Movie Review | Gustaakh Ishq (2025)

Saturday, 7 February 2026


Pengarah: Vibhu Puri
Penulis Skrip: Vibhu Puri, Prasshant Jha
Pelakon: Naseeruddin Shah, Vijay Varma, Fatima Sana Shaikh, Sharib Hashmi
Syarikat Produksi: Stage5 Productions
Pengedar: PVR Inox Pictures, Jio Hotstar
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 128 minit
Tarikh Tayangan: 24 November 2025 (IFFI), 28 November 2025
Trailer:


Berlatarkan tahun 1998, seorang pemuda bernama Nawabuddin Saifuddin Rahman atau dikenali sebagai Pappan (Vijay Varma) mencari jalan untuk menyelamatkan kedai percetakan milik mendiang bapanya. Pappan tinggal bersama ibu (Natasha Rastogi) dan adik lelakinya, Jumman (Rohan Verma) di Darya Ganja, Delhi. 

Jumman ingin terbitkan novel yang ceritakan tentang kisah cinta terhadap Sakina oleh penulis novel terkenal namun bayaran yang diperlukan sangat tinggi walhal mereka sekeluarga sudah lama tidak mendapat untung hasil percetakan akhbar atau majalah di situ. Pappan pula ingin tunaikan hajat yang tak kesampaian ayahnya iaitu mencetak syair-syair ciptaan Aziz (Naseeruddin Shah). 

Semasa Pappan (Saarthak Arya) kecil, ayahnya selalu bawa mereka sekeluarga menonton persembahan syair oleh Aziz yang kacak dan terkenal. Semua orang boleh jatuh cinta dengan syair Aziz yang sarat dengan emosi dan bahasa cinta. Kerana hajat tersebut, Pappan pergi ke Malerkotla, Punjab untuk pujuk Aziz Baig supaya bersetuju menyiarkan syairnya dan jadi terkenal. 

Belum sempat berjumpa dengan Aziz, Pappan dilarang keras oleh Minni (Fatima Sana Shaikh), anak tunggal Aziz. Sebelum ini pun sudah ramai yang cuba pujuk Aziz tapi semuanya pulang dengan tangan kosong. Pappan cuba dengan taktik lain iaitu menjadi anak murid Aziz dan cadangannya diterima oleh Aziz dengan hati terbuka. 

Sepanjang berada di Malerkotla, Pappan bahagia meluangkan masa dengan Aziz dan juga Minni. Cinta dia terhadap Minni berbalas namun Jumman datang ke Malerkotla untuk bawa abangnya pulang kerana keadaan mereka sekeluarga semakin parah. 

Filem Gustaakh Ishq merupakan filem pertama yang diterbitkan oleh pereka fesyen terkenal Bollywood, Manish Malhotra. Manish menggunakan khidmat pengarah dan penulis Vibhu Puri untuk mewujudkan dunia romantik yang puitis. 

Selain menjadi produser, Manish juga menyumbangkan kreativiti pada wardrobe setiap watak dalam filem Gustaakh Ishq. Tapi tak banyak pun yang boleh dia tayangkan sebab kesemua watak utama berasal dari keluarga yang miskin. Watak Pappan mungkin bertukar baju setiap hari tapi tak ada yang mencuri tumpuan pun sebaliknya pakaian Minni yang serlahkan kecantikan juga keayuan Fatima. Sinematografi dari Manush Nandan menggambarkan kota Malerkotla dengan keindahan alam semulajadi dan seni bangunan lama di sana. 

Penceritaan Gustaakh Ishq menggunakan rentak perlahan untuk bawa kita masuk ke dalam dunia syair antara Aziz dan Pappan. Kisah cinta Pappan dan Minni pulak bergerak secara halus sampai menjadi plot kedua walhal kisah cinta mereka adalah plot utama filem Gustaakh Ishq tapi I okay je sebab Vijay dengan Fatima tak ada chemistry yang kuat pun untuk tarik penonton menyelami dunia cinta mereka. 

Music album Gustaakh Ishq yang digubah oleh Vishal Bhardwaj kebanyakannya membuai perasaan tapi cukup hanya dalam filem. Koleksi lagu dalam Gustaakh Ishq seakan sama dengan music album Aap Jaisa Koi (2025), serve its purpose for the movie but don’t have any commercial impact. Well, at least for me. 


I enjoy layan Gustaakh Ishq dekat first half tapi tertanya-tanya pada second half bila Pappan lari dari Aziz dan Minni. Faham dia rasa malu dan bersalah tapi confront je lah dan minta maaf. Minni yang kena banyak mengalah dengan perangai Pappan dan kesian juga pada Aziz sebab dia tak dapat nak luangkan masa sangat dengan Pappan walhal dah banyak kali dia cakap ada banyak perkara nak dibualkan. 

Babak klimaks tak mampu jadi tegang dan terasa terpaksa kemudian jatuh mendatar. Patutnya tak perlu pun masukkan babak Pappan dekat gurdwara sebab tak ada impak pada hubungan Pappan dengan Aziz dan sekali lagi menjadi konflik pada hubungan Pappan dan Minni. 

Filem Gustaakh Ishq boleh jadi filem yang menarik kalau watak Pappan digambarkan sebagai lelaki yang tak terbawa-bawa dengan emosi. Dalam filem ni dia macam tertukar karakter sebab Minni lebih matang dan tenang dengan ujian. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 6.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.