Drama Review | Masaba Masaba Season 2 (2022)

Saturday 13 August 2022


Director : Sonam Nair
Writer : Sonam Nair, Nandini Gupta, Anupama Ramachandran
Cast :  Masaba Gupta, Neena Gupta, Ram Kapoor, Neil Bhoopalam, Rytasha Rathore, Armaan Khera, Kusha Kapila, Barkha Singh, Kareema Barry
Genre : Comedy / Drama
Running Episodes : 7 episodes (30 minutes per episode)
Release Date : 29 July 2022
Production Company : Viniyard Films
Distributor : Netflix
Trailer :  


Dalam review Masaba Masaba (2020) sebelum ni I cakap tak sabar nak tahu siapa yang Masaba pilih sebagai teman hidup dia. Tup tup tahun ni keluar Season 2, Masaba in split pula sama ada nak pilih Dhairya (Neil Bhoopalam) ataupun Fateh (Armaan Khera). The same plot again, really? 

Episod 1 menarik perhatian dengan cameo Kartik Aryaan, my favorite actor dalam mimpi Masaba (Masaba Gupta). Walaupun mimpi ngeri untuk Masaba tapi mimpi indah untuk fans Kartik. Turns out Masaba tengah stress sebab dia kemungkinan mengandung tapi tak pasti anak siapa. Gia (Rytasha Rathore) cuba teka semua suspek yang pernah wujud pada fasa flirting Masaba lepas dia bercerai. 


Neena (Neena Gupta) yang kebetulan terdengar perbualan mereka berdua dalam tandas rasa kecewa dengan perangai anak tunggalnya. Bertambah lagi satu masalah Masaba lepas tetamu jemputan fashion show dia lari untuk pergi ke fashion show Qayanat (Kareema Barry), instafamous yang minat dengan street fashion. 

Tertekan dengan keadaan peribadi dan karier, Masaba lantik Nicole (Kusha Kapila) sebagai PR untuk naikkan nama dan imej Masaba dalam dunia Bollywood. Masalah peribadi boleh tolak tepi tapi kalau nama Masaba tenggelam dan semua pelanggan lari dekat Qayanat, macam mana syarikat dia nak survive? Dhairya juga berusaha untuk cari pelabur baru dengan harapan Masaba akan nampak usaha dia sebagai tanda cinta. 


Baik season lepas ataupun season baru, hubungan Masaba dengan Neena sentiasa goyah. Ada saja yang diperdebatkan sampai masing-masing tarik muka. Nasihat Neena ada juga betulnya tapi Masaba tetap keras kepala. Bila ada masalah mula lah stress. Kalau dekat season lepas guna plot yang sama, menarik lah untuk ditonton tapi kalau musim kedua pun repeat balik mula la rasa lemau. 

Mungkin harapan I letak terlampau tinggi pada musim kedua sebab I nak tengok dunia fesyen dan kemunculan selebriti Bollywood tapi dalam musim ni ada Kartik dengan Ram Kapoor je. Macam kelakar Masaba nak tergugat dengan Qayanat sebab networking dia padu. Mungkin penulis takut nak cipta watak pereka fesyen yang sama hebat dengan Masaba sudahnya cipta Qayanat yang bersifat sementara. 


Siapa nak percaya Masaba rasa tergugat dengan anak muda generasi baru? Pelanggan tetap Masaba dari dulu sampai sekarang tu Sonam Kapoor kot. Kalau penulis buat Masaba anxious bila Sonam dah berkahwin dan mula kurangkan kemunculan di mana-mana majlis ataupun berlakon dalam filem, mungkin lebih menarik sebab House of Masaba bergantung dengan selebriti. Tak ramai selebriti yang guna jenama dia, makin berkurang lah minat orang luar. 

Dalam musim ni Masaba cuak tak dapat tempat untuk finale show majalah Flair padahal zaman majalah dah lama habis. Tarun Tahilani dah buat kolaborasi dengan Lady Gaga, dress rekaan Gaurav Gupta dipakai oleh Cardi B dalam music video No Love, dress Abu Jani Sandeep Khosla pergi karpet merah Cannes. Banyak lagi isu boleh diutarakan yang mempunyai ketegangan dan konflik tersendiri. 


Tak masuk akal langsung musim kedua Masaba Masaba berlatarkan masa sekarang sebab tak kena dengan tagline King yang disebut dari awal episod. King celah mana kalau misi dia cuma nak dapat slot finale? Tu belum masuk rekaan dia yang boleh kata ‘basic Masaba’. Tak ada yang wow pun kecuali lehenga Mehek pakai masa majlis kahwin. 

I faham kalau penulis nak ketengahkan dunia peribadi Masaba tapi serlahkan lah juga karier dia dalam fesyen. Tunjuk lah proses dia cipta rekaan baru dengan masukkan monolog cerita pasal kisah di sebalik baju supaya dapat kuatkan connection watak Masaba dengan penonton. Macam kenapa dia pilih warna sekian sekian ataupun motif corak sekian sekian. Baik I tengok dokumentari Sabyasachi design wedding dress Priyanka Chopra. Cara dia cerita lagi seronok nak dengar walhal bridal attire dia lebih kurang sama. Falguni and Shane Peacock come up dengan collection yang jauh lebih menarik untuk pengantin.


Plot Masaba Masaba musim kedua terlampau cliché, predictable dan ringan. Even worst, Masaba yang cari pasal dalam kebanyakan hal. Dia sedar Fateh akan berkahwin dengan Aisha tapi dia layan juga perangai Fateh. Dia tahu Gia depression tapi dia tinggalkan Gia lepastu bagi contact number therapist. Mentor dia meninggal pun dia tak tahu. Musim ketiga nanti elok penulis wujudkan watak personal assistant untuk Masaba. 

Walaupun musim kedua Masaba Masaba makin lemah dari segi jalan cerita tapi I suka dengan lakonan Kusha Kapila sebagai Nicole. Sebelum ni tengok dia dalam comedy show, sekarang dah debut sebagai pelakon. Hopefully lepas ni dia boleh berkembang jauh dalam bidang lakonan. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5.6/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.