Production Companies: Red Chillies Entertainment, Eternal Sunshine Productions
Distributor: Netflix
Genre : Black comedy / Drama
Running Time : 134 minutes
Release Date : 05 August 2022
Trailer:
Filem pertama terbitan Eternal Sunshine Productions, milik Alia Bhatt menyingkap kehidupan Badru (Alia Bhatt) yang sering dipukul oleh suaminya, Hamza (Vijay Varma). Semua penduduk di kawasan kejiranan tersebut tahu apa yang berlaku dalam rumah kecil mereka dan kesan jelas kelihatan pada anggota badan Badru.
Tapi dia tak ambil peduli sangat dengan nasihat atau pandangan jiran apatah lagi dengan ibunya, Shamsu (Shefali Shah) yang tinggal selang beberapa rumah dengannya. Zulfi (Roshan Mathew) yang kasihan dengan nasib Badru buat laporan polis terhadap Hamza. Malangnya Badru menafikan dakwaan tersebut bila dengar pujuk rayu suaminya yang ingin berubah.
Bagi Badru semua pasangan ada masalah mereka dan setiap pasangan ada kelemahannya. Sama juga macam Hamza yang lemah bila berjumpa dengan arak dan naik tangan. Kalau mereka ada anak, Hamza janji tak akan pukul Badru. Tapi janji tinggal janji bila Hamza pukul Badru hingga jatuh tangga sampaikan isterinya keguguran. Badru akhirnya ajak Shamsu untuk ‘ajar’ Hamza.
Masa tengok trailer Darlings ni pun dah tertarik sebab Alia Bhatt berlakon dalam genre black comedy, something new in her career. Lagipun movie ni diterbitkan oleh Red Chillies Entertainment walaupun pengarah dan juga penulis adalah orang baru. Malangnya, macam mana dalam trailer, macam tu lah juga full movie. Predictable.
Kekuatan movie Darlings pada dinamik Alia dan Shefali sebagai ibu dan anak yang mengalami nasib malang setelah berkahwin. Seorang ditinggalkan oleh suami dan hidup sebagai ibu tunggal hingga tua manakala seorang lagi optimis si suami akan berubah dari tabiat buruk yang baran dan kaki pukul.
Ada orang pandang Badru sebagai naif dan ada juga yang pandang Badru sebagai bodoh. Bak kata Shamsu walaupun pengguna Twitter kebanyakannya woke tapi keadaan masih sama untuk orang biasa seperti dia. Mungkin juga Badru rasa dia perlu bergantung dengan Hamza sebab dia suri rumah dan ibu dia pula tak dapat banyak pun dari bisnes makanan.
Penulis tunjuk watak Hamza yang stress kena buli di tempat kerja sebab tu dia lepaskan marah pada Badru walaupun silap si isteri cuma tak cuci beras dengan betul sampai ada batu dalam nasi beriani. Dekat situ penulis cuba untuk raih simpati penonton pada watak Badru dan Hamza tapi dah masuk 2022 kot, siapa yang percaya lelaki akan berubah jadi baik hanya dengan doa dan anak?
Jangankan penonton atau watak jiran perempuan, watak jiran lelaki pun tak suka dengan perangai Hamza. Jadi kenapa Badru beria sangat nak pertahankan perkahwinan diorang? Hamza pukul Shamsu depan mata dia pun, dia tetap juga pilih Hamza.
Pace movie Darlings agak perlahan sebab nak kukuhkan elemen drama tapi sebab tengok dekat Netflix jadi tak ada masalah nak ubah ke 1.5x. Nasib baik dekat second half momentum cerita naik balik dengan babak komedi dan plan antara Shamsu dan Badru. Rasanya lagi menarik kalau Darlings digarap dalam templat drama thriller macam Haseen Dilruba (2021) ataupun The Girl On The Train (2021) sebab elemen komedi tak kuat sangat pun.
Sinematografi Darlings dari lensa Anil Mehta yang berlatarkan kehidupan rakyat kelas bawahan nampak meyakinkan. Walaupun ruang dalam rumah Badru dan Hamza nampak terhad tapi dia berjaya cipta dunia yang luas dan selesa untuk mereka berdua. Props yang digunakan dalam rumah tersebut menggambarkan karakter pasangan suami isteri tersebut.
Music album Darlings hasil kerjasama dua komposer Vishal Bhardwaj dan Mellow D kurang menyengat kecuali lagu La Ilaaj nyanyian Arijit Singh, Vishal Bhardwaj juga Debarpito Saha untuk pamerkan suasana romantic antara Badru dan Hamza. Disebabkan movie Darling, I mula nampak Vijay Varma sebab sebelum ni watak dia selalunya sememeh tapi dalam movie ni segak benar gayanya. Kalau Zoya Akhtar ambil Vijay berlakon dalam movie bertemakan travel atau chick flick mesti gaya dia cool macam Siddhant Chaturvedi.
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
Peminat Alia Bhatt hadir!
ReplyDeletea'ah cite ni best tapi ada part macam dragging lama sikit. Apa pun Alia Bhatt sangat cantikk
ReplyDeleteyup, setuju ada part yang dragging. my personal view rasanya watak Badru hang on pada Hamza sebab dia tak nak hidup tanpa suami macam mak dia kot.
ReplyDeleteLayan je movie ni haritu sbb bosan...Boleh lah, walaupun geram bila Badru masih nak pertahankan marriage dia dan ingat anak boleh ubah suami dia.
ReplyDelete