Pengarah: Vivek Soni
Penulis Skrip: Radhika Anand, Jehan Handa
Pelakon: R. Madhavan, Fatima Sana Shaikh, Ayesha Raza, Manish Chaudhary, Namit Das
Syarikat Produksi: Dharmatic Entertainment
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 115 minit
Tarikh Tayangan: 11 Julai 2025
Trailer:
Filem romantik terbaru Netflix membawakan kisah seorang guru bahasa Sanskrit bernama Shrirenu Tripathi (R. Madhavan) yang kesunyian setelah menginjak umur 40-an. Dari zaman sekolah lagi Shri tak pandai bersosial lantas menyukarkan dia mencari seseorang yang istimewa. Sudah lah sunyi, kehidupan Shri juga sering dipandang rendah oleh pelajar-pelajarnya.
Kawan baiknya, Deepak (Namit Das) perkenalkan sebuah apps mencari jodoh tanpa dedahkan identiti pengguna. Hanya boleh berhubung melalui text atau audio call sahaja. Awalnya Shri menolak idea tersebut sebab dia seorang yang introvert tapi bila dia berkenalan dengan seorang wanita, dia dengan mudahnya selesa. Setiap malam mereka berbual bersama.
Sehinggalah satu hari kakak ipar Shri perkenalkan dia dengan seorang wanita muda bernama Madhu Bose (Fatima Sana Shaikh). Sama seperti Shri, dia juga seorang guru tapi mengajar Bahasa Perancis. Madhu tak ada masalah langsung untuk berpindah ke tempat Shri dan mengajar di sekolah yang sama sekiranya mereka putuskan untuk berkahwin kelak.
Dengan mudah mereka serasi dan semakin rapat lalu buat keputusan untuk bertunang. Pada hari pertunangan mereka Shri dapat tahu Madhu adalah wanita yang sama dalam apps Aap Jaisa Koi lantas Shri ambil keputusan untuk batalkan pertunangan mereka.
Filem arahan Vivek Soni menggunakan perhubungan cinta antara dua manusia yang berbeza pemikiran dan cara hidup melalui watak Shri dan Madhu. Walaupun Shri tampil berbeza dari abangnya, Bhanu Tripathi (Manish Chaudhary) yang chauvinist dan sentiasa menganggap tempat wanita hanya di rumah terutamanya dapur, Shri masih tak boleh terima wanita yang moden dan bebas seperti Madhu. Watak Madhu Bose merupakan wanita berketurunan Bengali yang terkenal dengan cara pemikiran liberal dan feminis. Sementara Shri dibesarkan dalam kehidupan konservatif.
Filem Aap Jaisa Koi sepenuhnya bergerak dengan penceritaan yang jelas bersama kekuatan emosi dan perasaan dari watak-watak utama juga watak-watak sampingan yang terlibat. Of course, it is not everyone cups of tea. Comel sangat tengok babak-babak romantik antara Shri dengan Madhu sampai berharap dapat experience momen yang macam tu in real life.
Gesture Madhu bila dia suka dengan Shri adalah dengan kepit baju Shri guna pengepit rambut dia. Perbuatan dia tu sama macam perempuan yang naik kereta partner dia lepastu tinggalkan jarum peniti dekat seat ataupun sengaja tinggalkan tumbler tak pun kasut. It’s just her way to mark her territory. Sebagai tanda supaya jangan kacau lelaki dia.
Selain babak Shri dan Madhu, watak Kusum Tripathi juga mendapat perhatian penulis. Dari watak yang hanya menurut perintah suami hingga lah dapat keyakinan untuk capai impian sendiri. Sayangnya screentime dia tak banyak sangat dalam filem Aap Jaisa Koi sebab penulis nak wujudkan elemen kejutan sedangkan kisah cinta Kusum boleh tinggalkan impak yang kuat selain pasangan utama.
Even babak Kusum kantoi curang pun sesuatu yang negatif dalam filem ni sebab boleh sangat Kusum berterus-terang dengan Bhanu dan keluar dari perkahwinan dia daripada pilih untuk curang. Mungkin Kusum baru nak confirmkan hubungan baru dia tapi cara Madhu sembang pasal deposit dewan tu dah bagi hint yang hubungan Kusum dah lama dan semua orang pun dah tahu. Macam mana liberal atau feminis pun seseorang tu, yang salah tetap salah. Curang tetap salah.
Penceritaan Aap Jaisa Koi mempunyai pengalaman visual dipersembahkan oleh Debojeet Ray dengan tona warna yang lembut dan hangat. Pergerakan kamera yang perlahan sesuai dengan kelembutan kisah cinta Shri dan Madhu. Pemilihan dua kota besar antara Kolkata dan Tatanagar juga membawa dua pertemuan budaya yang kaya di negara India.
Memandangkan filem Aap Jaisa Koi diterbitkan oleh Dharmatic Entertainment, wardrobe dan art team dapat ruang yang selesa untuk pamerkan kreativiti mereka. Fatima nampak cantik dan menawan sebagai Madhu Bose sepertimana yang diangaukan Shri dalam setiap pertemuan mereka.
Dikukuhkan pula dengan music album gubahan Justin Prabhakaran dan Rochak Kohli yang membawa masuk irama yang merdu dan tenang. Lagu Mila Tujhe ceritakan pengalaman comel antara Shri dan Madhu sementara Dhuan Dhuan berjaya menusuk hati bila Shri dan Madhu pilih untuk berpisah. Chemistry antara R. Madhavan dan Fatima menjadi penggerak utama filem Aap Jaisa Koi walaupun ada age gap yang agak besar. Both look natural on screen.
Overall Aap Jaisa Koi adalah pengalaman sinematik yang sarat dengan emosi untuk kisah cinta yang ringkas namun mendalam. Berbeza namun menyatukan. Kudos to Netflix for always bring this type of movies to their platform. Kalau suka filem macam ni boleh try layan Love Per Square Foot (2018), Maska (2020) ataupun Meenakshi Sundareshwar (2021).
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.