THE CHOSEN ONE XTRA MINGGU 6 | 3 KALI DI TEMPAT PERTAMA, PERSEMBAHAN KUMPULAN NAQIU MAKIN ‘BERBISA’

Friday, 29 August 2025

Kumpulan Naqiu semakin menunjukkan taringnya apabila sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan pertama tiga kali berturut-turut di minggu suku akhir. Bukan sahaja mereka, tetapi Kumpulan Nikki Palikat turut menggenggam kedudukan kedua buat kali ketiga, mengejutkan semua penonton dengan persembahannya bersama Pasha dengan lagu Bukan Lagi Kita nyanyian asal Nadeera Zaini. 

Minggu suku akhir ini bertemakan COLLAB GOALS! – membawa penyanyi-penyanyi popular tanah air sebagai rakan duet setiap Kumpulan, dan turut membawa barisan artis popular sebagai jemputan khas dalam beberapa persembahan seperti pelakon Amir Ahnaf dan Eric Fuzi. 

Minggu ini turut menampilkan Ajai sebagai juri jemputan disamping Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah. Tiada penyingkiran dilakukan dalam minggu ini, membawa semua Kumpulan ke minggu separuh akhir yang lebih mencabar. 

SENARAI LAGU

  • Naqiu, Iaman & Kumpulan Saputra - Hatinya Tak Tahan (Noraniza Idris)
  • Usop, Alif & Yusuf - Romacinta (MOJO)
  • Niki Palikat, Adawiyah & Iman - Bukan Lagi Kita (Nadeera)
  • Acey, Rayyan & Dahlia - Gerhana (Dato' Hattan) + Terharu (Mawi ft Dato' Jamal Abdillah)
  • Tuju, Loca B, Fana, Elysha - Gemilang (Jaclyn Victor)

INFO PROGRAM THE CHOSEN ONE XTRA

• The Chosen One XTRA bukan sekadar memfokuskan bakat nyanyian sahaja, malah juga akan menonjolkan bakat-bakat lain seperti tarian, akrobatik, kebolehan bermain instrumen muzik dan sebagainya.

• Musim ini kembali dengan membawakan barisan artis baharu sebagai ‘coach’ selebriti kepada para bintang cilik seperti Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan juga Naqiu.

• Persembahan setiap peserta bersama dengan pasangan selebriti mereka akan diadili 100% daripada pemarkahan pihak juri sejurus selepas persembahan mereka tamat.

• Juara ‘The Chosen One XTRA’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 40,000 beserta trofi sumbangan Astro. Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000, RM 20,000 dan RM 10,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

• Pentas akhir program ini akan turut menobatkan anugerah Coach Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000, serta anugerah Persembahan Terbaik dengan wang tunai bernilai RM 10,000 yang akan ditentukan melalui undian para penonton melalui laman web www.thechosenone.com.my.

Siapakah yang bakal menjadi The Chosen One XTRA musim ini? Saksikan episod baharu setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (saluran 611), serta secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.