TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 61: What Will be the Outcome of the Money Bag Chase Full of Distrust? 007 💵

Sunday 4 February 2024


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes: 16 episode (22:49 minutes for episode 61)
Release Date : 01 September 2023 – 04 January 2024
Video : 


Setelah sesi mengesahkan maklumat yang diperolehi di bilik TRUE ZONE dalam Episod 60, kedua-dua kumpulan dibenarkan berkongsi maklumat dan berbincang mengenai strategi mereka dalam permainan tersebut. 

Peraturan Permainan Money Bag 007:
1. Permainan utama ialah permainan merebut beg bimbit dan dibahagikan kepada separuh masa pertama juga separuh masa kedua. 
2. Semua ejen akan mendapat pelekat yang mempunyai wajah ejen untuk digunakan sepanjang permainan. Sekiranya ejen ingin merebut beg bimbit pihak lawan, ejen perlu melekat pelekat di beg bimbit tersebut. Beg bimbit kepunyaan pihak lawan akan bertukar tangan. 
3. Semua ejen perlu menukar beg bimbit sekurang-kurangnya sekali sepanjang permainan berlangsung. Penukaran bersama ahli kumpulan sendiri adalah dilarang. 
4. Kumpulan yang berjaya dapatkan beg bimbit dengan jumlah duit paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. 


Kedua-dua kumpulan memperoleh maklumat bukan saja tentang beg bimbit malah tentang spy untuk permainan tersebut. Sekiranya spy berjaya memperdaya TREASURE dalam permainan tersebut, mereka akan bawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak $2,500. Jihoon syak Doyoung adalah spy walaupun Doyoung adalah ahli kumpulan dia sendiri. 

Permainan ni jadi kelakar sebab Doyoung suka mengusik semua ahli TREASURE sampai ramai yang syak dia spy. YG Entertainment patut hantar Doyoung join variety show sebab dia aktif main game dan semulajadi kelakar. Bila entah YG Entertainment nak benarkan Jeongwoo, Jihoon, Junkyu dengan Doyoung join The Sixth Sense. Or maybe YGE sendiri yang buat game The Sixth Sense untuk Treasure Map. 


Asahi: Let’s spill the beans! Starting with Jeongwoo
Jeongwoo: My hint said, “You are so cool.”
Hyunsuk: You call that as info?!
Jeongwoo: It turned out to be true. 

Masa separuh pertama permainan Money Bag 007 ni ramai yang chill je kejar pihak lawan. Boleh kata setiap 5 saat ada pertukaran beg bimbit antara TREASURE. Sementara yang lain tengah aktif bermain, Asahi masih lagi tak faham dengan peraturan permainan. Mungkin Asahi trauma lagi dengan permainan X-Man dalam Episod 30 & 31 di musim kedua. Staff YG rehat lama sebelum buat balik game dengan konsep yang lama supaya Asahi pulih dari trauma lama. Tak lah pulih sepenuhnya tapi muka dia tak lah pucat macam dulu. 


‘Honestly, I’m not good playing this kind of game. I haven’t understood the rules yet. I don’t get it.’ - Asahi

Memandangkan dalam permainan X-Man, Jeongwoo adalah mangsa pertama kena bunuh dengan spy, dalam game Money Bag boleh nampak lah dia excited main game ni. Kesian dekat cameraman dia, semput kena ikut belakang. Penat sangat sampai kena guna drone untuk footage Jeongwoo. 

‘Park Jeongwoo is so sturdy, it is hard to approach him.’ – Yoon Jaehyuk


Visual untuk Episod 62 lebih jelas dari previous episode sebab TREASURE ada cameraman khas untuk setiap member. Ada kamera utama dekat tempat berkumpul dan juga drone. Lagipun dalam permainan ni kebanyakannya bergerak berkumpulan jadi ada banyak backup footage. Cameraman Yoshi pun tenang juga dalam permainan ni. Kelakar masa tengok Yoshi cuba jadi kelakar untuk exchange bag dengan Jeongwoo. Entah siapa maknae, siapa hyung. 

Tak pasti lah stylist yang tentukan outfit setiap member ataupun TREASURE yang pilih sendiri pakaian diorang untuk permainan ni tapi masing-masing nampak selesa walaupun guna trench coat. Tak ada sesiapa yang injured atau rimas kecuali Hyunsuk terpaksa pergi ke hospital lepas berlanggar dengan tiang masa lari dari Jihoon dengan Haruto. 


Habis separuh masa kedua, kedua-dua kumpulan kena dedahkan jumlah duit yang diorang dapat. Berjaya tak TREASURE cari spy dalam permainan tu kena tengok sendiri lah episod ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.