Movie Review | Nikamma (2022)

Tuesday 30 August 2022


Director : Sabbir Khan
Writer : Venu Sriram, Sanamjit Talwar (Dialogues)
Cast : Abhimanyu Dassani, Shirley Setia, Shilpa Shetty, Samir Soni, Abhimanyu Singh
Production Companies : Sony Pictures International Productions, Sabbir Khan Films
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Action / Comedy
Running Time : 148 minutes
Release Date : 17 June 2022
Trailer:


Nikamma mengisahkan tentang Adi (Abhimanyu Dassani) yang terpaksa temankan kakak ipar dia, Avni (Shilpa Shetty) di Dhamli sementara abang dia perlu outstation ke Bangalore selama 2 minggu. Raman (Samir Soni) sedar adik dia tak suka dengan isterinya tapi siapa lagi yang boleh dia harapkan selain Adi? 

Avni minta Adi buat kerja rumah, siapkan bahan untuk memasak, basuh baju, siram pokok bunga dan beli barang di pasar. Makin bertambah rasa menyampah Adi dengan Avni sebab dia dilayan seperti orang gaji. Tapi tak lama kemudian Adi jatuh cinta dengan Nikki (Shirley Setia). Peliknya Nikki yang ajak dia bercinta kemudiannya berkahwin. 


Sementara Adi sibuk bercinta, Avni pula dalam masalah besar bila diugut oleh Vikramjeet Bish (Abhimanyu Singh) kerana kacau perniagaan haram dia. Semua orang takut dengan Vikramjeet kerana dia akan bunuh sesiapa saja yang kacau kerja dia ataupun ganggu jalan dia untuk jadi MLA di Dhamli. 

Nikamma merupakan remake kepada filem Telugu, Middle Class Abbayi (2017) hasil arahan Venu Sriram yang bekerja sebagai penulis untuk Nikamma. Boleh kata Venu yang nak filem dia diterbitkan di Bollywood jadi tak jauh beza pun lah remake dengan original. Olahan pengarah Saabbir Khan pun tak lari jauh dari filem-filem sebelum ni – Kambakkht Ishq (2009), Heropanti (2014), Baaghi (2016) dan Munna Michael (2017). Semuanya action comedy dan action yang jenis terbang kena tiup angin. Masa tengok Nikamma pun macam teringat-ingat dekat filem Heropanti sebab gaya dia sama. 


Agak kecewa juga lah dengan Abhimanyu Dassani sebab dia debut dalam Mard Ko Dard Nahi Hota yang padu dengan aksi dan bagus skripnya. Lakonan Abhi pun dalam beberapa scenes pun try hard. Nampak macam dia tak selesa dengan watak Adi tapi bab action stunt cantik elok je dia deliver. 

Watak Adi ada kelebihan daya ingatan yang kuat tapi tak lah membantu sangat pun. Geram je tengok masa Avni dengan Adi cari Raman dekat gudang tu, dah kata cari kereta Super tapi dua-dua belek kereta lama jugak. Buang masa kat situ. Chemistry Abhi dengan Shirley pun nampak terpaksa padahal plot cinta mereka berdua boleh kata kuat dan banyak.


Lakonan Shilpa sebagai pegawai kerajaan dan kakak ipar yang tegas nampak meyakinkan walaupun dah lama tak aktif dalam lakonan. Cuma sayang lah sebab dia tak dapat banyak dialog menarik atau kuat untuk watak dia. Nampak dia macam tak memberi impak sangat untuk watak antagonis yang kuat seperti Vikramjheet. Bila muncul plot twist rasa macam hambar je sebab dari awal pun dah lemau. Pairing Shilpa dengan Abhimanyu dah cantik tapi sebab terlampau pendek dan rushing sangat kisah diorang berdua, rasa macam tak sampai bila ada melodrama scenes ataupun plot twist. But still comel bila Avni senyum atau tersentuh tengok Adi care dengan dia. 


Babak komedi antara kelemahan ketara dalam Nikamma terbitan Sony Pictures International Productions dan Sabbir Khan Films sebab komedi zaman 80-an dah tak boleh pakai di zaman sekarang. Tapi nak komen banyak pun tak boleh juga sebab pengarah memang hidup di zaman tu. Tak pasti sebenarnya siapa target audience Nikamma sebab olahan macam zaman 80-an tapi pelakon utama, pelakon BBNU. 

Tak semua part tak okay dalam Nikamma ni sebab music album hasil gubahan pelbagai komposer - Amaal Mallik, Javed–Mohsin, Vipin Patwa dan Gourov Dasgupta syok juga layan. My personal fav lagu Killer nyanyian Mika Singh dan Amaal Mallik sebab party-themed dan rancak. Chorus dia pun melekat dalam kepala. Sesuai sangat lah untuk celebration mode macam Adi nak. 



Dialog tentang rakyat kelas pertengahan pun menarik juga sebab boleh relate dengan apa yang keluarga Adi sembang dalam filem ni. No wonder lah original film guna tajuk Middle Class Abbayi. Overall, filem Nikamma mungkin lebih menarik kalau penulis kembangkan lagi beberapa watak utama terutamanya Nikki dan guna material komedi yang boleh dihadam. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.