“DALAM USIA YANG MACAM NI, MASIH LAGI HANGAT” | Ketap Bibir Jadi Fenomena, Datuk Rosyam Nor Ungguli Anugerah Selebriti Viral Terhangat AMT2025!
Tahniah diucapkan kepada Datuk Rosyam Nor yang mencipta kejutan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Selebriti Viral Terhangat di Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025). Kemenangan ini bukan sahaja mengejutkan beliau sendiri, malah turut diraikan dengan sorakan gemuruh daripada para penonton. Kategori ini merupakan kategori khas yang diberikan kepada individu yang mencetuskan impak luar biasa di media sosial dan tahun ini, tiada siapa yang lebih layak selain Rosyam.
Segalanya bermula dari satu babak dramatik dalam drama sensasi Keluarga Itu yang menampilkan Rosyam Nor sebagai suami yang berkonflik. Namun, momen paling tular ialah ketika beliau ketap bibir sendiri yang menggemaskan. Adegan itu mencetuskan ledakan reaksi di TikTok, dari parodi hinggalah ke video reaksi, sekali gus menjadikan ia antara klip paling dibualkan tahun ini.
Datuk Rosyam Nor turut menyentuh tentang impak luar biasa babak viral tersebut yang mencetuskan gelombang perbualan di media sosial sehingga mencecah 1.3 bilion ciapan. Pencapaian ini menjadi bukti bagaimana satu momen lakonan yang ringkas tetapi penuh penghayatan mampu merentas skrin dan menjelma sebagai fenomena digital yang mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai figura legenda yang tetap relevan.
Anugerah ini menjadi satu lagi bukti bahawa Datuk Rosyam Nor bukan sahaja legenda dalam dunia lakonan, tetapi juga seorang figura yang sentiasa mampu menyesuaikan diri dengan arus dan cita rasa semasa. Dari kaca TV ke skrin telefon, pengaruh beliau kekal relevan, malah kini, lebih dekat dengan generasi digital yang sentiasa mencari kisah yang menyentuh emosi dan mencetus perbualan.
#ANUGERAHMELODITERHANGAT #AMT2025
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.