Pengarah: Park So-yeon
Penulis Skrip: Choi Soo-yi
Syarikat Produksi: Film Monster, CJ ENM Studios
Penyiaran: TVING, Paramount+
Genre: Thriller / Mystery
Jumlah Episod: 10 Episod (49-64 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 29 Februari – 21 Mac 2024
Trailer:
Sung Soo-ji (Bona) merupakan pelajar baru di Baekyeon Girls' High School di Seoul dan ditempatkan dalam kelas Gred 2-5. Kelas dia agak unik kerana terletak di bangunan berasingan dari kelas pelajar-pelajar lain. Waktu rehat mereka juga berasingan dengan pelajar lain. Dalam kelas pula ada seorang pelajar dibuli dengan teruk dan sentiasa mengasingkan diri.
Pelajar lain hanya berdiam diri semasa Myung Ja-eun (Ryu Da-in) yang dibuli dan Soo-ji juga tak banyak soal kerana dia berpegang pada prinsip jangan membuli dan jangan dibuli. Sangkaan dia meleset setelah menjadi pelajar Gred F dalam Pyramid Game. Permainan ini diselia oleh Ketua Kelas 2-5, Seo Do-ah (Shin Seul-ki) dan akan berlangsung pada setiap hari Khamis di hujung bulan.
Dalam Pyramid Game ada 5 gred di mana Gred A berada di tangga paling atas dan mempunyai kuasa untuk segalanya termasuklah menentukan sistem pemarkahan dalam kelas. Disusuli dengan Gred B, C, D, E dan terakhir sekali adalah Gred F yang akan menjadi mangsa untuk kehendak ranking di atas dia. Semua ranking akan ditentukan oleh undian pelajar dalam kelas Gred 2-5 dan setiap pelajar mendapat 5 undian.
Dalam pusingan ke-13, Sung Soo-ji berada di Gred F kerana tiada sesiapa pun yang mengundi dia. Setiap hari Soo-ji akan dibuli oleh Kim Da-yeon (Hwang Hyun-jung) secara fizikal dan tiada yang berani untuk menghalang perkara tersebut kerana risau akan terima nasib yang sama. Hanya Baek Ha-rin (Jang Da-A) sentiasa bantu dan beri kata-kata semangat pada Soo-ji. Bila dibuli, baru Soo-ji rasa perit menjadi mangsa dan berazam untuk hapuskan permainan kasta yang dirasakan melampau batas.
Tahun lepas drama Pyramid Game yang diadaptasikan dari webcomic dengan judul yang sama hasil ilustrasi Dalggonyak jadi sebutan para netizen. Bila dah layan tahun ni baru lah faham kenapa ramai yang recommend untuk layan naskhah thriller misteri arahan Park So-yeon ni. Permainan yang dimasukkan pun dah menarik dan mudah untuk difahami sebab relatable sangat dengan real life.
Pyramid Game tak lari jauh pun dengan hierarki sosial dalam masyarakat. Kasta paling atas adalah orang kaya seperti Baek Ha-rin (Jang Da-ah) atau popular seperti Im Ye-rim (Kang Na-eon). Kelebihan yang ada pada Gred A dari lahir lagi bagi banyak keistimewaan tanpa perlu bersusah payah seperti gred bawahan. Mencerminkan nasib golongan kasta rendah, penulis masukkan watak Seong Soo-ji yang mampu ubah nasib hidup dia dengan pemikiran yang cerdas dan licik juga berani.
Watak Ja-eun pula mewakili golongan yang tak mampu bukan sebab tak nak berubah tapi sebab orang atas pilih dia sebagai mangsa. Dalam dunia korporat pun, kalau Gred F tu pekerja yang cemerlang tapi tak disukai oleh boss pun tak guna juga sebab peluang untuk naik dan ubah gaya hidup tu ditutup. Jalan untuk pergi lebih jauh, disekat.
Dalam naskhah Pyramid Game, nak keluar dari Gred F memang senang secara teorinya tapi untuk dapatkan kepercayaan dari 2 orang pengundi teramatlah payah. Setiap masa berteka-teki siapa yang akan bantu dan siapa pula yang akan tikam dari belakang. Sedihnya, setiap pelajar dalam kelas Gred 2-5 mempunyai sejarah perit akibat dari Pyramid Game.
Masa tengok watak Do-ah dalam drama Pyramid Game ni rasa familiar sangat muka dia, rupanya dia yang jadi rebutan dalam Single's Inferno 2 (2022). Tak cam sebab rambut dia pendek, hilang terus personaliti feminin dan comel dia. Which is good lah sebab watak dalam drama ni hidup dan meyakinkan. Walaupun ramai debutante dan pelakon baru dalam drama Pyramid Game tapi semua deliver watak masing-masing sesuai dengan apa yang diperlukan oleh skrip.
Pace penceritaan Pyramid Game bergerak pantas kerana durasi yang diberikan agak terhad. Beberapa watak sampingan yang dimasukkan sebagai pelajar kelas Gred 2-5 tak mendapat screentime yang sama. Ada yang muncul dalam beberapa babak tanpa dialog. Mungkin juga sebab pengarah nak sorok kelemahan pelakon-pelakon dia. But that’s okay lah sebab watak-watak utama dah deliver watak masing-masing dengan bagus sampai kita berdebar nak tahu keputusan dari tindakan team Soo-ji dan rakan-rakan dia.
Watak antagonis pula ada semua kelebihan yang dia perlukan untuk sentiasa berada di hadapan. Kalau kita tak boleh baca corak permainan Soo-ji, kita tak boleh nak baca juga permainan watak antagonis. Walaupun ada beberapa babak yang boleh dijangka tapi penulis pilih untuk mantapkan elemen misteri supaya naskhah Pyramid Game jadi saspens dan mendebarkan. Tak hairan lah kalau 10 episod boleh habis dalam masa yang sangat singkat.
Cuma yang tak fahamnya kenapa team Soo-ji tak pernah diganggu dengan Ha-rin bila diorang suka melepak dekat kedai serbaneka. Dah lah Soo-ji selalu bincang dengan Jo Seung-hwa (Cho Dong-in) tentang strategi dia dekat situ. Jarak kedai serbaneka dengan Baekyeon Girls' High School tu dekat sangat.
Emosi masa tengok babak Sung Hee-Seok (Choi Dae-Chul) pujuk balik anak perempuan dia, tapi kenapa penulis tak expose video Im Ju-Hyung (Choi Sung-won) belasah Soo-ji. Video tu patut didedahkan juga sebab dia belasah pelajar semata untuk peras ugut ibu bapa. Netizen pun perlu bash tenaga pengajar dekat situ sebab ada bukti depan mata pun tak bertindak untuk selamatkan pelajar.
Kalau suka dengan drama All of Us are Dead, Death Game dan Squid Game, boleh layan Pyramid Game jugak.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.