Drama Villa Kristal | Memang Panas, Penuh Skandal!

Sunday 6 March 2022


Pengarah: Kabir Bhatia, Jason Chong

Penulis Skrip: Hadi M. Nor, Honey Ahmad, Maizura Ederis, Zuli Ismail, Faten Syamimie, Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon : Mimi Lana, Mawar Rashid, Jasmine Suraya, Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Alvin Wong, Nazrief Nazri, Fadlan Hazim, Maria Farida, Sherry Ibrahim

Genre : Komedi

Rangkaian: WeTV

Episod: 12 episod

Tarikh Tayangan: 4 Mac 2022


Drama Villa Kristal Episod 1

Minggu lepas I tertarik untuk layan drama baru terbitan WeTV Originals, Villa Kristal. Baru episod 1 dah tak sabar nak tengok next episode! Konsep drama yang berkisar kekasih gelap ni tampil dengan tema yang segar, fun dan panas dengan skandal dari setiap watak utama. Boleh kata naskhah komedi ni berbeza dengan drama-drama yang ditayangkan sebelum ni. Jarang pengarah nak paparkan kisah dari perspektif madu atau kekasih gelap tanpa beri elemen simpati yang mendalam pada isteri pertama. Barisan pelakon yang mantap dengan sinematografi cemerlang antara penarik utama drama Villa Kristal.

Episod pertama drama Villa Kristal bermula dengan monolog Hani (Mimi Lana) memperkenalkan diri sebagai novelis dan misi dia membongkar sarang elit. Hani menyamar sebagai menantu seorang ahli politik untuk mencungkil kehidupan peribadi Rose (Mawar Rashid), isteri kedua Ustaz Adib (Nazrief Nazri) yang disorok di Villa Kristal. 

Demi mencari bahan sensasi untuk novelnya, Hani beli seunit rumah dari Azhar (Ucop) dan berbaik dengan semua penghuni di situ untuk mencungkil cerita tentang Rose bagi plot utama dan isteri kedua ataupun perempuan simpanan sebagai plot tambahan. Kelas yoga kelolaan Angel (Jasmine Suraya) menjadi titik permulaan kepada dia untuk bertemu dengan Rose. Tak semudah yang disangka, Rose cuba mengelak untuk bermesra dengan Hani. 

‘That’s Rose. Dulu dia famous berlakon dalam drama 300 episod rasanya. Suamiku Dot Dot kot. Lepastu dia kahwin dengan ustaz reality show terus sendu, ke laut dalam.’ - Azhar

Hani juga berjumpa dengan Diana, wanita bekerjaya yang berjaya tapi hauskan cinta sejati. Katanya bukan salah dia kalau lelaki tersebut berstatus suami orang. Rupa paras yang cantik memudahkan dia untuk tawan hati Idris. Jackpot kepada Hani dapat berjumpa dengan orang yang tepat dalam masa yang singkat. Memang pilihan yang tepat untuk santai dengan drama Villa Kristal sebab jalan cerita Episod 1 dah panas dengan adegan skandal terutamanya dari watak Angel dan Bin Bin. Tak sangka Jasmine Suraya berani keluar dari zon selesa dan watak klise.

Pertama kali Kabir Bhatia tampil dengan naskhah yang santai hasil kerjasama pengarah Jason Chong dan barisan penulis untuk wujudkan drama Villa Kristal. Tak mudah untuk layan cerita golongan yang tanpa segan silu mengganggu rumahtangga orang tanpa rasa geram. Tambah pula zaman sekarang makin ramai yang pilih untuk hidup mewah dengan cara yang singkat. Tengok perangai watak Diana dengan Rose cuba justify diri masing-masing ataupun mengeluh dengan nasib pun dah berpusing biji mata. 

Semua orang pun sedia maklum tentang wanita yang disorok di apartment mewah tapi tak ramai yang tahu bagaimana kehidupan peribadi mereka. Luar nampak bahagia tayang dekat social media walaupun dilabel sebagai perampas tapi dilema yang ditanggung semuanya disorok dari orang luar. Penceritaan yang santai dan menghiburkan adalah pilihan yang tepat untuk menarik penonton menyelam kehidupan mereka yang memilih jalan tersebut. 

Sinematografi yang dipaparkan dengan cantik, props yang bersesuaian dengan citarasa dan identiti setiap watak, ditambah pula dengan music score yang flirty dan nakal menaikkan mood dan impak pada penceritaan drama Villa Kristal. Montaj untuk intro setiap episode sesuai dengan vibe drama komedi ni. Boleh kata macam filem chick flicks Pisau Cukur. Vibe yang sama dan mengangkat mesej yang sama. 

Selain dari nama pengarah yang tersohor di dunia perfileman, barisan pelakon pun mantap. Pertama kali tengok Jasmine Suraya berlakon watak kepochi, nampak dia selesa dengan watak Angel sebab dia pun macam tu in real life (Jasmine yang beritahu sendiri dalam Cast ID). Fresh haircut, sexy, mood swing, kepochi antara karakter Angel so no wonder lah kalau senang sangat terhibur bila dia muncul. Facial expression dia on point masa scene Hani bagitau FIL dia boleh tutup villa ni kalau Idris tak nak bekerjasama. Mawar Rashid sesuai sebagai Rose, selebriti cantik dan mudah dimanipulasi oleh suami dan Diana yang cuba mencari cinta pada Idris yang sudah berpunya. 

Dekat intro scene Hani ada sebut yang dia mempunyai mak tiri jadi perspektif Hani pun sama macam orang kebanyakan yang menganggap wanita simpanan sebagai perampas dan perosak rumahtangga. Tapi bagaimana rasa benci yang mendalam tu bertukar kepada persahabatan lantas beri makna baru kepada kesemua wanita ni, kena tengok sendiri lah secara percuma setiap Khamis dan Jumaat jam 8 malam! PERCUMA & eksklusif di apps WeTV ataupun di laman web WeTV, wetv.vip!

Istimewa untuk pengguna WeTV VIP, anda boleh menonton drama komedi Villa Kristal 2 episod lebih awal dari pengguna biasa. Jangan terlepas perkembangan terbaru drama Villa Kristal di semua media sosial WeTV:

Facebook : WeTV Malaysia

Twitter : @wetvmalaysia

Instagram : @wetvmalaysia 

4 comments

  1. Menarik la.. suka karya Kabir Bhatia dan suka jugak filem Pisau Cukur.

    ReplyDelete
  2. Jalan ceritanya nampak menarik.. boleh usha nanti..

    ReplyDelete
  3. kalau ade ucop ni kompem la kelakar..

    ReplyDelete
  4. wow pasal kekasih gelap tuu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.