Movie Review | Abah Saya, Uncle Mike (2025)

Wednesday, 27 August 2025


Rafei (Idan Aedan), anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari Rumah Raudhah apabila sering didera oleh Ustaz Shaari (Sobri Anuar). Setiap hari Rafie akan bekerja di pasar dan pulang ketika Subuh kemudian ke sekolah. Ada masanya aktiviti dia diketahui oleh warden dan dia akan dihukum dengan sebatan rotan berkali-kali hingga berbirat badannya.
 
Namun Rafie tak berputus asa bekerja untuk mencari duit buat adik-adiknya – Rasyid (Nur Merah) dan Rahman (Umar Shakur). Apatah lagi bila Ummi Nisa (Nadiya Nisaa) sudah berjumpa dengan calon keluarga angkat buat Rahman. Rafei pegang pada janji dia kepada kedua orang tuanya untuk tidak berpisah dan sentiasa jaga adik-adiknya. 


Malangnya Rafei dikurung dan dipisahkan dari Rasyid dan Rahman. Ummi Nisaa minta bantuan Mike untuk selamatkan Rafei dari Ustaz Shaari. Usaha murni Mike untuk selamatkan Rafei dipertikai oleh kekasihnya, Nancy (Pauline Tan) dan juga keluarganya sendiri. Mr. Tong (Chew Kin Wah) tak faham dengan tindakan Mike untuk menjaga Rafei, Rasyid dan Rahman kerana baginya anak lelakinya sentiasa culas dengan tanggungjawab sebagai anak. 

‘Kalau Uncle Mike senang terima kitorang, mesti senang juga nak buang kan?’ - Rafei


Filem sulung arahan dan penulisan Ezrie Gazali mengangkat kisah benar Uncle Mike mengambil tiga orang anak angkat Melayu dan beragama Islam hidup bersama hingga mereka besar. Uncle Mike atau nama sebenarnya Michael Tong Wai Siong merupakan tokoh Maulidur Rasul tahun 2024 kerana jasanya tanpa sempadan agama dan bangsa. Kenapa Uncle Mike ambil keputusan untuk jaga Rafie, Rasyid dan Rahman? Entah. Yang pastinya rasa tanggungjawab tu kuat sangat bila tengok mereka bertiga. Dengan mudah dia setuju untuk besarkan dengan kasih sayang dan prihatin. 

Awalnya risau dengan lakonan Andy Teh bila dia berlakon back-to-back watak gangster dalam web series First Wives (2025) dan Blood Brothers (2025). Watak Uncle Mike adalah watak drama pertama yang dilakonkan oleh Andy tapi dia berjaya deliver watak dengan penghayatan yang tinggi dan emosi mendalam. Dari pandangan mata, bahasa badan dan cara dia bercakap jauh berbeza dengan watak Pablo atau Toa Seng. Tak hairan lah kalau Uncle Mike real life rasa macam diri dia yang ada dalam big screen. 


Selain Andy, Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur berjaya meninggalkan impak dan Kesan mendalam sebagai Rafie, Rasyid dan Rahman dalam filem berdurasi 113 minit. Kebanyakan babak menggunakan close-up shot untuk reaksi watak utama, sesuai lah dengan genre drama yang dimasukkan. Chemistry dan dinamik tiga pelakon menghidupkan watak adik-beradik yang sentiasa hidup dalam ketakutan dan insecure dengan status mereka sebagai anak yatim. Menangis bila tengok Rahman menjerit minta tolong setiap kali Rafie kena pukul. Comel juga bila tengok Rahman bercerita tentang abang-abang dia. 

Setiap watak mempunyai cabaran masing-masing dalam filem Abah Saya Uncle Mike di mana Umar bergelut dengan anxiety attack yang dihidapi oleh Rahman, Iedan pula dirotan betul-betul untuk dapatkan rasa sakit didera. Merah pula diasingkan di set untuk wujudkan rasa sedih diabaikan oleh Rafei dan Rahman. 


Sinematografi dari Idham Mad Din menghidupkan suasana dan mood sunyi dan sedih seperti yang dituntut oleh beberapa situasi. Masa Rafei tidur atas katil baru, pertama kali di rumah Uncle Mike, rasa sunyi dan sedih menyelubungi ruang sebab dia tidur tanpa Rasyid dan Rahman. 

Babak Hari Raya pun antara babak yang emosi sebab Rafei pakai baju Melayu warna hijau, warna yang sama Rahman minta dia pakai dekat awal filem. Music score dari Andrew Bong menjadi sinergi pada visual language dalam filem Abah Saya Uncle Mike. 7 Huruf dari Teeya Nasution membuai dengan lirik yang menghargai jasa dan pengorbanan Uncle Mike juga Rafie. 


Walaupun filem Abah Saya Uncle Mike merupakan perjalanan yang menyentuh hati tentang pengorbanan dan kasih saying Uncle Mike kepada Rafie, Rasyid dan Rahman tapi ada beberapa part yang I kurang gemar. Macam plot Rasyid jadi pencuri sedangkan plot ini cuma ditambah sebagai tekanan dan ketegangan pada naskhah. Dah lah fiksyen, kemudian consequences dari tindakan Rasyid tak setimpal dengan apa dia buat pun. Kalau penulis fokus pada penderaan Rumah Raudhah pun dah boleh hadirkan rasa sakit hati, geram dan emosi. 


Pacing filem abah Saya Uncle Mike perlahan tapi tak rasa draggy pun dan kebanyakan babak terutamanya perbualan Uncle Mike dengan Rafei terasa hangat dan menyentuh hati cuma I harap pengarah masukkan banyak lagi perbualan sesama watak utama. Dialog antara kelemahan Abah Saya Uncle Mike, sama ada monolog ataupun perbualan. A missed opportunity juga bila pengarah tak masukkan Uncle Mike, Rafei, Rasyid dan Rahman dalam filem Abah Saya Uncle Mike. Ingatkan dekat credit scene ada klip atau gambar-gambar mereka sekeluarga rupanya tak ada. 

Apapun tahniah kepada team production Abah Saya Uncle Mike yang berjaya hasilkan sebuah filem yang pamerkan perjalanan Uncle Mike bersama tiga orang anaknya. Terima kasih pada Astro Shaw yang mengangkat kisah benar ke layer perak untuk tatapan dan penghayatan bersama. Filem Abah Saya Uncle Mike layak menjadi tontonan keluarga untuk Merdeka, Maulidur Rasul dan Hari Malaysia nanti. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.