Pengarah: Maggie Kang, Chris Appelhans
Penulis Skrip: Danya Jimenez, Hannah McMechan, Maggie Kang, Chris Appelhans
Pelakon: Arden Cho, Ahn Hyo-seop, May Hong, Ji-young Yoo, Yunjin Kim, Daniel Dae Kim, Ken Jeong, Lee Byung-hun
Syarikat Produksi: Sony Pictures Animation
Pengedar: Netflix
Genre: Komedi
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 20 Jun 2025
Trailer:
K-pop idol menjadi kegilaan dunia bukan satu perkara baru bila Huntr/x yang dianggotai oleh Rumi (Arden Cho), Mira (May Hong) dan Zoey (Ji-young Yoo) sentiasa berada di tempat teratas carta. Uniknya, Huntr/x bukan saja memburu hati peminat malah mereka menjaga orang awam dari ditakluk oleh iblis. Selain beraksi di atas pentas, Huntr/x menggunakan masa mereka memburu iblis yang bekerja di bawah Gwi-ma.
Saban generasi, pemburu iblis mempunyai satu misi iaitu untuk mencapai Honmoon Emas di mana mereka akan mencapai keamanan dan bebas dari cengkaman Gwi-ma selamanya. Usaha Huntr/x hampir berjaya tapi suara Rumi pula bermasalah kerana corak iblisnya semakin banyak. Rumi merupakan anak kepada pemburu iblis dan iblis. Setelah ibunya meninggal, Celine besarkan Rumi dan menjadi penasihat kepada Huntr/x.
Celine minta Rumi rahsiakan tentang corak iblis dan identiti dirinya dari semua orang termasuklah Zoey, Mira dan pengurus mereka, Bobby kerana tak semua orang akan faham keadaan Rumi. Kemunculan Saja Boys – Jinu (Ahn Hyo-seop), Romance (Joel Kim Booster), Mystery (Alan Lee), Abby (SungWon Cho) dan Baby (Danny Chung), idol group yang ditubuhkan oleh Gwi-ma menambahkan kerisauan Rumi.
Di saat dunia animasi sedang bergolak selepas kegagalan Inside Out 2 dan Despicable Me 4 di box office, Netflix tampil dengan filem animasi arahan Maggie Kang dan Chris Appelhans. Menggunakan dunia K-pop yang berbeza dari realiti buatkan K-Pop Demon Hunters menjadi kegilaan ramai. Penceritaan yang ringkas dan mudah difahami buatkan naskhah animasi musikal ini menjadi pilihan pelbagai lapisan umur.
Kekuatan K-Pop Demon Hunters terletak pada musik album yang mempunyai lagu yang menarik dan lirik yang menyokong penceritaan. Lagu Huntr/x dan Saja Boys bukan saja dipasang di rumah, restoran, kedai, kelab, music fest malah di pejabat I juga. Tak hairan kalau lagu Golden atau Your Idol berebut tangga teratas dalam semua carta. Mungkin tahun depan Golden akan menang Grammy Awards. Kenapa Golden yang menang bukan Your Idol? Aje gila nak menangkan lagu untuk Gwi-ma makan jiwa manusia.
Selain lagu asal gubahan Marcelo Zarvos untuk K-pop Demon Hunters, music director masukkan juga popular K-pop seperti Strategy – TWICE ft Megan Stallion dan Love, Maybe – MeloMance untuk hidupkan suasana pop dan romantik dalam dunia K-pop Demon Hunters.
Watak-watak yang dimasukkan dalam K-pop Demon Hunters juga diinspirasikan dari beberapa orang K-pop idol sebenar macam Jinu adalah gabungan Cha Eun Woo ASTRO, JK BTS dan Nam Joo-hyuk sementara Abby diinspirasikan dari San ATEEZ, Mystery dari Felix SKZ. Rumi adalah bingkisan dari Jennie Blackpink, Zoey dari Chaeyoung TWICE dan Mira dari Ahn So-yeon.
Sebelum ni tak pernah kisah sangat pun dengan Ahn Hyo-seop even dalam The Business Proposal (2022) pun nampak dia biasa saja. Tapi bila dia pinjamkan suara untuk watak Jinu, wow suits perfectly! Suara dia macho dan seksi especially untuk babak Choo-choo atas bumbung masa jumpa dengan Rumi.
Team K-pop Demon Hunters ambil masa selama 9 tahun untuk hidupkan dunia yang sentiasa bertarung dengan Gwi-ma. Penggunaan warna memainkan peranan untuk visual yang menarik tapi yang lebih mencuri tumpuan adalah idea kreatif yang menjunjung budaya Korea dalam persalinan moden.
Pakaian Huntr/x walaupun ada banyak tapi tak pernah lupa untuk selitkan unsur-unsur budaya Korea macam Norigae yang dipakai di bahagian seluar Rumi, Zoey dan Mira. Norigae merupakan loket hiasan yang melambangkan kecantikan dan tuah. Masa Jinu berjumpa dengan Rumi dekat bukit pun ada diselitkan traditional bracelet.
Lightstick Huntr/x menerapkan elemen tradisional Korea dengan menggunakan corak Dancheong yang selalu digunakan di rumah ibadat atau senibina tradisi Korea. Senjata Huntr/x juga merupakan senjata tradisional Korea Selatan yang selalu dilihat dalam drama bersejarah Korea.
Few details ni mungkin terlihat kecil pada kita yang menonton tapi usaha team K-pop Demon Hunters untuk hidupkan budaya Korea adalah sesuatu yang mengagumkan. Korea, Indonesia dan India adalah antara negara yang tak pernah gagal bawa budaya dan seni negara saban zaman. I really love that.
Filem K-pop Demon Hunters adalah surat cinta Maggie Kang kepada peminat Kpop di seluruh dunia. Selain seni yang dimasukkan, mesej untuk mewujudkan dunia yang sihat antara idol dan peminat pun diterapkan juga sepanjang filem. Dari awal boleh tengok Huntr/x yang melantak macam nak gila sebab idol dalam dunia sebenar adalah aneroxic.
Bobby digambarkan sebagai pengurus yang baik sebab peminat selalu sedih tengok layanan pengurus terhadap K-pop idol. Tahun lepas Ricky ZEROBASEONE kena marah dengan pengurus sebab buat live tanpa izin. Ada idol group yang kena paksa berlatih, tour, join variety show tanpa henti sampai ramai yang sakit. Huntr/x ada kebebasan penuh dengan jadual masing-masing. Peminat pun bukan jenis sasaeng cuma ada peminat yang tak reti nak pilih Huntr/x atau Saja Boys saja dalam filem.
Walaupun K-pop Demon Hunters trending di Netflix tapi penceritaan tentang personaliti Rumi dalam dunia Huntr/x dan Saja Boys terlihat pendek dan rushing. Lepas Rumi berjumpa dengan Jinu, dia mula persoalkan sama ada iblis yang diburu sebenarnya terpaksa ataupun diwujudkan tiada perasaan macam dalam lirik tu.
Kenapa Rumi tak faham yang iblis pun ada perasaan sebab bapa dia pun iblis. Mungkin dia tak sempat faham sebab parents dia meninggal masa kecil. Jinu adalah penjelasan macam mana ibu Rumi boleh jatuh cinta dengan iblis. Masuk part tu dah wujud teori yang jiwa manusia diambil oleh Gwi-ma adalah senasib seperti Jinu dan akan diselamatkan oleh Huntr/x kemudiannya.
Tapi bila dekat hujung dengan mudahnya Huntr/x capai Honmoon Emas walaupun ada beberapa isu yang belum selesai. Kenapa Saja Boys hilang masa berlawan dengan Huntr/x kalau jiwa saja diambil? Semua teori tentang jiwa yang diambil Gwi-ma terus hilang dan timbulkan persoalan yang lain pula. Kenapa Gwima tak boleh kawal Rumi pun tak dijelaskan sangat dalam ruang yang terhad.
Apapun tahniah kepada team K-pop Demon Hunters untuk kejayaan besar di Netflix dan mungkin akan genggam banyak anugerah pada tahun hadapan. Sekuel atau prekuel sedang dibincangkan oleh produser, so let’s gooooo Hunters!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought + = 9.7 /10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.