LEGASI HIBURAN KELUARGA MENJADI TUMPUAN DALAM PROGRAM REALITI TERBAHARU ASTRO ‘TALK TO MY MANAGER’

Thursday, 14 August 2025

LEGASI HIBURAN KELUARGA MENJADI TUMPUAN DALAM PROGRAM REALITI TERBAHARU ASTRO ‘TALK TO MY MANAGER’ | Apabila ikatan keluarga dan impian dunia hiburan bersatu di pentas 

Dengan format baharu yang segar dan unik, Astro mempersembahkan program realiti hiburan terbaharu, Talk To My Manager, sebuah pertandingan yang penuh emosi dan mendebarkan, menguji bakat, populariti, kepercayaan dan legasi sesebuah keluarga di pentas hiburan.

Buat julung kalinya, program ini akan menampilkan pasangan manager dan artis yang terdiri daripada ibu bapa selebriti dan anak mereka sendiri. Anak-anak akan menjadi tumpuan utama sebagai penghibur, manakala ibu bapa selebriti bertindak sebagai pengurus yang mengemudi arah kreatif setiap persembahan. Talk To My Manager akan mula bersiaran pada 24 Ogos 2025, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan turut distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Seiring perkembangan industri hiburan, semakin ramai bakat generasi kedua tampil ke hadapan membawa perspektif baharu sambil meneruskan asas yang dibina oleh ahli keluarga mereka yang terkenal. Fenomena ini yang merentasi bidang nyanyian, lakonan, komedi, tarian dan lain-lain cabang seni kreatif, mencerminkan minat mendalam penonton terhadap konsep legasi dalam dunia seni persembahan. Menyedari potensi ini, Astro mengambil inisiatif untuk menghasilkan format yang bukan sahaja mengetengahkan bakat baharu, tetapi turut meraikan bimbingan, pengorbanan dan cita-cita bersama yang menjadi pemangkin kejayaan merentas generasi.

Talk To My Manager menggabungkan selebriti ternama bersama anak mereka dalam suasana pertandingan yang menguji kemahiran, kreativiti dan daya ketahanan. Setiap minggu, pasangan ini akan bekerjasama rapat dengan selebriti yang juga ibu atau bapa bertindak sebagai pengurus untuk membimbing perjalanan anak mereka menjadi penghibur profesional.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria,  Norzeha Mohd Salleh, “Astro sentiasa percaya kepada kuasa legasi dalam membentuk landskap industri hiburan, dan kini kita menyaksikan gelombang baharu bakat generasi kedua yang mula menyerlah. Program ini memberikan peluang kepada para penonton untuk mengikuti perjalanan tersebut dengan lebih dekat, menyaksikan personaliti ternama berganding bahu bersama anak mereka untuk membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia hiburan bukan hanya bergantung kepada bakat, tetapi juga memerlukan dedikasi, ketahanan dan saling mempercayai satu sama lain. Bagaimanakah seorang artis dapat membimbing anak mereka untuk menghasilkan persembahan yang hebat pada setiap minggu? Para penonton boleh menjangkakan detik-detik penuh emosi, cabaran kreatif dan persembahan memukau setiap minggu yang akan memuncak dengan penobatan pasangan manager dan artis terunggul Malaysia serta meraikan legasi yang bakal menginspirasikan generasi akan datang.”

Antara pasangan manager dan artis yang bakal membuat penampilan sulung musim ini termasuk Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie dan Liza Hanim & Marsya. Setiap minggu, mereka akan menempuh cabaran kreatif, mengasah kemahiran dan mempersembahkan aksi bertenaga, sambil menguji kesabaran, kerjasama dan keserasian unik yang hanya wujud dalam hubungan keluarga.










Program ini akan dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Dato’ AC Mizal.

Para penonton boleh menyaksikan program baharu ini serta kandungan eksklusif Talk To My Manager dengan melanggan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan. Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

INFO PROGRAM & PENJURIAN ‘TALK TO MY MANAGER’

  • Format penjurian Talk To My Manager adalah berdasarkan 100% pemarkahan oleh barisan juri profesional yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 60% kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi ‘manager’, dan 40% adalah dari keunikan persembahan dan kualiti vokal ‘artis’.
  • Pasangan manager dan artis yang meraih undian online tertinggi akan diberi ganjaran mingguan istimewa yang dapat membantu mereka dalam sesi penjurian pada minggu seterusnya. Antara ganjarannya adalah peluang kedua untuk membuat persembahan, penambahan markah dan juga kebolehan untuk memilih juri yang akan memberikan komen. Para penonton boleh mula mengundi selepas diumumkan hos di akhir rancangan pada minggu tersebut dan boleh mengundi sepanjang minggu di lama rasmi Astro Gempak.
  • Program ini juga memaparkan elemen baharu di mana pasangan manager dan artis akan berdepan dengan media untuk menjawab apa sahaja persoalan ketika program sedang berlangsung. 
  • Untuk pengisian di platform digital, program ‘Talk To My Manager Live+’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan. Program ini akan dihoskan oleh Mika Nabil & Fiza Frizzy.
  • Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi. 
INFO SIARAN ‘TALK TO MY MANAGER’


i. KONSERT TALK TO MY MANAGER | Mulai 24 Ogos 2025, setiap Ahad, jam 9 malam

Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.  

ii. STUDIO TALK TO MY MANAGER | Mulai 23 Ogos 2025, setiap Sabtu, jam 10 malam 

Menampilkan kandungan eksklusif ‘Manager’ melakukan kerja serta mempersiapkan artis masing-masing menjelang konsert mingguan dalam latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing-masing dan mentor-mentor yang terlibat.

iii. BTS TALK TO MY MANAGER | Mulai 20 Ogos 2025, setiap Rabu, jam 8.30 malam

Kompilasi sorotan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan serta klip-klip sedutan belakang tabir termasuk susunan persembahan, pengurusan peserta, latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing-masing dan mentor-mentor yang terlibat. 

#TalkToMyManager #TTMM20255 #AstroOne

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.