TV Show Review | Treasure Map Season 2: 💎 #STAYCATION #TREA2URE_ANNIVER2ARY_2022 💎

Sunday 7 August 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Takata Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 1 special episode (25:36 minutes for special episode)
Release Date : 06 August 2022
Video :


Bersempena dengan ulangtahun kedua Treasure, YG Entertainment release special episode untuk Treasure Map walaupun ahli tak cukup 12 orang memandangkan Yedam sambung belajar di Canada dan Mashiho ambil waktu untuk berehat. Kedua-duanya akan balik semula ke YGE bermula tahun depan. Sedih tapi perjalanan tetap diteruskan untuk support 10 orang member Treasure dalam industri. 

Untuk special episode Treasure Map, Treasure pergi bercuti di kawasan luar bandar. Guesthouse yang staff YGE book tu cantik walaupun rumah dia kecil je. Cukup untuk ruang tamu, bilik dan dapur yang kecil sebab laman dia luas. Nak masak pun memasak dekat luar guna kayu api. Nak cuci pinggan ataupun periuk pun dekat luar sebab sumber air guna air sungai dekat bahagian tepi rumah. Sungai dia tak lah dalam atau luas tapi cukup la untuk mandi-manda bagi hilang stress. Just nice lah sebagai guesthouse sebab yang datang pun menginap dua, tiga hari macam tu je. 


Memandangkan Treasure kena masak sendiri, awal lagi nama Hyunsuk dengan Jihoon kena petik untuk masak ramyeon sebab diorang berdua dah pandai memasak dalam The Idol Ramyeonators Season 2. Baby cow pula orang yang malang kena assist chef dekat dapur lepas kalah main scissors, rock and papers. Sementara tunggu ramyeon masak dan hujan berhenti, Treasure berseronok dalam rumah je so Junghwan tak sedih sangat la kena tolong kat dapur. 


Tak banyak pun aktiviti Treasure dekat guesthouse tu sebab cuaca tak okay sangat. Diorang pun memang datang nak rest. Kira special episode ni untuk record aktiviti memasak je sebab diorang prepare lunch dengan dinner sendiri. Kalau lunch makan ramyeon, untuk dinner diorang prepare nasi putih, sup rumpai laut, sosej telur dengan LA Beef. 

Nak masak semua menu ni Treasure bahagi kumpulan kepada 3:
i. Team Nasi dan Sup Rumpai Laut: Jihoon, Junkyu, Asahi, Junghwan
ii. Team Sosej Telur: Jaehyuk, Jeongwoo, Haruto
iii. Team LA Beef: Hyunsuk, Doyoung, Yoshi


First time tengok menu LA Beef so a bit invested lah bila tengok Hyunsuk, Doyoung dengan Yoshi prepare menu tu. Tak pasti kenapa nama dia LA Beef, mungkin sebab imigran dari Amerika yang cipta menu ni kot. Resipi ni guna daging lembu mentah diperap dalam sos campuran. Bahan untuk sos tu pula buah pear yang dikisar, minyak bijan, kicap cair, halia, bawang putih, serbuk lada hitam, daun bawang, madu dan sedikit air. 

Tengok Treasure masak macam senang je nak prepare lepastu unik jugak lah sebab masukkan buah pear. Kalau Treasure yang amatur tu boleh masak, apatah lagi kita yang memang selalu masuk dapur ye dak? 


Terharu tengok Treasure Map Special Episode ni sebab Treasure dah mampu prepare makanan yang boleh dimakan lepas 2 tahun. Dalam Treasure Map Season 1 Episode 15 dulu nak masak pun asyik teringat mak dekat rumah. Potong sayur pun blur nak potong style apa. Dalam Treasure Map Season 2 Episode 42 dengan 43 pulak pasrah dengan cooking skills bila pizza dengan ayam goreng diorang hangus sebab tak pandai guna dapur kayu api. 


Tup tup tahun 2022 diorang dah pandai prep bahan, menu apa yang mudah nak prepare untuk makan ramai-ramai, dah tahu menu apa sesuai masak atas dapur kayu api atau dapur gas biasa. Even guna utensils pun tak kekok dah macam dulu. Kalau tahun 2020, Jihoon dengan Mashiho je yang boleh masak, tahun 2022 semua pun dah pandai masak menu asas walaupun ada la beberapa yang terbabas. 

Geram je tengok baju Jaehyuk dalam special episode ni sebab saiz besar. Dah macam mak bagi anak pakai baju saiz besar supaya tahan lama lepastu wariskan dekat adik-adik. Dah la Jaehyuk jenis tak duduk diam, kesana sini dia berjalan dengan seluar gelebeh tu. Habis kotor seluar sapu tanah lecak bagai. 


Lepas makan malam Treasure buat video ucapan khas secara individu untuk ulangtahun kedua Treasure. Thanks to Hyunsuk for a little assurance on Mashidam. Hopefully tahun depan ada Treasure Map Season 3 lengkap 12 orang. Happy 2nd anniversary Treasure and Treasure Makers 😊

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.