Movie Review | Reeza GTR (2024)

Sunday, 3 August 2025


Pengarah: Dr. Ahmad Idham  
Penulis Skrip: Panel Skrip GBSSB 
Pelakon: Alif Satar, Sophia Albarakbah, Dato' Eizlan Yusof, Yassin, Ropie, Noki K-Clique, Chiwan Chilok, Azrul Cham
Syarikat Produksi: Grand Brilliance Studio, Primeworks Studios    
Pengedar:  
Genre:  Aksi / Komedi
Durasi Tayangan: 90 minit
Tarikh Tayangan:  17 Oktober 2024  
Trailer:


Reeza (Alif Satar) seorang jejaka berusia 30 tahun yang bekerja di bengkel stor lelongan kereta tarik milik Boss Maarof (Cat Farish). Walaupun memiliki ijazah dalam pengurusan perniagaan, Reeza terpaksa akur dengan persaingan sengit untuk dapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan. Jodoh pun belum tentu nak dapat bila bekerja di situ. 

Satu hari, kehidupannya berubah bila Reeza tanpa sengaja bertemu dengan Myra (Sophia Albarakbah) yang bersembunyi di dalam sebuah kereta lelong. Kereta Mustang tersebut dibawa oleh Abang Long Khai (Niezam Zaidi) di awal pagi. Myra minta bantuan Reeza untuk selamatkan dia dan lari ke Alor Setar, Kedah. 


Tanpa berfikir panjang, Reeza lari bersama Myra sebelum ditangkap oleh sekumpulan gangster yang mengekori gadis cantik tersebut. Selain niat untuk membantu Myra, Reeza juga simpan niat untuk kenal dengan Myra dan tahu apa penghujung mereka. 

Naskhah yang bertemakan sukan kereta arahan Ahmad Idham menampilkan gandingan baru antara Alif Satar dan Sophia Albarakbah. Fresh pairing tapi chemistry tak lah kuat sangat untuk kedua-dua pelakon hidupkan momen romantik sepanjang filem. Kebanyakan screentime didominasi oleh mereka berdua tapi sayang lah tak boleh feel. 


Menilai dari tajuk dan poster, mati-mati ingatkan filem Reeza GTR adalah kisah tentang Reeza yang ada kemahiran tinggi dalam pemanduan kereta atau dia akan berlumba kereta. Rupanya tak pun sebab GTR adalah akronim kepada Gadis Turbo Romantik jadi perjalanan naskhah ini cuma fokus kepada perjalanan kisah cinta Reeza dan Myra. Kereta cuma selingan semata padahal penaja utama filem Reeza GTR adalah Goodyear Malaysia.

Tak pasti bila penggambaran filem Reeza GTR dibuat sebab plot utama masih lagi di takuk yang lama. Bila layan filem ni, rasa macam layan filem awal millenium dulu. Plot kahwin paksa gara-gara nak menjaga persahabatan ni dah lapuk. Kalau ada zaman sekarang pun selalunya untuk T20 sebab nak jaga bisnes masing-masing. Kalau jadi Myra pun akan lari jugak sebab Andika (Noki K-Clique) tu tak semenggah. 


Lakonan Sophia dalam Reeza GTR menambahkan kelemahan filem ni. Tak pandai berlakon satu hal, tak ada chemistry satu hal, suara nyaring satu hal lagi. Macam mana dia berlakon dalam filem Jiwa 18 (2024), tak jauh beza pun dalam filem Reeza GTR. Dialog yang diwujudkan untuk watak Myra pun tak membantu. Masa sampai dekat bengkel tempat Reeza bekerja dia yang beria minta tolong, bila dah jauh sikit dia pula rimas dengan Reeza. Tapi Reeza okay je lah kan sebab dia cantik. Pretty privilege. 

Action stunt dalam Reeza GTR boleh tahan lah, memenuhi kehendak skrip dan penceritaan. I tak expect aksi yang mengagumkan pun sebab Reeza dengan Myra orang awam je. Walaupun Myra anak guru silat (Dato’ Sri Eizlan Yusof) tapi dia tak menuntut pun. Elemen komedi yang dimasukkan sangat hambar, mungkin bukan jenis komedi yang I suka. 


Sinematografi dari Helmi Yusof not bad lah, kena lah dengan bajet filem ni. Babak Reeza berangan berlumba dekat parking lot tu menarik, nampak macam betul-betul berlumba. Situ je lah yang seronok nak tengok pun. Resort dekat Sijangkang yang jadi tempat Reeza dan Myra bersembunyi pun cantik sebab guna landskap natural alam semulajadi kawasan laut dan pantai. 

Personally, kalau penulis dan pengarah stick dengan idea skill memandu Reeza dan silat tanpa meleret dengan kisah cinta, mungkin filem ni boleh pergi jauh. Idea dah cantik tapi banyak lompongnya. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.