Movie Review | Bangku Kosong: Ujian Terakhir (2023)
Monday 12 February 2024
Pengarah: Lakonde
Penulis Skrip: Alim Sudio
Pelakon: Karina Suwandi, Teddy Syah, Maisha Kanna, Lania Fira, Emiliano Fernando Cortizo, Emyrrazan, Dinda Mahira, Barbie Arzetta
Syarikat Produksi: Starvision Plus
Pengedar: Netflix
Genre: Seram
Durasi Tayangan: 86 minit
Tarikh Tayangan: 5 Oktober 2023 (Indonesia)
Trailer:
Filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir mengisahkan tentang pelajar sekolah SMA Bintang Bangsa mengalami pengalaman menakutkan di dalam dewan ujian di mana mereka kerasukan apabila ujian tamat. Bukan saja dirasuk malah ada pelajar yang membunuh diri atau menyerang pelajar lain yang cuba keluar dari kawasan dewan atau sekolah. Tidak ada pelajar yang dibenarkan keluar dari kawasan tersebut kerana ada kuasa yang menghalang.
Puan Amanda Kartanegara (Karina Suwandi) segera meminta bantuan Pak Ayub (Teddy Syach) yang pakar dalam ilmu angker. Puan Amanda diminta berdoa sehingga dia dan pembantunya, Nakila (Lania Fira) sampai ke sekolah tersebut.
Sementara kekecohan di dewan ujian berlaku, empat lagi orang pelajar yang kantoi meniru ditempatkan di ruangan lain. Nala (Maisha Kanna), Inka (Dinda Mahira), Pasha (Emyrrazan) dan Ariel (Emiliano Fernando Cortizo) perlu menjawab set soalan ujian yang baru kerana perbuatan mereka sambil diawasi oleh Pak Yudhi (Haydar Salizh).
Naskhah seram Bangku Kosong: Ujian Terakhir arahan Lakonde merupakan naskhah reboot kepada Bangku Kosong (2006) arahan Helfi Kardit. Bila baca sinopsis Bangku Kosong, nampak ada perbezaan pada jalan cerita sebab filem asal guna bangku kosong yang ada sejarah hitam sampai pihak sekolah terpaksa simpan berbanding reboot version yang tak fokus pun dengan bangku kosong.
Patutnya tak perlu pun production team ambil nama Bangku Kosong tapi proceed dengan tajuk Ujian Terakhir. Kalau tak sembang pasal bangku kosong, kenapa nak letak pasal objek tersebut dekat tajuk kan? Mungkin nak tarik perhatian dari segi marketing? Whatever the reason is, this movie fail to deliver.
Dari awal plot dia mengelirukan bila ada juga pelajar yang cuba meniru sedangkan ada guru pengawas dan juga CCTV kualiti tinggi untuk Puan Amanda monitor semua pelajar. Bila tengok beberapa pelajar melolong kepanasan apabila dirasuk, dah boleh teka karakter roh jahat yang merasuk. Individu yang mati dibakar. Jadi bila pengarah bagitahu si Karina (Barbie Arzetta) adalah punca kekecohan tersebut berlaku, plot twist yang disimpan dan tak berjaya bagi elemen kejutan.
Kalau first half rasa kesian dengan nasib semua pelajar di SMA Bintang Bangsa sebab jadi mangsa dendam Karina, dekat separuh masa kedua keliru dengan mesej filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir terbitan Starvision Plus. Tak diceritakan kenapa Karina bertindak untuk bunuh diri bila kantoi meniru semasa ujian sebab tindakan tu melampau sangat. Tak faham juga kenapa watak Puan Amanda yang perlu bertanggungjawab atas kisah silam dia bersama Karina dan juga watak Ujang Pegat (Andy/rif). Mesej apa yang penulis nak tonjolkan? Dah elok dah bila Puan Amanda offer diri untuk selamatkan sekolah tapi kenapa pula dia yang perlu merasa bersalah?
Watak antagonis Ujang Pegat dah cukup kuat dengan kisah jenayah yang dipaparkan tapi tak diberikan ruang banyak pun dalam filem ni. Lebih baik kalau watak Karina seru antagonis gara-gara sakit hati dengan Puan Amanda sampai kekecohan berlaku di sekolah.
Sinematografi Bangku Kosong: Ujian Terakhir dari Jimmy Fajar terikat dengan latar masa yang menggunakan waktu malam untuk timbulkan rasa seram. Babak seram kerana diganggu hantu tak lah banyak jadi tak banyak jump scare. Pelajar yang dirasuk pun ada masanya kelihatan seperti zombie. Babak slasher yang banyak dalam filem ni dengan adegan pelajar yang cederakan diri sendiri ataupun pelajar lain.
Filem Bangku Kosong: Ujian Terakhir menampilkan barisan pelakon muda dan baru untuk watak-watak pelajar sekolah jadi tak boleh letak expectation tinggi lah bila layan filem ni. Yang deliver watak dengan baik pun Karina Suwandi dengan Andy/rif sebab memang dah senior dalam acting industry.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.3/10
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
dah tgk, tak best
ReplyDeleteTak tengok lagi, lepas baca review kat sini terus tak jadi nak tengok.. hehe 🤭
ReplyDelete