Pengarah: Haruo Sotozaki
Penulis Skrip: Ufotable
Pelakon: Natsuki Hanae, Akari Kitō, Yoshitsugu Matsuoka, Hiro Shimono, Takahiro Sakurai, Akira Ishida
Syarikat Produksi: Ufotable
Pengedar: Aniplex, Toho (Jepun), Crunchyroll through Sony Pictures Releasing (Worldwide)
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 155 minit
Tarikh Tayangan: 18 Julai 2025
Trailer:
Muzan Kibutsuji bersembunyi dan merawat dirinya di Infinity Castle, dunia di mana semua bangunan sentiasa bergerak dan tiada berpenghujung. Tanjiro Kamado bersama Hashira yang lain terperangkap di dalam Infinity Castle bersama dengan puaka yang lain. Dalam misi mencari Muzan untuk mengakhiri riwayat dan kuasa jahatnya, semua Hashira terpaksa berpecah dan bertarung dengan Upper Rank yang berjaga di sana.
Pertarungan Shinobu bersama Upper Rank Two Douma yang telah membunuh kakaknya, Kanae menjadi pertarungan pertama dalam filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba arahan Haruo Sotozaki. Semasa pertarungan tersebut, Ufotable masukkan backstory Douma sejak kecil dan ceritakan bagaimana dia berubah dari individu yang menjadi utusan Tuhan bertukar menjadi pengikut syaitan yang berbahaya kepada manusia.
Kemudian beralih kepada pertarungan antara Zenitsu dan bekas seniornya, Kaigaku yang mempunyai pangkat keenam di dalam dunia Muzan. Kaigaku dan Zenitsu sama-sama menuntut ilmu Nafas Guruh dengan lelaki tua yang dianggap seperti datuk sendiri. Akibat sakit hati, Kaigaku berpaling tadah dan mengikut Muzan hingga guru mereka ambil keputusan untuk bunuh diri.
Pertarungan yang ketiga di mana Tanjiro bergabung dengan Giyu menentang Akaza, Upper Rank Three. Sukar untuk mereka menumpaskan Akaza, bukan saja kerana dia lebih kuat malah dia mempunyai deria rasa yang sensitif dan boleh mengesan semangat juang Tanjiro dan Giyu. Setiap nafas yang diambil dengan mudahnya dipatahkan oleh Akaza. Sama seperti Douma dan Kaigaku, Akaza juga mempunyai backstory yang tersendiri sebelum berjumpa dengan Muzan.
I’m not a fan of Demon Slayer sebab tak pernah baca pun manga dia tapi adik-adik paksa tengok sekali dekat wayang sebab katanya banyak action. Pergi tanpa tengok any promo material sudahnya baru tahu yang filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle baru Part 1 dan fokus pada watak Akaza. Boleh kata filem ni ada dua genre utama – first half adalah aksi dan second half pula terarah pada drama kehidupan Akaza yang bernasib malang.
Walaupun pertama kali tengok tapi tak ada lah tak faham perjalanan cerita Demon Slayer Infinity Castle ni sebab penceritaan dia jelas walaupun bersilih ganti antara masa kini dan flashbacks. Cuma jadi keliru lah sebab tajuk anime adalah Demon Slayer tapi semua puaka dapat solid backstory as if kita perlubersimpati dengan semua demon ni. Dia macam heavy concept of Kpop Demon Hunters (2025). My favourite demon dalam filem ni ialah Douma sebab dia licik dan handsome. A good package to lure the victims. He kinda reminds me of Damon from Vampire Diaries.
Untuk fight scene dalam filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle, pertarungan Shinobu dengan Douma dan pertarungan Zenitsu bersama Kaigaku mengangkat genre aksi dengan cemerlang. Setiap nafas dan teknik pertarungan yang digunakan dikukuhkan dengan animasi yang cantik juga meninggalkan impak pada separuh masa pertama filem.
Malangnya pertarungan Tanjiro, Giyu dan Akaza terperangkap dalam drama yang dibawa oleh Tanjiro dan Akaza. Actually Akaza tak lah teruk sangat tapi Tanjiro spoils the mood bila dia preachy teruk sedangkan Giyu all out berlawan dengan Akaza. Ada masa yang I sakit hati sangat dengan Tanjiro sebab penulis sengaja drag dan stretch setengah jam untuk dia play dumb. Nasib baik ada conversation Tanjiro dengan Inosuke Hashibira sebab flashbacks tu jadi tension relief dan ilham untuk Tanjiro.
Sembang pasal Inosuke, dia muncul sekejap sangat dalam filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle tapi kelakar. Kalau Part 2 nanti ada Inosuke, I might go watch it tapi bukan dekat panggung sebab dah tak sanggup nak dengar Tanjiro berceramah. 2 jam 35 minit adalah tempoh masa yang panjang dan satu jam terakhir buat I tertidur dalam hall sebab pace filem dah mula perlahan dan momentum jadi flat.
Bila tengok dunia Infinity Castle tu, dalam kepala dah ada expectation yang semua Hashira tak akan mampu bunuh Muzan. Nak pula dalam setiap pertarungan semua puaka ada kuasa untuk sembuh semula sedangkan setiap tumbukan atau teknik yang digunakan terhadap Hashira akan mencederakan dengan teruk atau lebih mudah lagi membunuh macam Douma guna wap udara untuk meracun Shinobu. Jadi bila pengarah drag sampai satu jam, dia dah mula hilang minat nak tengok. Mungkin untuk peminat Akaza akan suka dengan pendedahan kisah silam dia but for me it’s a torture.
Lagi satu hal bila pengarah treat movie Demon Slayer ni sebagai siri manga bila watak stating the obvious dalam beberapa babak. Tak payah lah cerita semua benda sebab konsep visual ni, penonton akan nampak fokus utama unless ada simbolik pada props yang dimasukkan. No wonder lah filem ni lama benar sebab template dia masih lagi stuck dengan manga.
Salah satu kekuatan filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Movie: Infinity Castle adalah pada kreativiti Yuki Kajiura dan Go Shiina yang mewujudkan music album yang sarat dengan theme yang menarik. Pertarungan rasa lagi mendebarkan dengan high beat yang catchy dimasukkan untuk mengukuhkan lagi mood pada babak tersebut. Shine in the Cruel Night – LiSA adalah lagu bersama lirik yang tepat untuk gambarkan betapa tingginya semangat semua Hashira untuk tamatkan kuasa Muzan.
Kalau filem Demon Slayer tak draggy dan tambah lagi satu pertarungan antara Hashira dan Upper Rank mungkin I akan enjoy sepanjang dekat cinema hall tu. I might or might not watch the series tapi lebih kepada might watch sebab nak tengok Zenitsu dan Inosuke.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.