JAZMY JUMA TERANCAM! ZARIF GHAZZI MULA CURI SPOTLIGHT & BUAT NETIZEN MENYIRAP!

Friday, 8 August 2025

Apa jadi bila kemunculan semula seorang kenalan lama isteri, tetapi dengan gerak-geri yang mengundang resah?

Yang disangka pertemuan biasa rupa-rupanya menjadi titik mula kegusaran Eijaz (Jazmy Juma), apabila Sarip (Zarif Ghazzi), rakan lama Aira (Tracie Sinidol), semakin berani masuk campur urusan rumah tangga mereka hingga menggugat kedudukannya sebagai suami.

Ramai pasangan pasti boleh kaitkan dengan situasi seperti ini, apabila orang ketiga mula ambil ruang dan secara halus melanggar batas perhubungan. Tidak hairanlah betapa Hilang Dalam Rindu, yang kini tular di Malaysia dan Indonesia, turut buat penonton semakin tak senang duduk melihat Sarip makin dominan dalam hidup Aira, sampai nampak seolah-olah dialah suami sebenar!

Ketegangan ini semakin memuncak dalam episod 12 yang ditayangkan semalam, apabila satu insiden mengejutkan berlaku. Rumah Aira dipecah masuk, dan dalam keadaan panik, Teah, sahabat baik Aira, bertindak menghubungi Sarip dahulu, bukan Eijaz. Eijaz yang tiba lebih awal terkejut dan bengang apabila Sarip turut muncul tak lama kemudian. 

Situasi menjadi bertambah panas apabila Sarip menunjukkan rasa curiga terhadap Eijaz, malah beranggapan dialah dalang di sebalik kejadian. Paling melampau, Sarip siap memanggil ketua kampung atas alasan kononnya mahu menjaga keselamatan Aira.


Namun hakikatnya, Sarip semakin mengambil tempat yang sepatutnya menjadi milik Eijaz. Dia tahu makanan kegemaran Aira, faham emosinya dan pandai mengungkit kenangan manis yang membuatkan Aira tersenyum. Dia tahu saat perlu muncul dan saat harus tunjuk keprihatinan. Eijaz pula mula hilang arah, tidak pasti di mana silapnya.

Lebih menyakitkan, setiap kata-kata Sarip penuh dengan sindiran halus yang mencabar ego Eijaz sebagai seorang suami. Sampai satu tahap, Eijaz nekad melarang Aira daripada berjumpa dengan Sarip lagi. Walaupun begitu, Sarip terus mencari ruang, perlahan-lahan menanam keraguan dalam hati Aira bahawa Eijaz bukan lagi lelaki yang mampu melindunginya.


Soalnya sekarang, mampukah Eijaz pertahankan tempatnya di sisi Aira? Atau Sarip akan terus curi perhatian, dan mungkin juga cinta Aira?

Jangan lupa untuk terus saksikan Hilang Dalam Rindu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Slot Samarinda, sebuah kisah cinta penuh misteri yang menguji kepercayaan, kesetiaan dan maruah seorang suami. Strim juga episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton http://www.tonton.com.my .

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.