Drama Review | Stranger Things (2016)

Wednesday 24 August 2022


Director : The Duffer Brothers
Writer : The Duffer Brothers
Cast : Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, Matthew Modine, Noah Schnapp, Joe Keery, Shannon Purser
Production Company : Netflix
Distributor : Netflix
Genre : Science Fiction / Drama
Running Episodes : 8 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 15 July 2016
Trailer :


Berlatarkan sebuah kawasan luar bandar, Hawkins, Indiana sebuah makmal milik kerajaan Amerika Syarikat diserang oleh makhluk mengerikan. Will Byers (Noah Schnapp) diserang oleh makhluk tersebut ketika pulang ke rumahnya. Hilang tanpa kesan tapi Jim Hopper (David Harbour) perasan ada beberapa benda aneh di tempat kejadian. 

Sementara keluarga Byers sibuk mencari Will, rakan baiknya juga turut serta walaupun keluarga masing-masing melarang keras tindakan tersebut. Mike Wheeler (Finn Wolfhard), Dustin Henderson (Gaten Matarazzo) dan Lucas Sinclair (Caleb McLaughlin) tak boleh duduk diam dan tunggu berita sedangkan nyawa Will mungkin dalam bahaya. 


Semasa berjalan dalam hutan mereka bertiga terserempak dengan Eleven (Millie Bobby Brown) yang bersembunyi dari sesuatu. Mike bawa Eleven ke ruang bawah tanah rumah dia. Lucas dan Dustin mempersoalkan sekiranya Eleven adalah pembunuh psiko ataupun berbahaya. Lain yang dicari, lain pula dijumpa. Bertambah pula masalah mereka untuk sorok dari pengetahuan keluarga. Will pula entah di mana. 

Joyce Byers (Winona Ryder) pula percaya anak dia terperangkap di alam lain bila dia perasan ada perkara aneh berlaku dalam rumah sejak kehilangan Will. Dia ambil cuti dan focus cari jalan untuk selamatkan anak bongsunya. Selain perkara aneh, Joyce juga pernah diserang oleh makhluk mengerikan tanpa muka. Ramai yang kata Joyce dah gila sebab hilang anak tapi dia tahu apa yang dia nampak betul-betul wujud. 


Tak lama selepas kehilangan Will, Barbara Holland (Shannon Purser) juga hilang sementara tunggu Nancy Wheeler (Natalia Dyer) di rumah Steve Harrington (Joe Keery). Hanya Jonathan Byers (Charlie Heaton) yang nampak keberadaan Barbara kali terakhir di situ. Nancy minta bantuan Jonathan untuk bantu dia cari kawan baiknya sebab kehilangan yang misteri dan juga penampakan makhluk misteri di hutan. 

Sebelum ni tak pernah berminat pun nak tengok series Stranger Things terbitan Netflix Originals sebab mesti lama nak tunggu next season. Tapi kalau dah namanya takdir, siapa lah kita untuk menepis penangan series menarik macam ni. Untuk musim pertama penceritaan dia ringkas sebab The Duffer Brothers nak kenalkan alam The Upside Down dan juga barisan watak utama. 


Awalnya plot terbahagi kepada 3 kumpulan bila Joyce bekerjasama dengan Jim Hopper mencari Will, kumpulan kawan Will bersama Eleven manakala Nancy bersama Jonathan. Jadi cepat habis layan musim satu ni bila tak sabar nak tunggu tiga kumpulan ni berjumpa dan cerita dapatan masing-masing. Setiap kumpulan ada leads dan kekurangan masing-masing sebab tu penting untuk mereka semua berkumpul. 

Geram nak tunggu waktu tu sampai sebab semua watak saling berkait tapi tak pernah menyembang pasal The Upside Down. Macam Nancy dah pernah masuk ke alam The Upside Down tapi tak pernah bagitahu adik dia, Mike yang sibuk cari cara ke sana. Sementara Joyce dapat berhubung dengan Will di alam sana tapi Jonathan pula tak percaya. Geram pun tetap realistik macam mana Duffer Brothers olah series pertama mereka ni. Slow and steady. 


Bab lakonan memang terbaiklah walaupun series ni tertumpu pada pelakon kanak-kanak tapi Duffer Brothers pilih semua pelakon melalui uji bakat. Watak cikgu sains diorang, Scott Clarke (Randy Havens) pun menarik juga sebab dia selalu muncul untuk terangkan fakta sains dalam Bahasa yang mudah nak faham. Yang tengok pun rasa syok nak follow bila kita faham apa yang diorang bincangkan. 

Masa Joyce beli lampu lip lap banyak-banyak sampai penuh satu troli sebab nak kberhubung dengan Will tu macam dah terdetik juga entah-entah Joyce ni gila sebab beberapa watak cakap dia ada anxiety tapi penulis masukkan insiden Holy supaya connection Joyce dengan audience kuat balik. Mak mana yang boleh tidur kalau anak dia hilang. 


Series Stranger Things ni berlatarkan zaman 1983 jadi menarik lah tengok semua props, interior, cara pemakaian dan cara hidup berkisar mengikut latar masa tersebut. Tona warna yang digunakan pun sesuai dengan spektrum visual pada zaman 80-an. Visual effects tak digunakan dengan banyak pun sebab Duffer Brothers nak raksasa dalam The Upside Down tampak meyakinkan dan menggerunkan untuk penduduk Hawkins. 

Musik latar pun terikat dengan audio zaman 80-an yang terarah pada synth-heavy genre tapi tak tahu pun semua lagu yang dimasukkan. Music score Stranger Things hasil karya Michael Stein dan Kyle Dixon menambahkan lagi impak pada penceritaan. Lagu "Should I Stay or Should I Go" – The Clash yang muncul setiap kali Will cuba berkomunikasi dengan beberapa watak di dunia nyata mempunyai lirik yang sesuai dengan situasi dan menambahkan elemen dramatik. 



Series ni tak sesuai tengok masa makan sebab raksasa atau makhluk dekat dunia Upside Down tu jenis berlendir. Bila dia bergerak boleh dengar bunyi lendir dan melekit tu. Disebabkan penduduk Hawkins tak pernah alami perkara aneh jadi tak ada siapa tahu cara untuk kalahkan raksasa sampai marathon terus ke musim dua. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Seasons 1 ini memang gempaklah.. Suka sebab watak bebudak dia meyakinkan..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.