Pengarah: Syafiq Yusof, Abhilash Chandra
Penulis Skrip: Abhilash Chandra, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared, Ashraf Modee Zain
Pelakon: Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Syazwan Zulkifly, Amelia Henderson, Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham
Syarikat Produksi: Skop Productions, Enotech, Komet Productions, M Republic, D'Ayu Pictures, Primeworks Studios
Pengedar: Primeworks Studios, CBI Pictures (Indonesia), Netflix
Genre: Aksi / Thriller
Durasi Tayangan: 130 minit
Tarikh Tayangan: 10 April 2025 (Malaysia), 11 Jun 2025 (Indonesia), 10 Ogos 2025 (Netflix)
Trailer:
Filem bermula pada tahun 1995 di mana Dato’ Zul (Wan Hanafi Su) terpaksa menyingkirkan salah seorang Naga iaitu Bakri Salleh di dalam organisasi mereka kerana membelot. 30 tahun kemudian sejarah berulang kembali apabila Abang Sham (Razib Salimin) langar peraturan dengan membunuh anak buah Bos Sam (Ray Dapdap) hanya kerana ingin selamatkan seorang wanita yang sedang hamil.
Ikut tradisi lama, Abang Sham perlu dibunuh kerana hutang darah dibayar dengan darah. Ghaz diarahkan untuk laksanakan tugas tersebut. Walaupun ramai yang tak selesa dengan keputusan tersebut namun terpaksa patuh dengan keputusan Tujuh Naga.
Dato’ Zul merupakan bekas komando dan meggerakkan organisasi Tujuh Naga melalui kenalan politiknya dan berselindung di sebalik pengawal keselamatan elit. Perniagaan tersebut diuruskan oleh Ghaz dan dibantu oleh Ariff (Syafiq Kyle), Malik (Irfan Zaini), Pablo (Andy Teh) dan Sham. Manakala anak lelaki merangkap anak bongsu Dato’ Zul bernama Fadhlan (Shukri Yahya) menguruskan perniagaan haram.
Kerana cemerlang dan setia dengan Dato’ Zul, Ghaz diambil sebagai menantu dan suami kepada anak perempuannya Sheila (Amelia Henderson). Namun pada malam perkahwinan mereka, Sheila dibunuh dan orang terakhir yang berjumpa dengan wanita cantik tersebut ialah Ariff. Berang dengan pemergian Sheila dan pengkhianatan tersebut, Ghaz buru Ariff untuk lunaskan dendamnya.
Filem aksi thriller arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra mengangkat kisah gangster yang lebih kurang sama dengan franchise KL Gangster (2011) arahan abangnya, Shamsul Yusof terbitan produksi yang sama, Skop Productions. Bezanya, Tujuh Naga terlihat mewah dan eksklusif untuk kaburi mata pihak polis dan orang awam.
Nicholas Chin paparkan dunia Blood Brothers dengan cemerlang dari segi visual yang menarik. Beberapa lokasi yang biasa terlihat cantik dan berbeza dengan sentuhan color grading mengikut palette warna hangat. Beberapa babak juga banyak bermain dengan penggunaan Cahaya berwarna merah dan biru mengikut emosi dan situasi penceritaan.
Banyak action stunt dimasukkan sesuai dengan tuntutan genre filem dan alur penceritaan. Babak aksi antara dua pelakon utama dibikin sendiri untuk dilihat natural dalam kamera. I do enjoy their fighting scenes except climax. Lama juga pengarah drag dekat situ padahal boleh kembangkan dekat tempat lain. Antagonis tak kuat mana pun kalau diikutkan tapi entahlah kenapa lama betul meleretnya. My favourite scene masa Ariff lawan dengan lelaki misteri dekat bar. The camera works is chef kiss. Music score dari Ricky Lionardi dan Teoh Eng Hooi mengukuhkan lagi penceritaan dan impak pada babak-babak tertentu.
Penceritaan Blood Brothers: Bara Naga bergerak laju dengan latar masa yang bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang. Ditambah juga dengan elemen plot twist – signature utama Syafiq Yusof. Dalam filem ni, plot twist tak umpphh sangat sebab dah boleh diagak tapi entertainment-wise, not bad lah.
Sama macam filem Polis Evo 3 (2024), filem Blood Brothers: Bara Naga pun ada babak-babak komedi yang dihadirkan menerusi watak Jaki (Syazwan Zulkifly) tapi komedi dia bukan my cup of tea so I feel flat. Few times juga babak komedi dalam Blood Brothers: Bara Naga berbaur lucah dan kasar. Tak boleh nak complaint banyak lah sebab filem ni pun berlatarkan dunia gangster. Tak kan nak sembang 7 pintu syurga pulak kan?
Mungkin filem Blood Brothers: Bara Naga ada ramai pelakon jadi screentime tak cukup untuk cover semua jadi ada banyak lompong juga untuk perkembangan watak dan dialog. Sekaligus gagal menghadirkan emosi pada babak drama macam perbualan Sheila dan Ghaz tentang kenapa dia nak keluar dari dunia gangster.
Tak pasti kalau Sheila kahwin dengan Ghaz sebab cinta ataupun dipaksa oleh Dato’ Zul sebab chemistry both actors tak ada. Masa Ghaz tanya kenapa Sheila ambil anxiety pills tu pun kasar. Nak pula dia bagitahu Daniel (Dini Schatzmann) dia ada 7 inci lembut as if Daniel tak ada benda yang sama fgs. Walaupun itu untuk komedi tapi kesian betul dekat Sheila yang terperangkap dalam dunia Tujuh Naga. Sama juga dengan Mira (Tracie Sinidol) yang kena manipulate dengan Ariff untuk dapatkan ubat.
Personally, Syafiq Kyle dengan Sharnaaz tak ada chemistry jadi setiap kali dua watak ni bergaduh atau bergabung, I rasa biasa je. Feel tu tak sama macam Khai-Sani dalam franchise Polis Evo, Iman Shah-Ash dalam One Cent Thief atau mana-mana duo yang tinggi dinamikanya. But this is my personal view sebab I tengok ramai yang suka gabungan Syafiq dan Sharnaaz.
Overall Blood Brothers: Bara Naga is a good action film walaupun ada kelompongannya. Kekuatan banyak terletak pada barisan pelakon terutamanya Shukri Yahya yang bergerak seperti sesumpah. Bila saja watak dia perlu bertukar, dia akan bertukar. Tak pasti dia guna rujukan mana untuk watak Fadhlan tapi terngiang-ngiang signature Syafiq Kyle di separuh masa pertama filem. Andy Teh dan Irfan Zaini pun menyerlah. Sayang Amir Nafis tak dapat screentime dan dialog bagus dalam filem ni sedangkan dia cemerlang dalam KL Gangster Underworld.
For those yang belum tengok boleh layan di Netflix. Tak sesuai untuk tontonan keluarga dan bawah umur.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.