Resipi | Japchae Szechuan Glass Noodle Ala Tekak Melayu

Sunday 28 August 2022


Bulan lepas ternampak video Szechuan Glass Noodle dekat TikTok sebab Fariha Jafri tag di ruang komen. Resipi mudah katanya tapi tengok video pun dah tahu resipi ni renyah. Renyah nak prep bahan satu hal, renyah nak sediakan pun satu hal juga sebab ada banyak steps. Tapi sekali dalam seumur hidup je kan nak buat resipi ni so kita layankan je lah craving orang. 

Dalam video TikTok tu dia namakan resipi ni Szechuan Glass Noodle tapi kalau dekat Korea suhun ni diorang panggil Japchae. Bahan lebih kurang sama je cuma beza pada cara penyediaan sebab korean suka stir fry dengan daging. Yang dalam video TikTok ni pula dia gaul buat macam kerabu. Resipi ni kitorang goreng dan gaul sebab ada bahan lebih sedap digoreng. 


Bahan-bahan:

Bahan A : 

- 1 pek suhun dicelur selama 1 minit dan dibilas dan rendam dalam air sejuk

Bahan B : 

- 3 sudu bijan disangai selama 5 minit dengan suhu 100 darjah celcius dalam air fryer. Kalau nak sangai atas kuali pun ikut suka lah. Kuantiti pun ikut tekak masing-masing. 

Bahan C : 


- 5 ulas bawang putih dicincang
- 1 biji bawang merah dicincang
- 6 tangkai cili dipotong halus
- 2 sudu chili flakes
- 1 sudu cuka
- 2 sudu sos tiram
- secubit garam
- 1 sudu gula 
- 5 sudu besar minyak masak

Bahan D :

- setengah batang timun
- setengah batang lobak merah
- 10 crabstick digoreng
- 3 biji cendawan shitake digoreng dan dipotong halus (adik I potong ikut suka dia je hmmm)

Bahan E :

- 2 sudu minyak bijan
- 2 sudu kicap cair/manis
- 1 batang daun bawang
- sedikit daun ketumbar


Cara Penyediaan: 

1. Prep bahan C kemudian panaskan minyak masak dan tuang dalam bekas berisi bahan C. 
2. Gaulkan semua bahan A, B, C, D dan E dalam bekas sehingga sebati dan sedia untuk dihidang. 

Rasa dia sedap lah sebab semua bahan pun ada rasa tersendiri, crabstick pula memang manis ikan lepastu dah letak gula dan garam secukup rasa. Lobak merah dengan timun pun sedap makan sebab rangup. 

Nak kata resipi ni senang, tak juga sebab lenguh tangan nak prep bahan. Kalau yang jenis selalu masuk dapur mungkin laju lah siapnya. Masa kitorang buat resipi ni pun sejam bertapa dekat dapur. Ada yang kata makan japchae boleh kurus sebab kalori dia rendah tapi resipi ni jenis tak relaks bila dekat cashier counter. Kalau semua bahan memang selalu ada dekat rumah mungkin tak terasa sangat lah. 

3 comments

  1. Sedapnya. Suka suhun juga. Pernah nampak orang jual dekat Shopee japchae sekali kicap dia.

    ReplyDelete
  2. Memang nampak banyak penyediaan yang kena dibuat untuk resepi ni. Tapi berbaloi kalau hasilnya sedap kan.

    ReplyDelete
  3. Tu dia.. lama betul.. seba banyak bahan dan proses kot.. Nampak menarik pula berwarna warni dan ada macam-macam..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.