TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 15 ❤️

Monday 14 March 2022


Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Kanemoto Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (21.44 minutes for episode 15)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video : 


Mana-mana TV show mesti ada aktiviti ala Three Meals A Days jadi kali ni staff bawa Treasure pergi ke guesthouse untuk belajar memasak ikut resipi yang staff YGE bagi. Nak memasak dekat sini kena guna kayu api jadi team potong kayu api dah kena berusaha keras sikit lah. Jihoon yang kaki gym pun kalah bab ni sebab kayu tu keras. 

Bila tengok episod 15 ni teringat iKON TV (2018) bila diorang pergi memasak dekat pulau tapi tak lah risau sangat sebab diorang ada chef Yunhyeong. Dalam Treasure ni tak ramai yang pandai masak apatah lagi masuk dapur. Paling teruk Asahi dengan Haruto lah banyak main padahal orang lain sibuk prepare lunch. Boleh nampak lah kenapa Haruto frust bila Asahi tak pilih dia jadi desk buddy dalam Episod 13.

 

Nama aktiviti je lah Three Meals A Day tapi bila sampai dekat Treasure, dia jadi Two Meals je sebab nak masak satu resipi pun ambil masa sampai 4 jam. Lunch apa pukul 5 petang?! 


Dari awal episod sampai ke hujung boleh nampak Hyunsuk perangai macam mak-mak bila dia nampak Junkyu main dengan serangga, bila Jihoon nak pekena Haruto suruh makan kimchi pedas since Haruto tak boleh makan pedas ataupun masa Jaehyuk berfilosofi untuk cuba kaedah baru masa masak. Nasib baik Jaehyuk ada Hyunsuk, kalau dia pergi camping dengan Yunhyeong baru dia tahu azab kena berleter macam mana. 

"Are you always gonna be a follower? We either fail at something new, or succeed making a good discovery" - Yoon Jaehyuk, 2020


Kalau dalam episod-episod sebelumnya Jeongwoo paling bising tapi dalam episod ni dia banyak diam je. Masa basuh ayam dengan Yedam boleh pulak serius sembang pasal masa depan, nak beli rumah jenis apa padahal masing-masing sekolah pun tak habis lagi. But still macam terharu jugak lah sebab Jeongwoo dengan Yedam pernah stress kena battle with each other dalam YG Treasure Box. Yedam banyak tolong Jeongwoo sampai dia boleh debut sama-sama dalam Treasure. I hope their dreams come true. Kalau iKON boleh beli rumah, Treasure pun boleh. Fighting! 


Baby Junghwan paling function dalam episod ni sampai Hyunsuk rasa bangga dengan dia lepas settle basuh nasi. Baby cow paling comel jugak bila semua orang busy, dia dekat belakang tengah rasa whipping cream. Kyeopta~~!! >.<

Sepanjang episod ni nampak lah beberapa ahli Treasure yang sedar macam mana penat mak diorang prepare makanan untuk semua orang. Yoshi lah paling terharu sekali sebab dalam rumah dia ada ramai, tambah pula ayah dia dah meninggal sejak kecil. Even mak dia sakit pun terpaksa pergi kerja dan jaga semua sebab ibu tunggal. Hyunsuk pun insof lepas kena masa pajeon dengan chocolate crepe. Menu dia mudah je pun tapi keinsafan tu menusuk benar.

Hyunsuk reflecting in life: did i only rap and dance too much?


Doyoung relax je dalam episod ni sebab dia anak orang kaya but still ringan tulang nak tolong itu ini. Dalam episod 14 boleh nampak level kaya dia macam mana sebab semua makanan mahal dia tahu even dining etiquette pun power. Masa dia rasa masakan Treasure tu dia sebut "Det var jätte gott”, sedap dalam bahasa French. 


Kalau tengok Episod 15 ni kena tengok banyak kali sebab dalam satu masa ada banyak benda berlaku. Dah la ahli Treasure ni sampai 12 orang so masing-masing ada perangai masing-masing. Anyway sweater yang Treasure pakai dalam episod ni, sweater yang diorang dapat lepas join aktiviti Treasure Arts High School

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.