengan jalan cerita bila watak Asta nak buat ikut cara dia. Sementara Asta bertindak agresif, Fey pula seperti hilang akal. I tak happy dengan babak akhir dan mungkin filem ni akan ada sekuel sebab Dahlia (Cindy Nirmala) muncul untuk mencari mangsa baru. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10

3 comments

  1. linda dah tgok cerita nie..tapi, banyak tido dari tgok cerita...hahaha...mcm kena repeat tgok balik

    ReplyDelete
  2. Baca review je lah.. kikiki.. Kalau gelap snagat tak mampu nak tengok..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.