TV3 & Tonton dengan penuh bangganya mengumumkan kemunculan semula Anugerah Melodi, acara penghargaan hiburan ikonik yang kini kembali dengan wajah baharu dengan ledakan yang lebih berani, lebih segar dan pastinya lebih TERHANGAT!
Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025), Sehebat Prestasi, Sehangat Sensasi, Bakat Tersendiri! menandakan kebangkitan semula sebuah jenama hiburan ikonik dengan wajah dan semangat baharu. Selepas sembilan tahun menyepi, AMT2025 kembali bukan sekadar sebagai acara penghargaan biasa, tetapi sebagai sebuah perayaan budaya pop moden yang meraikan selebriti, pempengaruh dan personaliti digital yang mencetuskan impak besar dalam dunia hiburan.
AMT2025 memberi penghargaan kepada individu yang bukan sahaja popular, tetapi juga mempunyai aura, daya tarikan, dan berjaya mencipta momen viral yang dekat dengan hati rakyat. Dengan persembahan yang lebih moden, segar dan penuh interaksi, AMT2025 akan jadi acara hiburan yang paling sesuai dengan zaman media sosial sekarang.
AMT2025 edisi kali ini dikemudi oleh Russel Mark Rodrigues selaku Pengurus Projek, yang menerajui keseluruhan produksi dengan visi dan kepakaran luar biasa.
Anugerah Melodi Terhangat 2025 diadakan kembali selepas 9 tahun, digamatkan oleh gandingan hebat pengacara serasi dan penuh jenaka, Ain Edruce & Fikry Ibrahim. Manakala acara karpet merah Melodi Berapi TikTok bakal dihidupkan oleh duo berkarisma Fiza Frizzy & Imran Aqil.
Penyampai Anugerah
- Tonton Original Terhangat & Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat - Siti Hariesa & Hisyam Hamid
- Selebriti Stailo Terhangat - Christy Ng & Ceddy Ng
- Selebriti Newcomer Terhangat & Selebriti Trending Terhangat - Ernie Zakri & Fattah Amin
- Selebriti Maskulin Terhangat & Selebriti Viral Terhangat - Dolla
- Anugerah Pilihan Proton X50 Superstar - DeFam
- Selebriti Drama Sangat Terhangat & Selebriti Feminin Terhangat - YB Syed Saddiq & Bella Astillah
- Selebriti Ikon Terhangat (Dikuasai Oleh Samsung Galaxy) & Selebriti Couple Goals Terhangat - Faizal Hussein & Che Puan Sarimah Ibrahim
- Anugerah Melodi Terhangat - Anuar Zain & Ziana Zain
Pemenang Anugerah Melodi Terhangat 2025:
1. Selebriti Drama Sangat Terhangat : Che Puan Sarimah Ibrahim
2. Tonton Original Terhangat: BRU
3. Selebriti Ikon Terhangat Dikuasai Oleh Samsung Galaxy: Siti Saleha
4. Selebriti Couple Goals Terhangat: BASS - Bella Astillah & Syed Saddiq
5. Selebriti Maskulin Terhangat: Fattah Amin
6. Selebriti Feminin Terhangat: Sophia AlBarakbah
7. Selebriti Muzik Paling Onz & Terhangat: Khai Bahar
8. Selebriti Trending Terhangat: Cik Epal
9. Selebriti Stailo Terhangat: Daiyan Trisha
10. Selebriti Newcomer Terhangat: Zarif Ghazzi
11. Anugerah Pilihan PROTON X50 Superstar: Keymi
12. Selebriti Viral Terhangat: Datuk Rosyam Nor
13. Ultimate Awards Anugerah Melodi Terhangat 2025: Daiyan Trisha
Anugerah Melodi Terhangat 2025 dihangatkan dengan persembahan istimewa dari KOI, Iman Troye, Ara Johari, DUKES, Mary Grace, Kai Deva, Feminin, Wani Kayrie, Umairah, Sarah Suhairi, DeFam, Marsha Milan Londoh, Anuar Zain, Ella, Hael Husaini dan artis terhangat dari Indonesia, Fajar Noor.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.