Treasure Dah Sampai Ke Emart24 Malaysia!

Sunday 7 August 2022

 

22 Julai 2022 Emart24 update hint dekat akaun Instagram rasmi diorang yang Treasure akan datang ke Malaysia. Well bukan Treasure lah tapi makanan yang Treasure suggest sebagai duta Emart24. Dekat Korea sejak bulan Februari lagi dah ada sebab Treasure buat content khas untuk promote menu makanan yang dipilih. Dalam rancangan Alcohol Street Fighter pun WINNER indirectly promote makanan Treasure. 



Beberapa hint digunakan oleh emart24 macam Coming Straight to U diambil dari album Treasure Second Chapter iaitu lagu Jikjin (Straight) dan lagu b-side, U. Lepastu emart24 update gambar berlian iatu logo rasmi Treasure. 


Tak sabar jadinya tunggu Emart24 umumkan menu yang akan dijual nanti. Bila Emart umumkan tu macam kecewa jugak sebab tak semua menu ada. Macam dalam Alcohol Street Fighter tu ada burger Treasure tapi dalam senarai menu tu tak ada pun. 


Dan semua menu ni dijual mengigkut giliran. Minggu pertama, Emart24 jual Treasure Hot Americano dengan Treasure Hot Latte. Bermula 13 Ogos 2022 pula Emart24 akan pasarkan Treasure Japanese Curry Chicken dan Treasure Chicken Mayo. Kemudian pada 20 Ogos 2022, Treasure Cheezy Korean Fried Chicken. Pada 27 Ogos 2022, Treasure Jeonju Bibim Beef dan Treasure Chicken & Tuna Mayo. Terakhir sekali, Treasure Pouch Drink series - Treasure Americano Black Coffee dan Treasure Americano Hazelnut Coffee dijual pada 03 September 2022. 

Walaupun semua menu ni dijual mengikut tarikh tapi semua menu ni akan dijual sehingga bulan Jun 2023. Ni admin emart24 lah yang kata, kalau tiba-tiba esok lusa batal kontrak sebab sales tak bagus, tu cerita lain lah pulak. 


Memandangkan Emart24 launch menu Treasure pada tarikh keramat untuk Treasure dan Teume iaitu 07 Ogos 2022, jadi Emart24 sediakan props khas untuk Teume bergambar di cawangan Tamarind Square, Cyberjaya. Memandangkan terlampau jauh untuk ke sana, maka I pergi dekat cawangan Dataran Sunway, Kota Damansara je. A bit disappointed lah bila sampai dekat sana sebab cawangan lain semuanya pasang lagu Treasure tapi dekat cawangan Kota Damansara pasang lagu Upside Down - Kang Daniel. 


Masa order Treasure Hot Latte tu nak juga order Tteokbokki tapi macam tak menarik je. Nak order dua cup latte tapi takut tak sedap, so I beli satu je. Ni pertama kali nak cuba minuman Emart24 so tak boleh lah tamak. I beria pergi Emart24 ni sebab nak cup Treasure je hewhew. 


Dah dapat cup haruslah bergambar kan?! Kalau ikutkan taknak pun bergambar dengan photocard Treasure tapi disebabkan Treasure sendiri bawa photocard masa keluar celebrate second anniversary, so kita ikut adat resmi Teuland lah kan? 


Dah puas bergambar dekat Emart24, balik rumah bergambar dengan Treasure pulak secara virtual sebab malam tu ada Treasure 2nd Anniversary Special Live di Weverse. Kalau ada yang curious dengan saiz cup Treasure Hot Latte ni, besar tapak tangan je lah macam yang korang boleh tengok dalam gambar tu. Latte ni pula ada yang panas je, tak ada sejuk. Agak bertentangan lah dengan prinsip Park Jihoon yang suka Iced Coffee walaupun hujan atau ribut. 

Memandangkan Treasure Hot Latte ni menggunakan creme brule sebagai keunikan dan kelainan pada rasa berbading kopi jenama lain, rasa dia agak manis. Kopi dia pun tak pekat sangat dan biji kopi yang digunakan adalah biji kopi yang dipilih oleh Emart24. Done meraikan kedatangan emart24 dan Treasure! Happy 2nd Anniversary Treasure and Teume!

4 comments

  1. kalau menu dia sedap confirm dapat sambutan :)

    ReplyDelete
  2. memang halal ke semua makanan kat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang dalam cup tu nasi dengan kepingan ayam biasa je. yang dalam packaging tu takde tanda halal.

      Delete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.