TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 70 & 71: Hot Sauna 🌊

Monday 5 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company: YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (22:11 minutes for episode 68)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


TREASURE MAP musim ketiga ni banyak betul episod healing kalau dibandingkan dengan dua lagi musim sebelumnya. Kali ni TREASURE luangkan masa selama satu hari di sauna. Episod 70 adalah episod kegemaran Jaehyuk sebab dia suka pergi sauna. Sementara ahli TREASURE yang berasal dari Jepun – Asahi, Yoshi dan Haruto baru pertama kali pergi ke sauna. 

Sauna yang dipilih oleh staff YG Entertainment tak sama macam sauna yang kita selalu tengok dalam K-drama sebab lebih eksklusif dengan pelbagai fasiliti disediakan untuk keselesaan pengunjung. Dekat sauna ni ada photobooth, café, playground kanak-kanak, kerusi urut automatik, ruang meditasi, bilik loker, panggung wayang mini, permainan berbayar dan banyak lagi. YG Entertainment sewa selama satu hari untuk TREASURE beraktivit dekat dalam sauna tu. 


Bilik sauna dia pun ada banyak pilihan – bilik arang (63 darjah celcius), bilik tanah liat merah (67 darjah celcius), bilik garam (56 darjah celcius), BULGAMA (80 darjah celcius), bilik media (25 darjah celcius), bilik pokok cemara (25 darjah celcius) dan lain-lain. Setiap bilik berbeza tahap kepanasan dalam ruang tersebut tapi tak pasti kalau pelanggan boleh tukar suhu bilik. 

Staff bagitahu TREASURE perlu bertahan selama yang boleh untuk menang ganjaran. Ganjaran tersebut dalam bentuk wang tunai supaya mereka boleh makan di kafe di situ. Jihoon dengan Jaehyuk antara calon yang bakal tersingkir awal sebab masing-masing tak tahan panas. Baru masuk sekejap dah boleh nampak Jihoon berpeluh sakan sampai dye rambut dia luntur sikit. 


‘If I cannot handle this heat, how can I handle the future?’ – Park Jeongwoo

Lepas selesai buat cabaran dalam bilik tanah liat merah, TREASURE dapat makan dan berehat sebentar sementara tunggu staff panggil untuk permainan dan cabaran yang lain. Ada yang enjoy guna fasiliti di sauna tu, ada yang berjalan cuci mata tengok kawasan sebab sauna tu cantik dan bersih sangat. 

TREASURE dipanggil berkumpul di ruang kolam untuk main permainan ‘I AM GROUND’. Dalam permainan ni semua ahli TREASURE perlu pilih mana-mana binatang dan buat motion yang berkaitan. Selama permainan tersebut berlangsung, TREASURE tak dibenarkan ketawa atau tidak, mereka akan ditembak menggunakan pistol air oleh staff. 


Masa tengah seronok main permainan tu tiba-tiba ada satu bekas berwarna putih terapung di dalam kolam. Rupa-rupanya ada cabaran lain yang mereka perlu lakukan untuk dapat ganjaran besar. TREASURE perlu buang air dalam kolam mandi menggunakan besen kecil secara bergilir. Sekiranya TREASURE dapat kalahkan sistem pembuangan air yang digunakan oleh pihak sauna, mereka akan dapat ganjaran rahsia. Cabaran ni bukan membazir air tapi memang protokol di situ untuk buang air yang dah digunakan sebelum air baru yang bersih diisi semula. 

Hyunsuk dan Jihoon cadangkan supaya yang kuat fizikalnya cedok lebih banyak air sementara yang tak berapa nak kuat boleh bersorak di belakang untuk bagi sokongan moral. Jaehyuk pula cadangkan supaya cedok air di tepi kolam sebab lebih dekat dengan saliran air sekaligus lebih kurang tenaga yang digunakan. Junkyu pula tak kisah tentang strategi tapi lebih kepada mencari screentime untuk menjadi lucu. Rasanya dalam setiap cabaran pun dia aim macam tu. 


Pengadil dah pesan supaya jangan berlagak pandai atau kreatif sebab cedok air cuma guna kekuatan fizikal. Setiap pemain boleh tukar giliran sekiranya sudah penat. Masa awal-awal main air memang seronok tapi bila dah hujung, dah hilang tenaga sebab cedok air tu penat. 

Kalau dalam Episod 70 dah kelakar tengok perangai masing-masing tak tahan panas, dalam Episod 71 pula bertambah kelakar bila TREASURE main game dan buat challenge. Bukan TREASURE je healing, yang tengok pun healing sekali sebab seronok. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.