Movie Review | Wall to Wall (2025)

Saturday, 16 August 2025


Pengarah: Kim Tae-joon
Penulis Skrip: Kim Tae-joon
Pelakon: Kang Ha-neul, Yeom Hye-ran, Seo Hyun-woo
Syarikat Produksi: Mizi Film
Pengedar: Netflix
Genre: Thriller / Misteri
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025
Trailer:


Bukan sesuatu yang baru bila Korea Selatan memaparkan kegilaan penduduknya untuk memiliki sebuah rumah. Sama juga dalam filem terbaru tayangan rasmi Netflix yang mengisahkan tentang Noh Woo-sung (Kang Ha-neul) yang berjaya membeli rumah sebesar 900 square feet di bandar Seoul. 

Awalnya kehidupan dia bahagia bersama si tunang namun ekonomi mula merudum akibat pandemik lantas menyebabkan dia terbeban dengan komitmen. Woo-sung terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan separuh masa pada waktu malam selepas bekerja pada waktu siang di pejabat untuk membayar hutang yang ada. Rumahnya dipenuhi dengan mi segera dan cuba untuk kurangkan semaksimum mungkin penggunaan bil elektrik dan air. 


Makin bertambah masalah hidup Woo-sung bila jiran tingkat bawah rumah tampal memo pada pintu rumah supaya perlahankan suara. Gara-gara tak puas hati dengan tuduhan yang dilemparkan, Woo-sung pergi ke setiap tingkat di bahagian atas rumahnya untuk siasat dari mana datangnya bunyi bising tersebut. 

Filem misteri thriller arahan dan penulisan Kim Tae-joon menampilkan Kang Ha-neul yang pernah popular dengan filem Forgotten (2017). Lakonannya berjaya menghidupkan suasana tegang, berdebar dan tertekan. Sama seperti Woo-sun, bila watak utama balik rumah, kita yang tengok pun akan rasa stress sebab bunyi bising tu akan muncul bila dia ada di rumah sahaja. Sedangkan bunyi bising biasa dari jiran lain pun dah boleh buat kita menyampah, inikan pula bunyi bising yang disengajakan supaya orang keluar dari situ. 


Dari awal lagi dah boleh nampak yang naskhah Wall to Wall bukan ke arah filem seram sebab pengarah tak beria fokus pada bunyi tapi lebih kepada stalking. Kalau masukkan elemen seram mungkin lebih menarik sebab benda tu memang dah culture Asia, nak pula bila apartment Korea yang jenis rendah. Lagi senang nak dengar bunyi guli atau bunyi tipikal rumah berhantu. 

Selain bunyi bising, Woo-sung dalam dilema sama ada nak percaya dengan nasihat kawan dia tentang bitcoin. Kalau sebut bitcoin, rasa macam scam tapi Woo-sung cuma ada jalan tu untuk tambah pendapatan dia dalam masa yang terdekat. Setiap kali dia klik untuk urusan bitcoin, rasa berdebar. Close-up shot yang fokus dengan reaksi muka Woo-sun buatkan babak tu lebih dramatik. 


Sinematografi dari Jeong Gui-ho buatkan filem Wall to Wall terlihat menarik kerana vsiual language yang menguatkan lagi penceritaan. Camera works yang cantik dan smooth dalam beberapa babak macam shot Woo-sun dalam pejabat ejen hartanah untuk jual rumah dia atau masa dia menyembang dengan kawan dia. Dari pan shot perlahan-lahan bergerak untuk fokus pada perbualan mereka berdua sekaligus menjadi simbolik pada rasa percaya Woo-sun kepada kawan dia tentang bitcoin. 


Masa penduduk blok terjah rumah dia sebab bunyi bising, mereka semua berada di kawasan yang gelap sebab masing-masing masih tertanya-tanya tentang bunyi dari rumah Woo-sun. Walaupun watak sampingan ada yang punyai agenda tersendiri tapi Gui-ho biarkan mereka tak curi spotlight watak utama. Pencahayaan sangat memainkan peranan dalam filem Wall to Wall. 


Masuk second half penulis masukkan watak Yeong Jin-ho (Seo Hyun-woo), jiran tingkat atas rumah Woo-sung. Mereka berdua ada strategi tersendiri untuk cari bunyi bising tersebut. Sebelum ni dah pernah nampak Seo Hyun-woo dalam drama Seoul Buster (2025) tapi watak dia dalam tu kelakar. Berbeza dalam filem Wall to Wall di mana personaliti dia lebih serius. I dah tak ingat watak dia sebagai wartawan dalam drama Flower of Evil (2020) sebab dah lama. 

Kehadiran watak presiden blok Jeon Eun-hwa (Yeom Hye-ran) menambahkan elemen misteri bila dia ada agenda tersendiri sebelum line GTX siap dibina. Tapi bila dah tahu dia siapa, filem Wall to Wall jadi draggy pula sebab naskhah ni dah tak fokus pada Woo-sun. Ada peluang untuk tamatkan cerita tapi pengarah drag lagi sampai jadi bosan. Babak Woo-sun dekat balai polis pun pengarah sengaja drag untuk tambah masalah pada watak utama sedangkan dia boleh duduk dalam situasi nasib baik. 


Filem Wall to Wall ada elemen plot twist dan kejutan tapi bergantung pada orang lah, dia teka watak mana yang akan menyumbang kepada elemen tu. Sebab dari awal pun pengarah dah masukkan beberapa watak sampingan untuk tambah tekanan pada watak utama. 

Ending dia mungkin a bit confusing to some tapi Woo-sun bagi reaksi macam tu sebab dia berpatah balik ke kehidupan lama. Balik kepada dilema lama sama ada untuk stay atau balik ke kampung yang lebih tenang. Kalau I jadi dia, balik je lah ke kampung tolong mak dia dekat kebun, spend time dengan mak dia yang dah berusia daripada hidup macam gelandangan semata nak capai impian memiliki sebuah rumah.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.