Gelombang Hilang Dalam Rindu semakin menggila! Kali terakhir fenomena sebegini tercetus di Malaysia adalah menerusi Melur Untuk Firdaus dengan gandingan ikonik Anna Jobling & Meerqeen. Kini, tumpuan sepenuhnya beralih kepada Jazmy Juma dan Tracie Sinidol, pasangan hot yang sedang menjadi bualan ramai.
Rahsia tarikan Jazmy dan Tracie terletak pada chemistry mereka yang begitu natural. Setiap renungan, senyuman kecil dan dialog terasa hidup seolah-olah penonton sedang menyaksikan pasangan sebenar. Paling manis, tanpa perlu sebarang adegan bersentuhan sekalipun, kedua-duanya sudah cukup membuatkan penonton 'cair' dan blushing.
Lucunya, peminat dari Indonesia juga berharap ada momen lebih mesra antara dua bintang muda ini. Salah satu komen yang dijumpai, “Berharap bngt ada adegan pelukan Eijas sama Aira, 1 kalipun gapapa😔
Bukan itu sahaja, keserasian mereka turut terlihat jelas di luar skrin. Interaksi spontan di TikTok, termasuk sering berbalas komen, membuatkan peminat percaya bahawa Jazmy dan Tracie adalah pasangan ideal sama ada di dalam atau di luar drama.
Daripada edit romantik, fan art, hinggalah fan fiction, kreativiti peminat memang tiada batas. Timeline TikTok dan Twitter dibanjiri wajah mereka, dengan tanda pagar sentiasa trending setiap kali episod baharu ditayangkan, sekali gus membuktikan betapa kuatnya pengaruh Jazmy dan Tracie.
Dengan impak sebesar ini, tidak pelik apabila peminat mula meminta supaya Jazmy dan Tracie digandingkan lagi selepas Hilang Dalam Rindu tamat. Malah, ramai yang yakin mereka adalah perfect match dan tidak sabar menantikan projek baharu mereka bersama.
Hakikatnya, dalam TikTok Live Drama Sangat bersama Dato’ Rosyam Nor dan Jazmy Jumaat lalu, lebih 3,000 penonton serentak membanjiri ruangan komen dengan desakan Hilang Dalam Rindu disambung ke musim kedua, siap ada yang mencadangkan “HDR Raya Special.”
Dari gelaran ‘golden couple drama Malaysia’ milik Anna Jobling dan Meerqeen, kini baton itu dilihat berpindah ke tangan Jazmy dan Tracie. Populariti melonjak, keserasian semula jadi serta sokongan peminat antarabangsa sudah cukup menjadikan mereka ikon pasangan drama terbaharu.
Hanya 3 episod berbaki! Jangan lepaskan pengakhiran penuh drama ini, Hilang Dalam Rindu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Strim juga episod baharu 24 jam lebih awal melalui Tonton di http://www.tonton.com.my.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.