TV Show Review | Treasure Map Season 3 Episod 60: Grab the Highest Amount of Money Bag! 007 💵

Sunday 4 February 2024

Director: N/A

Writer: N/A

Cast: Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Treasure Youtube account

Genre : Variety Show

Running Episodes: 16 episodes (19:03 minutes for episode 60)

Release Date: 01 September 2023 – 04 January 2024

Video: 


Tahun 2023 merupakan tahun yang agak sibuk untuk TREASURE dengan dua comeback album, Asia Tour dan endorsement tapi tak menghalang TREASURE untuk terbitkan Treasure Map Season 3 selepas berhenti pada Episod 58 di musim kedua pada tahun 2021 disusuli dengan special episode pada ulangtahun kedua TREASURE pada tahun 2022. 

Masa teaser Treasure Map Musim 3, YG Entertainment dah bagi hint yang episod pertama akan bermula dengan game menarik. Semua ahli TREASURE diminta untuk pilih satu cip misteri. Cip tersebut akan didedahkan dalam Episod 60 di mana semua ahli akan bermain sebagai ejen. 

Setiap ahli TREASURE boleh menggunakan kod nama yang diingini: 

1. Park Jihoon: S (sebab dia nak ada S-curve body)

2. Hamada Asahi: Arthur

3. Park Jeongwoo: Rock (Sebab dia ada hati sekeras batu)

4. Choi Hyunsuk: 7Chill

5. Kim Junkyu: 9 (tak ada sebab)

6. Watanabe Haruto: 1331 (tak ada sebab)

7. Kim Doyoung: 173 (tak ada sebab)

8. Yoon Jaehyuk: Tak sure

9. Kanemoto Yoshinori: Kobe-kun (sebab dia lahir dekat Kobe)

10. So Junghwan: Tak sure

Permainannya mudah, setiap cip yang dipilih mewakili jumlah wang yang berada di dalam beg bimbit yang akan diberikan oleh staff. Ada beg bimbit yang bernilai $2,500 dan ada juga yang hanya mempunyai $1. Siapa yang bertuah atau bernasib malang tu kena tengok sendiri lah. 

‘I can’t know how much other members have. I don’t know how much they have but I’ll be the top gangster today.’ – Choi Hyunsuk

TREASURE akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan ditugaskan untuk mencari ejen yang mempunyai beg bimbit dengan jumlah duit yang banyak. Sekiranya kumpulan tersebut berjaya mendapat jumlah terkumpul yang terbanyak, maka ganjaran besar akan diberikan setelah selesai permainan. 

Sebelum permainan bermula semua ejen dikehendaki mencari maklumat rahsia yang diletakkan di dalam bangunan usang. Bangunan tersebut mempunyai 3 tingkat dan bahagian rooftop juga termasuk. Dokumen yang mengandungi maklumat rahsia hanya boleh disahkan setelah habis misi mencari di dalam sebuah bilik rahsia bernama TRUE ZONE. 

Pendek kata kalau dapat 20 dokumen rahsia pun belum tentu maklumat di dalamnya adalah benar dan kalau cuma berjaya peroleh satu maklumat, boleh jadi maklumat tersebut adalah maklumat yang sah dan penting. Kumpulan yang berjaya kumpul banyak maklumat rahsia yang benar boleh gunakan info tersebut dalam permainan nanti. 

Masa tengok episod pertama untuk musim tiga ni pun dah berdekah dengan perangai masing-masing. Like they haven’t changed at all! Junkyu dengan perangai kelakar dia, tak ambil pusing pun dengan ganjaran tapi lebih kepada jadi kelakar dan comel depan kamera. Doyoung dengan kuasa sixth sense dia, Jaehyuk membebel tentang filosofi. 

‘You have to use your brain for these things. What’s the purpose of brains? The reality in front of your eyes…. Use your brain, use it!’ – Yoon Jaehyuk

Dalam episod ni memandangkan TREASURE shoot dekat bangunan usang jadi kualiti visual ada yang blur dan shaky. Kesian lah kalau cameraman dapat member yang jenis aktif macam Haruto dengan Doyoung. Berjalan tak sudah. Cameraman Jihoon dengan Asahi relaks je berjalan. Footage pun cantik. Junghwan tak aktif sangat mencari sebab dia ada ketumbit, masuk tempat berhabuk is a no no. 

Episod 61 cuma tayang part ejen 007 dapat tahu tentang syarat permainan, pilih kod nama, bentuk kumpulan, cari maklumat kemudian sahkan di TRUE ZONE. Permainan akan bermula di Episod 62. 

p/s: You guys should check the teaser for this game. Bang on!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.