KUALA LUMPUR: Akibat mencetak rompak kandungan siaran Astro, lima buah restoran menanggung padah dan perlu membayar RM182,000 kepada Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (MBNS) berikutan keputusan penghakiman dan penyelesaian yang merangkumi ganti rugi, kos guaman serta yuran langganan pakej TV-berbayar komersial.
Kes-kes yang difailkan oleh MBNS iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad ini melibatkan penggunaan kotak TV untuk menstrim saluran Astro tanpa kebenaran serta penyalahgunaan pakej TV-berbayar kediaman bagi tujuan perniagaan sekali gus menjejaskan hak pelanggan sah yang melanggan pakej TV-berbayar komersial.
Daripada lima restoran terbabit, dua menerima jumlah penalti tertinggi. Aditri Sdn Bhd, pengusaha Restoran Pitha Ghar, diperintah membayar RM60,000 manakala QR Bistro, pengendali Restoran Nasi Kandar Qashief, dikenakan bayaran RM55,000. Kedua-duanya termasuk ganti rugi statutori serta kos guaman.
Dalam penghakiman bagi kedua kes tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Adlin binti Abdul Majid, mengesahkan berlaku pelanggaran hak cipta di bawah Seksyen 36 Akta Hakcipta 1987 dan mengeluarkan perintah injunksi kekal bagi menghalang sebarang penayangan tanpa kebenaran pada masa hadapan.
Bagi kes Restoran Pitha Ghar (Aditri Sdn Bhd), mahkamah mendapati premis itu menayangkan secara haram perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United menentang Everton pada 9 Mac 2024 melalui saluran Astro Supersport 3, termasuk segmen pra-perlawanan, separuh masa dan pasca perlawanan.
Sementara itu, Restoran Nasi Kandar Qashief (QR Bistro) pula dikesan menstrim secara haram perlawanan AFC U20 Women’s Asian Cup Uzbekistan 2024 pada 6 Mac 2024 menerusi saluran Astro Arena Bola 2, termasuk ulasan langsung.
Tiga lagi premis makanan iaitu, Restoran Seapark, Kedai Makanan Seafood Taman Ria serta sebuah kopitiam di Pulau Pinang, telah mencapai penyelesaian dengan MBNS dan bersetuju untuk membayar pampasan serta menukar langganan mereka kepada pakej TV-berbayar komersial Astro BIZOne. Keseluruhan penyelesaian daripada tiga premis tersebut berjumlah RM67,000.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata: “Kes-kes ini membuktikan bahawa cetak rompak tidak pernah berbaloi. Perniagaan yang cuba mengambil jalan pintas dengan menyalahgunakan pakej TV-berbayar kediaman atau menstrim kandungan Astro secara haram akhirnya terpaksa membayar jauh lebih tinggi berbanding harga langganan pakej TV-berbayar komersial yang sah. Selain melindungi kandungan, keutamaan Astro adalah memastikan para pemilik perniagaan yang mematuhi undang-undang terus mendapat nilai sebenar daripada pakej Astro BIZOne. Hakikatnya, cetak rompak hanya mengundang risiko undang-undang, kewangan serta menjejaskan reputasi.”
************************
Tentang Astro Malaysia Holdings Berhad
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) ialah syarikat kandungan dan hiburan utama di Malaysia, berkhidmat untuk 5.2 juta rumah atau 64% isi rumah TV Malaysia, 8,900 perusahaan, 16.3 juta, pendengar mingguan di seluruh radio FM dan dalam talian, 13.5 juta pengguna unik digital bulanan di platform-platform digital kami. Astro menawarkan 3 perkhidmatan berbeza kepada rakyat Malaysia – Astro Pay-TV, NJOI Prabayar dan sooka, platform OTT untuk golongan milenium; dan Astro Fibre, perkhidmatan jalur lebar kami yang menawarkan nilai lebih tinggi dengan bundle kandungan dan jalur lebar kami. Sejuta rumah sudah pun menstrim hiburan terbaik melalui Hybrid 4K UHD Ultra Box dan HD Ulti Box kami yang boleh dipasang sendiri dan digunakan pada kedua-dua satelit dan jalur lebar. Pada hari ini, para pelanggan boleh strim kandungan signatures tempatan kami, Astro Originals, sukan secara langsung dan rancangan global terbaik daripada Netflix, Disney+ Hotstar, Max, iQIYI, TVBAnywhere+, beIN SPORTS CONNECT, BBC Player, Viu, ZEE5, WeTV, Qalbox by MuslimPro dan aplikasi rakan TV kami, Astro GO. Astro Radio, rumah kepada jenama radio yang dinilai tertinggi di negara ini merentasi semua bahasa utama serta jenama digital kami termasuk AWANI, SYOK, Gempak, XUAN dan Astro Ulagam, menyatukan rakyat Malaysia dengan kandungan dan pengisian yang penting.
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.