Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Resipi | Sandwich Inkigayo

Monday, 8 November 2021

Masa tengok Youtube channel Chanwoo ternampak pulak resipi sandwich Inkigayo ni sebab dia banyak kali prepare sandwich ni. Maknae iKON ni paling jarang masak sebab malas satu hal, kembar dia tukang masak satu hal lagi. Kalau dia prepare sandwich ni maknanya betul-betul sedap dan terpaling senang. Bobby dengan DK pun happy bila makan sandwich ni.


Bahan pun tak banyak, nak prepare pun terpaling senang lah pendek kata. Masa tahun 2018 Sandwich Inkigayo ni trending sebab sedap. Ramai la idol stars suka makan kalau buat performance dekat sana. Bak kata Chanwoo entah pukul berapa mak cik kantin tu bangun pagi untuk siapkan sandwich ni. 


Resipi ni edisi derhaka tau sebab resipi asal guna spam tapi disebabkan spam halal banyak yang habis stok, terpaksa lah I guna chicken slice je. Sebelum ni I pernah guna sosej tapi tak jadi. Sedap tapi tak sama macam yang diorang makan sebab isi sosej tu tebal. Sembang macam pernah pergi kantin Inkigayo je 

Bahan-bahan:

- Roti potong (I guna roti potong Gardenia sebab lembut)
- Jam strawberry
- Chicken Slice
- Butter


Cara penyediaan:

1. Goreng chicken slice dengan butter sampai masak dan garing.
2. Sapu strawberry jam dekat roti. Banyak mana nak sapu jam tu ikut tekak masing-masing. 
3. Letak chicken slice di bahagian jam strawberry.


Kalau ikut resipi asal kena letak telur goreng tapi I lagi suka macam ni sebab you boleh rasa masin dan masam manis strawberry jam tu. Kalau chicken slice you garing lagi sedap sebab rasa crunchy bila makan. 

Senang je kan nak buat Sandwich Inkigayo ni. Yang lecehnya bila nak defrost chicken slice je lah. Kalau spam tu buka tin terus masak je. Kepada yang berminat nak try, selamat mencuba :)

Resipi | Kek Batik Ganache Dengan Biskut Munchy's

Saturday, 19 June 2021

Bulan puasa haritu dapat job dari Munchy's untuk buat kek batik guna biskut Marie dari jenama diorang. Masa dapat job tu tak tahu pulak I kena buat sendiri kek batik tu. Sebelum ni I pernah buat tapi gagal wei. Keras kejadiannya sampai pisau patah. 


Disebabkan dah setuju nak buat job tu terpaksa lah try buat. Kalau tak dapat then mintak tolong Ain je lah sebab dia dah pakar buat kek batik ni. Setiap kali celebrate birthday mesti dia bawak sebab officemate request. I buat ni ikut resipi yang Munchy's bagi dengan resipi Che Nom jugak. Tak jauh beza pun resipinya dan mudah sangat nak follow. Simpan sini untuk my future reference hehe


Bahan-bahan : 


Bahan-bahan untuk kek batik:
1 pek biskut marie jenama Munchy's
1 ketul / 200g butter (unsalted/salted)
½ cawan / 153g susu pekat
½ cawan / 50g serbuk koko
1 cawan / 120g serbuk milo
½ cawan / 118 ml air panas
½ sudu kecil garam (kalau guna unsalted butter)
1 biji telur

Bahan-bahan untuk topping coklat ganache:
200ml /200g whipping cream
200g dark chocolate
1 sudu besar butter

Kalau ikut resipi Che Nom sebenarnya ada esen vanila tapi disebabkan NSK habis stok esen vanila masa tu, terpaksa lah buang dari list. Fret not, kek batik ni tetap sedap. Kalau you guys nak tambah, silakan tambah. Sukatan 1 sudu untuk kek batik dan juga topping coklat ganache. 

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk kek batik:

1. Patah-patahkan biskut marie dalam bekas besar. Kalau guna jenama Munchy's ni mudah betul nak patahkan sebab dia tak lah keras sangat. 

2. Panaskan butter sehingga cair menggunakan api yang kecil. Kemudian masukkan susu pekat, serbuk koko dan serbuk milo. Kacau sampai tak berketul.

3. Masukkan air panas, garam (kalau guna unsalted butter), esen vanila dan telur. Kacau sampai halus licin.

4. Tuang biskut marie yg dipatahkan tadi sedikit demi sedikit.

5. Tuang acuan ke dalam loyang yang dah dilapik kertas baking. Ratakan dan tekan sampai mampat supaya tak ada ruang atau lubang. Sejukkan dalam peti ais sementara sediakan coklat ganache.


Cara-cara untuk topping coklat ganache:

1. Cincang coklat masakan atau dark chocolate secara kasar dan masukkan ke dalam bekas. 

2. Panaskan whipping cream dalam periuk, boleh guna api atau microwave.

3. Setelah panas tuang whipping cream ke atas chocolate tadi 

4. Masukkan butter dan esen vanila. Kacau sampai sebati, tidak berketul dan licin.

5. Kemudiannya tuang atas permukaan kek batik tadi.

Masa I buat ni tak tekan betul-betul sampai mampat so masa tuang coklat tu dia masuk ke lubang dan ruang yang ada. Best bila makan sebab terasa coklat berganda tapi untuk visual, memang gagal teruk nak wujudkan lapisan ganache yang tebal. Dua kali kerja kena buat bancuhan kedua untuk mewujudkan lapisan tebal tu. 

Lagi satu kesilapan bila guna plastik sebagai alas acuan tu. Che Nom kata takpe tapi hakikatnya dia jadi berkedut sebab degil untuk dibentuk. Nampak tak sampai kena guna pengepit baju supaya dia duduk dekat tempat dia elok-elok? Renyah jugak lah nak buat kek batik ganache ni tapi bila bab makan tu bahagia sebab sedap. 

Resipi | Longan Limau 3ibu Molasses Herbs Cube

Tuesday, 8 June 2021

Lately ni cuaca panas sungguh kan? Sampaikan waktu malam pun tak boleh nak tidur sebab terlampau bahang. Dah bukak tingkap bilik, speed kipas sampai nombor 5 pun tetap panas. Weekend haritu rasa nak minum Longan Limau ni. 


Resipi dia sama je dengan resipi yang Khairul Aming tapi tukar gula melaka dengan 3ibu molasses herbs cube. Bila dah jadual tidur terganggu dengan stress kerja lagi, 3ibu cube la antara remedy berkesan. Yang tak tahu 3ibu molasses herbs cube ni apa ataupun nak tahu lagi kelebihan dia, boleh baca dekat sini

Untuk buat resipi minuman viral ni, I guna 3ibu Molasses Herbs Cube yang warna hijau sebab dalam tu ada perisa longan. Alang-alang dah sembang pasal 3ibu ni, actually diorang dah tukar packaging baru tapi I tak sempat nak beli la yang baru tu. Asyik habis stok je sejak PKP ni. Okay so ni bahan-bahan yang you guys perlukan untuk buat drinks ni. 

Bahan-bahan : 

- 1 tin longan syrup
- 1 bekas ais batu (ikut kuantiti yang disukai)
- 2 biji limau nipis (ikut kuantiti yang disukai)
- 2 cube perisa longan 3ibu


Cara-cara penyediaan : 

1. Bancuh 3ibu cube dalam mug. 
2. Sementara tunggu teh molasses tu sejuk, keluarkan buah longan daripada tin. Asingkan buah dengan air longan dekat dalam tu. 
3. Perahkan 1 biji setengah limau dalam cawan asing. Potong setengah biji nipis-nipis untuk hiasan. 
4. Masukkan semua bahan dalam satu bekas. 

Air longan yang dalam tin tu I guna sikit je sebab takut nanti manis sangat. Kalau suka manis, adjust la ikut suka. Minum limau longan ni sambil layan movie memang dap dap! Next time boleh buat lagi kalau rajin hahaha

Pengat Pisang, Resipi Mudah Sebagai Dessert Bersama Keluarga

Friday, 31 July 2020

Selalunya penghujung musim buah akan digantikan dengan musim tengkujuh. Tahun ni ramai yang tak termakan buah tambah pula sales pun menurun sebab PKP. Tahun ni nampak banyak je buah ada lagi dekat pokok. Kalau tahun sebelum ni dah hilang dah masa awal musim buah. 

Sebab tahun ni Raya Aidiladha meriah kan sebab dah boleh rentas negeri, boleh la habiskan buah yang ada dekat pokok. One of the easiest desserts recipe - Pengat Pisang. Dah la senang nak buat, bahan pun mudah je nak cari. Murah pulak tu. Makan panas-panas time hujan ni memang ummpphh! 


Resipi ni untuk 2-3 orang makan okay...

Bahan-bahan :

A:
- Pisang emas sesikat
- Gula Melaka 2 ketul
- Daun Pandan 2 helai
- Susu segar / santan (Ikut sukatan sendiri, nak pekat letak banyak)
- Air 2 cawan


B :
- Sagu
- Air 3 cawan

Cara Penyediaan : 

1. Panaskan pan untuk masak Bahan B. Didihkan air kemudian masukkan sagu sampai warna jernih. Kemudian basuh dan biarkan dia kembang.

2. Sementara tunggu Bahan B siap, didihkan air untuk sediakan Bahan A. Masukkan gula melaka dan daun pandan.

3. By the time gula melaka larut, pretty sure sagu pun dah kembang elok. So masukkan pisang dengan sagu. Tunggu dalam 5 minit supaya pisang serap air gula melaka.



4. Masukkan susu segar ataupun santan. Kalau masukkan santan, it is totally fine kalau masuk time suhu tengah panas atau menggelegak. Tapi kalau masuk susu segar kena kecilkan api dan biar suhu turun dulu. Sebab nanti susu pecah dan tak cantik.



5. Kacau sekejap then dah boleh hidang!


My close-up wasn't that nice sebab I gelojoh letak susu so don't repeat my mistake okay? Senang je kan nak buat? Kalau ahli keluarga ramai, tambah je lagi bahan. Tapi pencuci mulut ni bukannya orang nak makan banyak sangat.

Happy holiday everyone :)

Sagu Gula Melaka

Thursday, 30 April 2020

Dah lama craving Sagu Gula Melaka ni sejak nampak video dekat Twitter Syedewa. Uniknya resipi dia bila dia guna susu Farm Fresh gantikan santan. I tak berapa suka santan sebab perut senang kembung so bila dia guna susu and jadikan drinks nampak nyummmm sangat! 


Pastu nampak Khairul Aming buat resipi mudah untuk sagu gula melaka so I ikut resipi dia dan ubah ikut Syedewa punya version sebab taknak manis sangat. Resipi ni untuk 2-4 orang sekali minum. 

Bahan-bahan : 

- Sagu 1/2 cawan
- Gula Melaka 2 keping
- Sirap 2 sudu [brand Amina sebab warna dia cantik]
- Daun pandan 2 helai diikat/disimpul
- Susu Farm Fresh [brand lain pun boleh]
- Air 
- Ais batu
- Cincau [optional]


Cara penyediaan : 

1. Didihkan 5 cawan air dalam periuk atau kuali kemudian masukkan sagu dengan sirap. Kacau sampai sagu masak. Nak tahu sagu masak bila hilang warna putih dan jadi warna jernih. 


2. Tapis sagu kemudian basuh dengan air. 


3. Didihkan air 2 cawan bersama daun pandan kemudian masukkan gula melaka sampai cair. 


4. Dah siap masak sagu dan cairkan gula melaka dah boleh la combine semua bahan. Masukkan ais batu, sagu, cincau, air gula melaka dengan susu. 

5. Kacau sampai sebati then it's done!


Ada orang suka sagu banyak so masak la sagu banyak. Ada yang suka buat sagu warna-warni, haa yang ni kena rajin la masak setiap warna yang disukai. Anyway, my craving satisfied! Lepas ni boleh buat lagi sebab senang je. 

Resipi Kueytiaw Ladna

Saturday, 4 April 2020

Masa RMO ni teringin pulak nak makan kueytiaw ladna sebab senang je nak buat. Bahan pulak semuanya dah ada tapi yang tak bestnya terpaksa replace udang dengan ayam sebab tak boleh pergi NSK. Within 10km je kan. Resipi dia mudah sangat even memasak pun sekejap dalam setengah jam macam tu. 



Bahan-bahan : 


Bahan A : 
- Kuey tiaw
- Kicap [ikut sukatan masing-masing]

Bahan B
- Bawang besar 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Cili padi [ikut level pedas korang]
- Halia
- Ayam
- Air 3 cawan [depends nak kuah banyak mana]
- Minyak [1 sudu besar]

Bahan C
- 2 sudu tepung jagung dibancuh [nak pekat tambah lagi ikut suka]
- Telur
- 1 Kiub pati ayam 
- Mixed Herbs [optional]
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa

Bahan D
- Sayur sawi
- Bunga kobis
- Tomato

*Bahan D ni terpulang nak letak sayur apa. Ada yang letak cendawan, ada letak carrot. 

Cara-cara penyediaan :

1. Tumiskan Bahan B sampai ayam masak dan naik bau kemudian masukkan air. 

2. Kemudian masukkan Bahan B dan biarkan kuah direneh sebentar sampai telur masak. 

3. Sementara menunggu Bahan B, boleh panaskan kuali dan gaulkan Bahan A hingga sebati. Bahan A ni tak perlukan minyak sebab kueytiaw dah ada minyak dia sendiri. 

4. Balik kepada kuah tadi, masukkan Bahan D kemudian tutup api. Dah siap, boleh hidang untuk dimakan!


Bila buat kueytiaw ladna sengan ayam ni tak sesedap kueytiaw ladna seafood la but still happy makan dapat hilangkan craving. Makan pula dengan air lemon asam boi, memang bertambah la cerita dia. Happy cooking! 

Resipi Ayam Goreng Serai

Sunday, 22 September 2019

Dah lama tak update pasal resipi sebab dah jarang masak resipi baru, repeat resipi biasa je macam masak lemak dengan kari tak pun goreng biasa. Resipi ni dah lama sebenarnya lepastu main campak je mana ada. Sebab senang dan sedap, I nak share dekat sini. 


Bahan-bahan : 

Bahan A:
- Ayam
- Rempah ikut suka untuk perap [I use blackpepper, lada sulah, garam masala, serbuk kari, serbuk cili, rosemary hidup dan mixed herbs]
- Kunyit
- Bawang putih

Bahan B : 
- Serai [the more the merrier]
- 1 biji bawang merah
- Cili [nak tumbuk ke nak potong halus atau apa cara pun ikut suka]
- Minyak masak


Cara-cara penyediaan : 

1. Perap Bahan A. Lagi lama perap lagi sedap. 


2. Dah settle bab perap, prepare Bahan B. 

3. Panaskan minyak untuk tumis bahan B. Bila dah naik bau, masukkan ayam yang diperap tadi dan goreng sampai ayam masak. 


Bila ayam dah masak boleh la dihidang untuk makan dengan nasi panas. Bau serai dengan rosemary tu naik sekali rasa nak makan bertambah je. Ye, resipi ni tak sesuai untuk yang diet. Sekian. 

Smoothie Kiwi

Saturday, 22 June 2019

Jumaat lepas pergi pasar malam sebab nak mencari buah mata kucing dengan buah bidara tapi dua buah ni tak kena jual lagi. 

Alang dah datang jalan je la cuci mata dari hujung ke hujung. Kebetulan ternampak brader ni jual buah kiwi murah - 2 pek RM10. Satu pek ada 5 biji kiwi. 

Kira murah la kan? 1 pek RM5 je. Kalau dekat supermarket dah cecah RM10. Since dia dah jual combo 2 pek, terus grab 2 pek je lah. Masa makan tu memang sedap la kiwinya. 

Dah beli dah bawa balik rumah, tak sampai 3 hari pun dah start lembik. Bila dah lembik nak makan pun tak syok so buat smoothie je la habiskan stok susu sekali.

Bahan-bahan just kiwi dengan susu je. Blend dua bahan ni sampai hancur.




Tak letak gula pun sebab nak stay healthy gittewww lagipun susu dah ada gula dia sendiri dah. Minum sambil blogwalking. Nyum!

Kentang Goreng Spicy

Wednesday, 29 May 2019

Haritu craving sangat nak makan kentang goreng tapi stok frozen fries tak ada sebab dah lama tak beli. Freezer kecil je mana nak muat kalau beli frozen banyak sangat. Nak order memang tak lah sebab bazir duit je order fast food semata nak makan fries. 


Kebetulan ada stok kentang dekat dapur. Teringat pulak masa dekat Giatmara dulu ada akak ni rajin buat kentang goreng. Dah craving sangat buat sendiri je lah buat snek sambil tengok movie. Bukan lama pun, setengah jam je dah siap. Setengah jam sebab nak potong kentang je. Goreng tu sekejap je. 

Bahan-bahan : 

- Kentang 
(Berapa biji tu ikut tekak sendiri lah nak makan berapa banyak & Saiz kentang you guys. Mine was small size so I used 3 potates untuk dapat satu mangkuk besar)
- Tepung Bestari Spicy
- Minyak

*Kalau nak tambah garam pun boleh. I tak letak sebab tepung bestari tu dah cukup rasa dah.

Cara-cara penyediaan : 

1. Potong kentang bentuk jejari halus. 
2. Gaul kentang dengan tepung bestari. 


3. Goreng sampai kentang nampak oren then angkat dan hidang. Siap! 

Senang je kan? Tapi kentang goreng ni kena makan panas-panas baru sedap dan rangup tepung. 

Resipi Ayam Bagana

Friday, 17 May 2019


Menu berbuka semalam saja cuba resipi baru jumpa ni sebab dah bosan makan masak yang biasa lagipun rempah dan bahan semua ada dekat dapur. Apa lagi bedal lah. 

Cara nak masak ayam bagana ni kalau ikutkan sangat senang tapi I put two method which still tak ubah rasa dia. Mana yang berkenan you guys ikut lah. 

Method 1: 

Bahan-bahan : 

Bahan A
- Bawang putih 4 ulas
- Bawang merah 1 biji
- Halia 1 inci
- Cili kering
- Serbuk kunyit
- Serbuk kari
- Biji ketumbar 1 sudu kecil

Bahan B
- Minyak
- Ayam
- Tepung Bestari

Bahan C
- Kerisik
- Air
- Garam
- Tomato 1 biji *optional

Cara-cara penyediaan : 
1. Salut ayam dengan tepung bestari lepastu goreng sampai separuh masak. 
2. Blend semua bahan A
3. Tumis Bahan A sampai naik minyak, kemudian masukkan ayam yang dah digoreng, dan Bahan C. 


4. Dah masak, hidang lah dalam pinggan. 

Senang je kan? 

Method 2

Bahan-bahan:

Bahan A
- Bawang putih 
- Bawang merah
- Cili kering
- Serbuk kunyit
- Tomato

Bahan B 
- Ayam
- Bawang putih
- Halia
- Some herbs [I use rosemary, oregano and lada sulah]
- Serbuk kari
- Biji ketumbar


Bahan C
- Kerisik 
- Serai
- Garam

Cara-cara penyediaan : 
1. Perap Bahan B selama 1 jam
2. Blend Bahan A kemudian tumis sampai naik minyak. 
3. Goreng Bahan B sampai kari naik minyak. 


4. Masukkan Bahan A dan C, gaulkan semua sampai masak. 
5. Hidang. 

Method kedua ni perap ayam sebab taknak isi ayam rasa tawar, biar isi dia serap semua herbs dan bau wangi. 


Menu ayam bagana ni makan dengan kailan masak belacan memang sedap dengan nasi panas masa berbuka. Since masak banyak, masa sahur makan ni je. Tak payah rush nak masak menu lain. Okay then, selamat mencuba resipi ni.

Resipi Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Tuesday, 26 February 2019

Bulan lepas tengah beli barang dapur ternampak ikan siakap murah dekat NSK tapi memang sentiasa murah pun harga seekor around RM7-RM9, rasa macam nak try masak 3 rasa sebab makan dekat kedai mahal boleh cecah RM50 so try buat sendiri.

Bulan ni baru nak buat, itupun hujung bulan. Perangai sangat kan suka peram dalam fridge. Sebab dah nekad nak masak minggu ni, kaut semua bahan nak beli untuk buat resipi ni. Senang je pun bila usha. Rasanya murah lagi kalau buat sendiri. Ni untuk makan berdua atau bertiga sebab ikannya saiz sederhana besar.

Bahan-bahan :

Bahan A
-Ikan siakap (1 ekor) : RM8
- Minyak untuk goreng
- Kunyit serbuk
- Serbuk cili
- Tepung jagung 2 sudu

Bahan B
- Sos cili 2 sudu
- Sos tiram 1 sudu
- Sos tomato 2 sudu
- Sos 3 rasa 4 sudu (RM3)
- Sos makanan laut 2 sudu
- Sos Extra pedas ABC 2 sudu (ni optional je sebab sili padi dah habis stok)

IMG_20190224_154745.jpg

Bahan C
- Bawang putih 4 ulas
- Bawang besar 1 biji
- Serai 2 batang (RM1)
- Cili padi (ikut suka) (RM1)

Bahan D
- Nenas 1 pek (RM1)
- Lada benggala 1 biji (RM2)
- Sayur tambahan (ikut suka carrot/kobis bunga) (RM2)

*I forgot to buy daun limau purut, so if you guys nak wangi, tambah daun limau purut dalam list*

Cara-cara penyediaan:

1. Perap Bahan A lepastu goreng. Garing ke tak ikut suka.

IMG_20190224_154735.jpg

2. Dah siap goreng Bahan A, ambil minyak goreng ikan tadi masuk dalam kuali lain then tumis Bahan D sampai naik bau lepastu campak Bahan B. Gaul sebati sampai meletup kecil.

IMG_20190224_154728.jpg

3. Masukkan Bahan D then gaulkan dengan campuran sos. Kalau nak kuah cair, tambah la air. Kalau nak pekat tak payah tambah sebab nenas tu dah keluar air banyak. Quite enough untuk gaul dengan ikan.

IMG_20190224_155116.jpg

4. Tuang je kuah atas ikan yang dah siap goreng awal tadi. And we're done!

IMG_20190224_160459.jpg

Lada benggala dengan nenas sepatutnya potong dadu tapi malas so kita potong je ikut suka. Potong gedabak sebab bila makan rasa crunchy.

Bahan-bahan dia agak banyak tapi puas hati sebab masak sendiri. Since semua sos dah ada tinggal nak beli sos 3 rasa je so total duit keluar just around RM20 je compared makan dekat luar RM50 itupun tak puas sebab makan ramai-ramai. 

Sekarang ni dah tahu cara nak buat, memang happy la nak buat lagi sebab nak masak resipi ni sonang yo! Good luck yang mana try masak guna resipi ni okay. Have fun!

Resipi Medium Rare Steak ala Jamie Oliver

Friday, 7 September 2018

Musim Raya Haji ni memang dah sinonim dengan stok daging banyak dalam peti ais so disebabkan teringin nak makan steak tapi mahal ya ampun dekat restoran tu, kita masak sendiri je lah berbekalkan video masakan Jamie Oliver. 

Nak masak pun mudah sangat tambah pula bahan yang memang sedia ada dekat dapur dan yang paling penting, masak 6 minit je dekat dapur lepastu dah boleh makan. 


Bahan-bahan diperlukan: 

Bahan A
- Daging bahagian isi
- Rosemary
- Paprika
- Lada putih
- Serbuk bawang putih 

Bahan B
- Minyak zaitun
- Garam
- Lada hitam 
- Butter
- Lemon
- Tomato ceri

Cara Penyediaan : 

1) Perap Bahan A selama beberapa lama yang you guys nak. Lumur minyak zaitun, garam dan lada hitam dekat daging lepastu tepuk-tepuk manja sikit. Nak tabur garam dengan lada hitam ala Salt Bae pun boleh uolls. Sukatan ikut suka tekak masing-masing lah ye who cares kan.

2) Letak daging tadi dalam kuali. Make sure kuali panas gila sampai berasap tu baru letak sebab taknak isi dalam masak. Lepastu balikkan daging untuk masak sebelah lagi dan juga bahagian sisi. 

3) Kemudian spread butter pada daging, nak banyak ke sikit kuah tu bergantung pada tekak masing-masing. Masak sekejap sampai butter jadi keperangan lepastu angkat dan hidangkan. 

4) Hiris lemon kemudian perah dalam kuali supaya bercampur dengan butter tadi lepastu titiskan atas daging yang dihidang bersama tomato tadi. Siap!

Lemon tu kalau suka masam-masam manis, perah la banyak. Kalau tak suka sangat tak payah letak pun takpe. 

Tips Masak Nasi Orang Bujang

Tuesday, 3 July 2018


Selalunya kalau makan bujang ni memang satu cawan beras je sebab portion untuk sorang dua makan tapi masalah timbul bila masak sikit ni memang kerak lagi banyak dari isi jadi terpaksa lah masak lebih sikit. Nak beli periuk nasi Tefal tak mampu dik non nak pula kalau students.


Kecoh dekat Twitter hari ni cara masak nasi portion sedikit tanpa berkerak langsung menggunakan mug dan periuk nasi. Rasa dia ala nasi kukus pun ada jugak. Cara nak masak pun mudah je cuma sukatan air je kena lebih sikit dari biasa.

Bahan-bahan yang diperlukan :

Portion : 1 orang makan

- Beras segenggam
- Air
- Mug
- Periuk nasi

Cara Penyediaan :

1) Barus beras seperti biasa kemudian masukkan ke dalam mug dan isikan air sehingga tenggelam beras. Sukatan air penuh mug pun okay. Kalau tak yakin, masuk sampai beras tenggelam and make sure kerap check. Bila kurang, tambah.

2) Masukkan air dalam periuk nasi paras setengah periuk kemudian tekan button cook. Kalau guna dapur gas, hidupkan api sederhana kemudian tutup dengan penutup periuk supaya wap tu masak beras dalam mug.


3) Biarkan sampai masak kemudian hidangkan. 

For me, dah cantik dah nasi ni sebab memang suka makan nasi jenis lembut macamni. Kalau yang tak suka, boleh adjust sukatan air ikut tekak masing-masing. 


Mudah je cara dia, rasanya kalau guna mangkuk kaca pun boleh ataupun cawan besi macam penjual nasi kukus selalu buat. Warna dia pun lagi cantik dari nasi yang masak guna periuk nasi tapi yang lagi penting tak ada masalah berkerak. Nak cuci pun senang.