Drama Review | Connect (2022)

Thursday 1 February 2024


Director: Takashi Miike
Writer: Masaru Nakamura, Ha-dam
Cast: Jung Hae-in, Go Kyung-pyo, Kim Hye-jun, Kim Roe-ha, Sung-hyuk, Jo Bok-rae, Jang Gwang
Production Companies: Studio Dragon, Lee'z Film, Studio HIM
Distributor: Disney+ Hotstar 
Genre: Psychological Thriller / Mystery / Horror / Science Fiction
Running Episodes: 6 episodes (37 – 47 minutes per episode)
Release Date: 7th December 2022 
Trailer :


Ha Dong-Soo (Jung Hae-In) merupakan salah seorang spesies neo-manusia yang mempunyai kebolehan untuk sembuh dengan cepat. Spesies neo-human tersebut dikenali sebagai Connect. Satu malam ketika dia berjalan di lorong yang sunyi, Dong-soo diculik oleh kumpulan pemerdagangan manusia di mana mereka akan menculik lalu mencuri organ bernilai untuk dijual di pasar gelap. 

Kerana keistimewaan Dong-soo, dia berjaya pulih dari luka pembedahan namun dek panik dengan situasi tersebut, dia tak sempat mengambil sebelah lagi biji matanya yang sebelumnya dikeluarkan oleh doktor (Jang Gwang). 

Sejak kejadian tersebut, Dong-soo kerap mengalami sakit yang amat sangat lantas dapat melihat bayangan seolah-olah matanya cuba untuk beritahu keberadaannya ketika itu. Mata kirinya dimiliki oleh si pembunuh psiko (Go Kyoung-pyo) yang bekerja di bangunan berdekatan. Dalam masa yang sama, Dong-soo didekati oleh Choi I-rang (Kim Hye-jun), novelis yang ingin mengarang cerita bertemakan Connect. 

Drama yang diadaptasikan dari webcomic karya ilustrasi Shin Dae-sung dan diterbitkan pada 2019 mempunyai jalan ceritaa yang segar dan unik. Dalam musim pertama penulis lebih mengutamakan identiti Connect menerusi watak Ha Dong-soo dan kebolehannya sebagai spesies manusia yang dicipta melalui eksperimen. 

Kehidupan sebagai Connect walaupun pada zahirnya mempunyai keistimewaan yang kuat tapi masih lagi gagal mengelak dari sifat kejam manusia lain. Macam geng organ hunter yang teruja bila dapat tahu kelebihan Dong-soo semakin galak mencari pemuda tersebut kerana banyak organ yang boleh dihasilkan hanya dari seorang manusia. 

Drama Connect terbitan Studio Dragon mempunyai sinematografi dengan sifat aesthetic yang tersendiri menerusi lensa duo Kim Ji-yong dan Kim Sung-jin. Penggunaan CGI juga mengukuhkan lagi screenplay Connect yang menggunakan genre dan konsep sains fiksyen. Kesemua mangsa corpse art yang ditayangkan di tempat awam tampak cantik dan mengagumkan. Kalau ada dekat situ pun akan terpesona dengan kerja seni yang dibikin oleh si pembunuh. Kalau bukan sebab darah yang keluar dari badan mangsa, memang tak ada yang akan tahu, arca tersebut adalah manusia. 

Perjalanan cerita drama Connect menggunakan keterdesakan oleh dua watak utama di mana Dong-soo memerlukan mata kiri semula sementara si pembunuh ingin menunaikan impian sebelum sesuatu berlaku. Awalnya menarik lah tengok dua watak ni ‘bertarung’ tapi makin lama, plot semakin lemah. Ditambah pula dengan romance angle antara Dong-soo dengan I-rang buatkan drama makin mendatar. 

Kelemahan pada jalan cerita Connect bila penggunaan sains fiksyen buatkan beberapa babak nampak dangkal. Dari awal lagi pelik kenapa bola mata Dong-soo tak mampu nak berhubung balik dengan urat dekat dalam soket mata sebab jarak tak jauh mana pun. Mungkin sebab panik, okay lah. Bila masuk babak Dong-soo berjumpa dengan pembunuh pada jarak dekat, kenapa bola mata dia tak cuba untuk keluar? Patutnya bola mata dia ada kebolehan untuk cam tuan sendiri tapi dalam babak tu, bola mata dia macam tengah tidur? 

Pihak polis pun tenggelam dalam dunia Connect ni padahal watak Dong-soo dan I-rang tak lah bagus mana tapi sebab penulis tone down watak-watak polis, banyak pergerakan mereka terbatas. Sudahnya kejar suspek yang salah kemudian menjerit tak tentu hala. Kelakarnya setiap kali rakaman video atau gambar berkaitan Dong-soo, semuanya terlihat jelas, like caught in 4K. Nampak tak real langsung. 

Lakonan Hae-in okay-ish sebab ada masanya dia nampak tak selesa dalam watak Dong-soo. Hero drama Connect walaupun Istimewa tapi banyak benda dia tak mampu buat. Boleh kata bukan hero material pun sedangkan musuh dia adalah pembunuh bersiri, pihak polis, gangster dan ramai lagi. Kalau pelakon utama pun terbatas apatah lagi pelakon sampingan. Entah kenapa watak Lee Sun-hee (Jang Hee-ryung) nak confront pembunuh padahal lemah. Tak memasal dapat babak yang draggy dan buang masa padahal boleh kembangkan dekat plot lain. 

Drama Connect ni bukan untuk tontonan umum lah sebab ada beberapa babak yang ngeri dan menggelikan terutamanya pada babak badan Dong-soo sembuh dari luka. Drama arahan pengarah Jepun, Takashi Miike boleh jadi lebih bagus kalau identiti Connect dikembangkan lagi sebab latar belakang Dong-soo tak cukup kuat untuk kita jelas dan faham siapa Connect sebenarnya. Kalau penulis berniat untuk jelaskan pada musim kedua, dah masuk dua tahun dah, masih belum ada penjelasan lagi.
 
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.