Antologi kisah seram hasil olahan barisan penulis dan pengarah dari Thailand menjadi bualan baru di Netflix. Tahu pasal drama ni dari
Blogger Tiara Sapphire lepastu tertarik nak tengok jugak. Tak banyak info tentang setiap episod macam siapa nama pelakon, pengarah dan penulisnya. Mungkin sebab drama baru kot. Nak Google pun tak kenal mana-mana pelakon. Maaf kalau review ni panjang sangat sebab nak pisahkan ikut episod, banyak pula detail yang tak lengkap.
1. 7AM - Thanadol Nualsuth
Kelas 6/4 di sekolah menengah ni ada sumpahan bila hantu akan tulis buku teks subjek mana yang perlu dibawa dan mana-mana murid yang gagal akan dibunuh selepas jam 8 pagi. Semua pelajar, rakan sekelas malah guru juga akan hilang semua memori berkenaan murid tersebut. Hantu dalam episod ni memang rajin. Untuk apa? Entah.
Mesej sosial yang diketengahkan dalam episod ni ialah buli bila Q terpaksa datang awal untuk bagitahu buku teks subjek mana dalam Whatsapp group. Yang peliknya tak tahu kenapa semua pelajar ni tak bawa semua buku teks dan simpan dalam loker dekat belakang kelas. Lagi satu, dari mana diorang tahu tentang sumpahan tu kalau pelajar yang lupa bawa buku teks tu dihilangkan dari ingatan semua orang? Soalan ketiga, ibu bapa pun lupa tentang anak diorang juga ke? Merepek bukan? Tak sempat nak seram sebab fikir kelemahan plot dalam skrip ni.
2. Vengeful Spell
Kisah bermula dengan livestream Mint yang diganggu oleh sesuatu kemudian terjun dari tingkap dan mati dalam keadaan yang ngeri. Pleng lap tapak kaki dia yang dipenuhi dengan tulisan ‘MINT’ setelah berita kematian gadis tersebut tersebar di sekolah dan social media. Rupanya sekolah tersebut mempunyai kotak rahsia yang disembunyikan di bilik stor.
Kotak tersebut mempunyai beberapa gambar dan juga jampi. Sesiapa yang menulis nama orang yang ingin dibunuh di tapak kaki dan baca jampi tersebut maka hajat dia akan ditunaikan. Sama juga dengan Pleng yang menyampah dengan Mint dan juga Jinnie.
Jalan cerita Vengeful Spell dari Putipong Saisikaew ni simple tapi padu. Perasaan benci dan suka dari perspektif remaja tu sangat kuat sampai ke tahap maksimum. Kalau suka, suka sangat sampai sanggup buat apa saja. Kalau benci, mati saja jawapannya.
3. Beautiful - Songsak Mongkolthong
Dao adalah pelajar tercantik di sekolah tersebut dan kerana kelebihan dia ramai pelajar yang suka berkawan dan pilih Dao sebagai ahli kumpulan untuk assignment. Aim menyampah dengan layanan bias tersebut lantas mencari jalan untuk menjadi cantik dalam masa satu malam. Sebaik saja Aim bersetuju dengan semua syarat dan janji yang diutarakan, sebotol cecair berwarna merah jambu sampai di hadapan biliknya. Keesokan harinya Aim menjadi pelajar paling jelita di sekolah tersebut.
Tapi untuk kekal jelita dia perlu buat sesuatu di luar jangkaan dan dalam masa yang sama perlu menjaga pantang larang yang dijanjikan. Dao syak sesuatu tak kena dan minta ramuan rahsia yang disembunyikan oleh Aim. Tak mungkin ada manusia yang mampu jadi cantik dalam sekelip mata.
Episod 3 ni tak seram sangat malah menarik olahannya dengan mesej bersyukur diketengahkan. Dalam masa yang sama bagi sindiran tentang pretty privilege baik dalam kalangan pelajar mahupun dari pihak sekolah. Bonus point lah dalam episod ni sebab sebut pasal hantu Malaysia.
4. The Book of Corpses - Nuttapong Wongkaveepairoj
Episod 4 lebih kurang sama merepek dia dengan Episod 1 bila ada sebuah buku yang penuh dengan hajat yang ditulis oleh mangsa. Nama yang dicatat akan mati dibunuh oleh hantu yang mengerikan. Malas nak explain panjang sebab episode ni banyak plotholes dia dan tak seram sangat. Pengajaran pun tak ada sebab pengarah lebih terarah untuk buat sesuatu yang menggerunkan. Hantu dia dah serupa alien pun ye jugak. Kenapa I cakap sama dengan Episod 1 sebab ibu bapa tak main peranan pun bila anak tak balik rumah sampai mayat mereput terkurung 3 bulan di sekolah.
5. Headless Teacher - Phontharis Chotkusadarsopon
Cikgu Waiwan (Thongchai Thongkanthom) merupakan cikg yang tegas di sekolah tersebut maka Tim dan Ping selalu mengganggu dia dengan perangai nakal mereka. Malangnya Cikgu Waiwan dibunuh dengan kejam dan kepala dia disembunyikan di tempat rahsia. Badan Cikgu Waiwan minta bantuan dengan Tim dan Ping supaya dia boleh bersemadi dengan aman. Mereka bertiga syak makcik kantin yang sakit hati dan bunuh Cikgu Waiwan kemudian sorokkan kepala dalam peti ais.
Episod 5 paling menarik jalan cerita dan kelakar walaupun pelik juga lah kenapa pihak polis tak jumpa. Sama ada dirasuah oleh pembunuh ataupun jenis selekeh buat kerja. Tapi nak beria harapkan polis tak boleh jugak sebab level corrupt tinggi jugak dekat sana. Kisah sekolah ni patutnya pengarah buat full movie sebab jalan cerita menarik dengan elemen misteri dan dramatic dimasukkan walaupun genre utama adalah komedi.
6. Lunch - Songsak Mongkolthong
Kisah bermula dengan Kong yang ingin tahu ramuan rahsia sup babi yang dimasak oleh Mak Cik Jong kerana jualan dia selalu habis dalam masa sekejap saja. Kalau Kong berjaya bongkar mesti followers dia bertambah dan views juga semakin meningkat. Kerana dua perkara tersebut, Kong bertindak di luar batas dan memfitnah Mak Cik Jong bunuh anjing di kawasan sekolah dan masukkan dalam supnya.
Ramai yang percaya dan elakkan dari membeli sup babi di situ dan Mak Cik Jong kehilangan punca pendapatan. Sejak kes tersebut Kong selalu diekori oleh lelaki misteri yang berpakain serba hitam dan berniat untuk mencederakan dia. Kong percaya lelaki tersebut anak Mak Cik Jong tapi peniaga di tapak sebelah bagitahu anak orang tua tersebut dah sebulan meninggal.
Episod yang diarahkan oleh Songsak Mongkolthong ni tak lah seram kerana hantu tapi seram dengan perbuatan manusia yang sanggup langar batas untuk dapat apa yang dihajati. Ramuan rahsia tu sebenarnya dah didedahkan pada awal cerita lagi jadi tak terkejut sangat lah bila Kong dapat tahu.
Kembang tekak jugak lah sebab terbayang kalau kita dok order makanan dari luar rupanya ada bahan pelaris sampai repeat order banyak kali. Tapi tu lah, setakat ni belum ada lagi makanan yang buat gian. Hari ni sedap, esok tak sedap, lusa average je lepastu minggu depan sedap balik. Baik macam tu ye dak daripada sedap semedang rupanya makan benda terlarang.
Anyway lepas tengok dua episod karya Songsak Mongkolthong ni rasa kagum dengan bakat dia sebagai pengarah. Menjadi betul kalau dia buat naskhah misteri ataupun saspen thriller.
7. Curse - Saniphong Suddhiphan
Episod 7 mengisahkan tentang sekolah yang mempunyai bangunan lama dan menjadi kawasan larangan kerana kisah seram yang diturunkan dari generasi ke generasi di mana hantu jururawat akan tunaikan hajat sesiapa yang duduk di kerusi roda membelakangkan pintu. Korn (Pattadon Jan-Ngern) yang dibuli oleh A, Bom dan Mint buat hajat supaya mereka bertiga mati dengan ngeri.
Kesemua hajat ditunaikan tapi dia tetap dibuli oleh pelajar lain. Fucked up betul hidup dia. Sama macam Episod 4, hantu yang tunaikan hajat inginkan ganjaran juga. Mana ada benda percuma dalam dunia ni termasuklah di alam angker.
Level seram on point, level ngeri juga on point dan pengajaran pun dipaparkan dengan seimbang bila pengarah ketengahkan semua dapat balasan atas perbuatan masing-masing kecuali hantu jururawat yang sentiasa ada di situ tanpa diceritakan kenapa.
8. A Walk in School – James Thanadol Nuansut
Episod terakhir memang boleh dijangka lah perjalanan cerita sebab watak Boyd (Suppapong Udomkaewkanjana) tak percaya dengan hantu jadi nak buat edisi seekers di sekolah bersama kawan baik dia, Tum. Maka mereka berdua pun diganggu dengan hantu yang ada dan Boyd pun mula percaya dengan hantu.
Walaupun predictable, cliché tapi menarik juga lah dengan kisah seram yang dihidangkan dan bidasan Boyd berasaskan fakta sains, bukan sebab dia berlagak sombong. Ending lah yang mencacatkan keseluruhan cerita bila watak Tum buka rahsia kisah lama. Kalau dalam kisah lama dia sedih hati dengan perangai Boyd jadi siapa Tum yang sekarang? Nak buat seram tapi jadi merepek.
Overall School Tales the Series (2022) ni menarik untuk yang suka tengok hantu ngeri dan kematian yang menggerunkan. Kalau nak sembang bab skrip dan penceritaan tu memang lemah lah kecuali beberapa pengarah juga penulis yang memang hebat dalam bidang mereka. Lakonan pula ada yang kaku, ada juga yang menjadi tapi tak teruk sangatlah sampai mencacatkan penceritaan sebab elemen seram tu dihadirkan oleh barisan hantu. Watch it on your own risk.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10
tengok sekerat je drama ni sebab penat bukan pasal hantu tapi penat dengan budak2 ni yang dengki dan kaki buli. last episod memang best walaupun predictable tapi itulah ending dia tak faham dan tak boleh relate dengan kisah lama tu.
ReplyDeleteIris layan la ni..ngan makcik dia..Mummy Ayu memang idok la..penakut
ReplyDeleteTertarik nak tengok lepas baca review Farhana nie.. Terutama sekali episod 5 tu.. Hehehe..
ReplyDelete