TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 68: Experience Babysitters Appear! ๐Ÿ‘จ‍๐Ÿ‘ง‍๐Ÿ‘ฆ Parenting is Practical ๐Ÿผ

Monday 5 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company: YG Entertainment
Distributor: TREASURE Youtube account
Genre: Variety Show
Running Episodes: 16 episodes (22:11 minutes for episode 68)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video: 


Lepas Episod 39 di mana TREASURE pertama kali jadi pengasuh kemudian habiskan masa bersama anak-anak asuh di sukaneka dalam Episod 47, dalam TREASURE MAP Musim 3 pun TREASURE buat reunion dengan budak-budak comel ni. Bezanya, kali ni cuma dua orang saja yang ada kelapangan untuk berjumpa TREASURE – Rowoon dan Eun-seo. Haruto dengan Jeongwoo pun tak dapat join program One Day A Meal ni. 

‘During the shareholder’s meeting at the company, I said I wanted to go camping back then… I didn’t know it would be this hot.’ – Asahi


Untuk aktiviti One Day A Meal ni TREASURE kena pasang khemah dekat kawasan halaman rumah inap desa. Bila tengok TREASURE gagal set up khemah, teringat kegagalan Hyunsuk dengan Jihoon pasang khemah dalam The Idol Ramyeonators (2022) Episode 10 dulu. Sampai 3 jam baru terpacak elok. Bak kata Jaehyuk, kalau tak pandai buat something, duduk tepi jadi tukang sorak. 

Masa Hyunsuk kata cuaca hari tu panas sangat, lagi panas dari konsert tu teringat member TREASURE berpeluh teruk masa HELLO Tour Kuala Lumpur. Tengok dia cakap macam tu rasa seronok bila ada moment Teumily walaupun benda yang bitter hshshs. 


Selesai pasang khemah, TREASURE dikejutkan dengan suara Rowoon dan Eun-soo. Dari muka penat dan panas tu berubah terus happy sebab reunite balik dengan dua budak comel ni. Lepas 2 tahun tak jumpa, Eun-soo dah tak ingat Asahi. Rowoon pulak excited jumpa TREASURE sampai menari lagu HELLO. 

Untuk makan tengahari, Junghwan, Doyoung, Asahi dengan Jaehyuk in charge untuk sediakan menu makan tengahari sementara Hyunsuk, Junkyu, Jihoon dengan Yoshi jaga Rowoon dan Eun-soo. Sama macam 2 tahun lepas, Jihoon dengan Yoshi tak kena layan dengan budak-budak. 


Dalam episod ni boleh nampak lah TREASURE boleh masak makanan sendiri, dah tak perlu risau perut lapar sebab gagal masak macam 2 tahun lepas. Setakat masak ramyeon dengan goreng ayam tu perkara mudah je untuk TREASURE walaupun Doyoung awal lagi menyebut order dari restoran area situ masa tahu dia kena masak. 

Masa tengok kali kedua episod ni baru perasan yang Team Kitchen semuanya maknae. Beza betul cara Hyunsuk dengan Jihoon check Team Kitchen. Hyunsuk okay je asalkan makanan tu boleh dimakan tapi Jihoon check betul-betul. 


Kelakar tengok Jaehyuk sedih bila kena tuduh pencuri padahal dia nak main mainan dengan Eun-soo. Merajuk sampai dah tak nak ambik port. Nasib baik ada Asahi dengan Doyoung tolong pujuk. Baby jaga baby.

Comel tengok episod ni sebab Rowoon dengan Eun-soo comel even TREASURE pun jadi comel sebab nak imitate budak berdua ni. Thanks to Asahi sebab suggest aktiviti macam ni untuk healing dan YGE staff add some awwdorable moments. Tengok cara Hyunsuk dengan Jihoon layan Rowoon dengan Eun-soo, macam tu lah juga cara diorang jaga ahli TREASURE selama ni. Certified eomma appa TREASURE. 


Masa Jihoon kena tuduh buat Rowoon menangis dalam episod ni, dia dah explain yang dia main dengan Rowoon sampai 3 jam masa tu. Tapi terpaksa berhenti sebab nak makan, kalau tak drag pula nanti sebab budak-budak tu kena balik waktu petang. 

Tapi biasa lah budak-budak, kalau dah main mana nak ingat dunia. Menangis tu perkara biasa lah sebab kadang permintaan budak-budak tak boleh diturut sangat. But all ends well lah sebab Rowoon happy spend time dengan TREASURE, Eun-soo pun bagi hadiah keychain dekat TREASURE sebagai kenangan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.