Blog Performance Januari 2024

Thursday 1 February 2024


Entah kenapa orang mengeluh Januari terasa lama sangat sebab masa tetap bergerak laju jugak. Sekarang dah habis dah pun bulan Januari padahal banyak kerja tak settle lagi. Blog masih lagi tak sempat update, blogwalking pun entah ke mana. 

1. PV


Makin lama makin menurun lah pageviews blog ni atas alasan yang semua orang pun dah sedia maklum. Tak pasti lah macam mana nak naik satu juta lagi tapi harapan untuk pageviews ni naik balik tu masih tinggi lah sebab baru je lepas bayar domain. Nak tak nak kena pulun jugak sampai nampak hasil. 

2. Posts


I rasa yang buat meriah bulan Januari sebab entry tutorial tu. Yang lain jumlah pageviews suam kuku je. Kalau dalam Popular Post pun dah rendah, apatah lagi yang lain kan? 

3. Bilangan Entri

Bulan Januari memang terkena penyakit penat sebab mampu update 34 entries je bulan lepas. Kalau nak bandingkan dengan tahun lepas, Januari tahun ni paling teruk lah. Setiap malam balik kerja pukul 10, mana larat dah nak update entry. Baru nak start taip, mata dah barai. 

Tengok pada cuaca sekarang, makin kerap pula ribut belah petang. Hati-hati balik kerja or anywhere you guys are. Take care :)

4 comments

  1. Ok jugak tue 34 entri untuk bulan lepas . Banyak jugak . Kalau CCL pula 17 entri sahaja untuk bulan lepas .. Harap-harap bulan februari ni nak konsisten update blog setiap hari .

    ReplyDelete
  2. sama lah pv menangis tengok sekarang.. kadang nak give up pon ada

    ReplyDelete
  3. Keep it up, okey banyak tu, jika dibanding blog saya 😅

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.