Aiskrim Cornetto Hershey's

Wednesday 17 August 2022

Minggu lepas sakit tekak sebab kurang minum air mungkin. Melenggang lah pergi 7E sebab nak beli aiskrim vanilla tapi tak ada. Bawa diri pergi ke Family Mart pun tak ada. Nak pergi MyNews macam malas so kita beli je apa ada dekat situ. Dalam banyak-banyak aiskrim dekat situ, Cornetto Hershey's ni lah yang ada banyak juga kuantiti vanilla dia. Lagipun tak pernah lagi try aiskrim perisa baru ni. 


Harga Cornetto Hershey's sebanyak 85g ni dalam RM3.50 tapi kalau tempat lain mungkin lebih murah atau mungkin lebih mahal. Dalam aiskrim Cornetto Hershey's ni agak kosong lah sebab ada dua bahan utama je - aiskrim vanilla dan coklat Hershey's. Tak ada kacang ataupun bahan lain. 

Nak kata sedap, tak lah sedap sangat sebab rasa coklat Hershey's tu lah. Siapa yang suka makan coklat dari jenama Hershey's mungkin suka la kot makan aiskrim ni. Nak kata tak sedap pun tak jugak sebab aiskrim coklat kot, siapa je tak suka. Nak repeat lagi mungkin tak sebab I rasa terlampau basic kekeke

By the way lepas makan aiskrim ni makin bertambah sakit tekak dan batuk. Maka ke klinik lah kita makan ubat yang sepatutnya hshs

10 comments

  1. Baru tahu ada perisa baru ni. Tapi memang nampak simple dan basic je bahan-bahannya.

    ReplyDelete
  2. kalu choc ice cream..lagi dap kot. he he he.. semoga cepat sembuh key!

    ReplyDelete
  3. This is my favorite ice cream:) thanks for your sharing...

    ReplyDelete
  4. Ni ubat namanyaa.. Hahaha coklat memang 'penawar' bagi batuk.. Get well soon Pana. ^^

    ReplyDelete
  5. orang kata kalau nk ubat sakit tekak makan aiskrim vanila bukan coklat, sbb coklat tu kira pencetus batuk
    apa pun gws fana

    ReplyDelete
  6. Nak rasa juga la nanti tapi saya suka kalau ada kacang-kacang 🤣

    ReplyDelete
  7. ok terlampau basic..kalau letak kacang ke lagi sedap kot..haha

    ReplyDelete
  8. Oo ni la aiskrim anak-anak minta belikan. Ada rupanya collab dgn Hersheys. Okey nanti nak try juga lah.

    ReplyDelete
  9. Akak suka sebab banyak coklat.. kikiki.. Dah 2 ke 3 kali beli..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.