Movie Review | Akad Yang Hilang (2026)

Saturday, 24 January 2026


Pengarah: Bahri Uma Bajuri 
Penulis Skrip: Zuli Ismail, Eenaz Mokhtar. 
Pelakon: Mira Filzah, Syarul Ezany, Idan Aedan, Aleza Shadan, Sherie Merlis    
Syarikat Produksi: Playwright Pictures Sdn. Bhd.   
Pengedar: Astro Shaw
Genre: Sosial / Drama Kekeluargaan
Durasi Tayangan: 84 minit
Tarikh Tayangan: 15 Januari 2026 (Malaysia) 
Trailer:


Maryam (Mira Filzah) merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah. Personaliti dia yang berani dan tegas buatkan Ammar (Syarul Ezany) jatuh cinta lalu mereka berdua buat keputusan untuk berkahwin. 


Sebagai sebahagian proses pendaftaran perkahwinan, Maryam memohon wali hakim kerana bapanya, Husni, telah meninggal dan satu-satunya adiknya, Zaki (Idan Aedan), baru berumur 17 tahun. Walau bagaimanapun, langkah yang sepatutnya mudah menjadi rumit dengan pendedahan yang mengejutkan.
 
Mahkamah Syariah memaklumkan perkahwinan ibu bapa Maryam tidak sah kerana fasid akibat Suraya (Sherie Merlis) dan Husni tidak daftarkan di pejabat agama sebaik saja pulang dari Thailand. Geram bila kesnya ditularkan di media sosial sehingga membuka aib mereka sekeluarga, Maryam mengamuk di premis mahkamah hingga sekali lagi menjadi bualan netizen. 


Perkahwinan Maryam dan Ammar ditentang oleh Datin Ramlah (Aleza Shadan) kerana malu dapat menantu berstatus anak luar nikah walhal kes perbicaraan Suraya dan Husni belum berjalan lagi. Maryam dan Zaki pula terpaksa berhadapan stigma orang sekeliling dan mencari jawapan mengenai status sebagai anak yang sah.

Filem Akad Yang Hilang arahan Bahri Uma Bajuri mengangkat tema pernikahan yang segar dan jarang dibicarakan umum iaitu nikah fasid. Nikah fasid merujuk kepada perkahwinan yang dilangsungkan tetapi tidak memenuhi rukun dan syarat sah menurut hukum syarak, sekali gus memberi implikasi besar kepada status perkahwinan dan anak-anak yang terlibat. Macam dalam kes Suraya dan Husni, tok kadi yang menikahkan mereka tidak berdaftar di Malaysia dan kes mereka perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah. 


Bila Maryam, Ammar dengan Zaki dapat tahu tentang nikah fasid yang bakal jadi konflik utama, filem Akad Yang Hilang masukkan banyak konflik kecil yang lain untuk menggerakkan perjalanan cerita. Sejujurnya I mengharapkan filem Akad Yang Hilang cuma fokus pada nikah fasid sebaliknya pengarah cuma masukkan audio, babak bual bicara bersama ustaz dan sedikit penerangan di hujung filem.  

Skrip adalah kelemahan utama dalam filem Akad Yang Hilang bila kebanyakannya bersifat toxic positive macam babak Suraya pujuk Maryam dengan jadi kuat bila berdepan dengan semua masalah walhal masalah tu berpunca dari dia. I faham watak Suraya cuma watak sampingan tapi tak semestinya dia tak boleh terlibat dalam menyelesaikan kes nikah fasid dia kan? 


Lakonan Idan sebagai remaja yang tertekan dengan masalah keluarga dan satu-satunya wali dalam keluarga tu menjadi dan kuatkan elemen drama tapi merepek sangat bila penulis masukkan skrip Zaki perlu kuat dan tak boleh menangis sebab dia lelaki. Kita dah masuk tahun 2026 dan Idan berlakon dalam filem Abah Saya Uncle Mike (2025) dengan tagline ‘Menangis itu ok.’ malah Astro Shaw yang jadi pengedar filem yang sama. Tak sepatutnya skrip toxic positive ni perlu wujud lagi. 

Alur penceritaan Akad Yang Hilang pun terlihat lemah bila pengarah masukkan konflik kemudian diselesaikan dengan menangis. Masuk lagi konflik kemudian diselesaikan dengan menangis. Muncul pula konflik yang baru, sekali lagi berakhir dengan menangis. I would prefer kalau pengarah bina ketegangan dengan munculkan konflik demi konflik dan selesaikan pada babak klimaks. Dah okay dah babak Maryam flashback apa yang dia hadap dalam perjalanan tu tapi flashback tak strong sebab tu bukan babak klimaks. 


Mungkin sebab pengarah dah terbiasa dengan templat telefilem jadi watak Maryam nampak lemah sangat, berbeza dengan karakter Maryam di awal filem. Babak dekat rumah pelacuran tu sangatlah unnecessary sebab tak ada kesinambungan pun pada second half. Merepek sangat Ammar tak boleh bidas kenyataan Zaki yang dia tak buat apa untuk jaga Maryam padahal dia dah kena belasah lepas duit lesap. 

Perjalanan Maryam jadi sasaran netizen pun meragukan sebab video dia tak meme-worthy, tak ada mana-mana watak pun yang diiktiraf sebagai influencer atau public figure sampai netizen rasa perlu untuk video Maryam jadi viral. Lebih realistik kalau kes Maryam berlatarkan masyarakat sekeliling, biar orang kampung atau warga sekolah yang jadi pihak antagonis. 


Idea dah menarik, barisan pelakon dah bagus tapi bila kelemahan terletak pada olahan pengarah dan skrip penulis, naskhah yang ada potensi pergi jauh jadi tersia. Akad Yang Hilang patut stay sebagai telefilem ataupun tayangkan di streaming platform. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.