Cepat betul masa berlalu, know know dah masuk bulan Ogos. Bulan terakhir yang tak ada langsung public holiday. Walaupun ada 31hb nanti tapi dah hujung waktu, nak masuk bulan September dah. Rasanya bulan Ogos akan sibuk dengan event dah kerja hakiki juga sebab banyak benda nak uruskan. Invitation untuk event pun dah mula rancak.
But first, kita settlekan dulu report card sebagai rekod perjalanan bulan Julai 2025.
1.PV
Macam I pernah cakap dalam entri report card bulan
Mei 2025, bila banyak cuti maka banyak lah aktiviti yang dibuat dan berkurang lah perhatian kepada blog. Bulan Julai tak ada cuti jadi pageview meningkat sikit.
Berbanding pageviews bulan
Jun 2025, bulan lepas ada peningkatan bila pageviews mencecah 151461 views. Pertambahan 30k views dari peminat program realiti dekat Astro dan juga TV3. Entri personal pun menyumbang juga walaupun tak banyak I update. Hopefully figure ni boleh maintain untuk bulan Ogos atau bertambah sikit.
2. Posts
Bulan lepas ada beberapa post berkenaan rancangan TV3 yang masuk ke Popular Post macam telemovie arahan Janna Nick dan Fattah Amin. Banyak peningkatan lah juga sebab nak bandingkan dengan bulan Jun 2025, entri paling atas dekat Popular Post tak mencecah 1,000 views pun tapi untuk bulan Julai, ada 7 entri yang cecah.
3. Keywords
Keywords mungkin tak sama lah dengan Popular Post sebab I ambil trending keywords untuk bulan ni. Kalau bulan Jun ramai yang mencari tentang Rampas Cintaku, untuk bulan Julai pula ramai yang mencari tentang drama Pengantin 100 Hari. Ada tayangan semula ke? Tapi masa I layan drama ni dulu dekat Youtube TV3 kalau tak silap.
I perasan juga setiap bulan akan ada keywords dari drama yang akan naik tapi memandangkan I tak ada TV dekat rumah so susah untuk jangka apa yang akan muncul. Since blog I ni berpegang pada konsep update hari ni, naik views kemudian so I tak cara sangat nak update ikut trending keywords. Niche yang I pilih akan sentiasa ada so kita tak payah kalut hshshs
4. Bilangan Entri
Baru je nak pilih untuk tukar target entri kepada 30 entri sahaja tiap bulan, universe tells otherwise gituhhhh. I stay je lah dengan 60 entri sebulan sebab dah ada banyak draft yang menanti untuk dikarang. Harapnya bulan Ogos boleh mencecah target juga atau mungkin lebih lagi.
Terima kasih kepada yang selalu datang berkunjung dan baik hati tinggalkan komen. I appreciate sangat tindakan itu. Kalau ada rezeki lebih, insya-allah akan berkongsi dengan 5 orang yang rajin. Have nice month ahead and do take care of yourself 💕
alhamdulillah terbaik akak
ReplyDeletecaiyok caiyok..moga terus up & up lagi...
ReplyDeleteTahniah Ana 🌷🌷🌷
ReplyDelete