Malam kemuncak Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) yang berlangsung dengan penuh gemerlapan di TV3 telah menyaksikan detik bermakna buat pelakon muda penuh potensi, Zarif Ghazzi, apabila beliau diumumkan sebagai penerima kategori Selebriti Newcomer Terhangat, sekali gus menobatkan dirinya sebagai wajah baharu paling menonjol dan berpengaruh tahun ini!
Muncul dengan persona tenang, bakat besar dan aura yang memikat, Zarif berjaya mengungguli kategori yang menyaksikan persaingan sengit daripada barisan calon hebat. Lebih manis, kemenangan ini diperoleh hasil daripada sokongan padu peminat menerusi undian 100% rakyat Malaysia, menjadikannya lambang sebenar kuasa suara rakyat dalam menentukan siapa yang benar-benar ‘Terhangat.’
Kemenangan ini membidas sebarang keraguan tentang bakatnya sebagai pendatang baharu yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Dalam ucapan kemenangannya yang penuh emosi, Zarif Ghazzi meluahkan rasa terharunya kepada TV3 yang memberinya peluang dan platform untuk memperkenalkan bakatnya kepada khalayak. Ini adalah bukti bahawa bakatnya, yang diperkenalkan melalui medium TV3, telah berjaya menambat hati peminat.
"Saya masih terkejut, jujur…ini rezeki kan. Ini adalah anugerah pertama. Dan perjalanan saya dalam industri masih panjang dan masih banyak lagi watak-watak yang perlu saya perbaiki dan hidangkan untuk peminat. Saya sangat bersyukur. Terima kasih kepada TV3 kerana membuka ruang dan memberi platform untuk saya dikenali, dan paling penting, kepada peminat yang undi tanpa henti dan percaya dengan saya sejak awal. Kemenangan ini adalah milik anda semua. Ini baru permulaan, saya janji akan terus berusaha dan berikan yang terbaik,” ujar Zarif ketika ditemui usai menerima trofi.
Kemenangan Zarif di kategori ini dianggap simbolik, selaras dengan tema AMT2025: “Sehebat Prestasi, Sehangat Sensasi, Bakat Tersendiri,” yang mengangkat mereka yang membina nama bukan sekadar kerana viraliti, tetapi kerana usaha dan bakat tulen.
Popular menerusi beberapa drama terbitan TV3, Zarif dilihat sebagai bintang masa depan yang bukan sahaja memiliki pakej lengkap, malah mampu membawa nafas baharu kepada industri hiburan Malaysia.
Kemenangan ini turut diraikan dengan sorakan peminat yang membanjiri ruangan media sosial sebaik namanya diumumkan. Tanpa ragu, Zarif Ghazzi kini rasmi sebagai antara nama yang wajib diberi perhatian “newcomer” paling hangat dan paling bersinar di pentas hiburan tanah air.
AMT2025 sekali lagi membuktikan bahawa anugerah ini adalah platform untuk mengangkat bakat-bakat baharu yang bersinar. Kemenangan Zarif Ghazzi adalah permulaan kepada perjalanan yang lebih gemilang, dan kita pastinya akan terus melihat lebih banyak kejayaan daripadanya di masa hadapan.
#ANUGERAHMELODITERHANGAT #AMT2025
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.