Movie Review | Hantu Mok Joh (2022)

Saturday 12 March 2022


Pengarah :  Asri Baq'u Tajudin
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Pelakon :  Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aloy Paradoks, Aprena Manrose, Pak Duan, Hushairi Husain, Amir Raja Lawak, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun
Syarikat Produksi : Kentang Hijau Universal Production
Pengedar : Astro Shaw (Astro First saluran 480)
Genre :  Komedi / Seram
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan :  17 Februari 2022
Trailer :



Filem  pertama  terbitan  Kentang  Hijau  Universal  Production berlatarkan kehidupan masyarakat Kelantan di sebuah kampung yang terletak berhampiran kawasan pantai. Kehilangan Mok Joh (Fauziah Nawi) selama 2 minggu menjadi bualan orang kampung tambah pula bila Peli Ayam (Asrulfaizal Kamaruzaman) terjumpa Stewa Li (Mek Yun) berjalan seorang diri sambil bawa mangkuk tingkat. Mok Joh lapar nasi katanya. 


Penduduk kampung mula diganggu hantu  Mok  Joh kerana pakaian tarian Mak Yong yang dipakai oleh makhluk tersebut. Makin ramai yang yakin Mok Joh mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Kehadiran Mok Joh selalu dicemuh oleh penduduk kampung kerana dia seorang penari Mak Yong dari zaman muda lagi. Bak kata Ustaz hiburan itu melalaikan dan tarian Mak Yong syirik. Namun Yem (Amirul Afendi) tak ambil peduli sehingga dia jumpa sendiri jenazah Mok Joh walaupun Heri (Aloy Paradoks) selalu terjumpa hantu Mok Joh sejak datang ke Kelantan. 


Naskhah yang bertemakan tarian Mak Yong mempunyai idea yang segar dan kukuh kerana mengangkat warisan dan budaya kesenian masyarakat Melayu yang makin hilang ditelan zaman. Semua watak juga menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya kecuali watak Heri yang datang dari Kuala Lumpur. Selain tarian Mak Yong, pengarah masukkan juga dikir barat dan seni wayang kulit untuk menghidupkan negeri yang kaya dengan budaya tersebut.

Namun olahan penceritaan mencacatkan keseluruhan cerita dengan dialog yang minimal dan watak yang tak dikembangkan sebaiknya sepanjang 90 minit filem ni ditayangkan. Nama Amerul Afendi seorang tak mampu untuk mengangkat filem ni seorang diri sekiranya watak dia juga lemah. Nampak keras juga masa dia menari Mak Yong. Kalau tengok pada watak Yem, baik cari bakat baru yang sememangnya pandai menari Mak Yong. 


Watak Heri muncul untuk elemen komedi tapi ada masanya bertukar jadi antagonis bila melibatkan watak Mok Joh dan Dek Na (Aprena Manrose). Menyampah juga bila tengok perangai tak semenggah Heri bila datang ke tempat orang. Sayangnya watak Heri ditulis sendiri oleh penulis skrip filem Hantu Mok Joh. Ada lah tiga kali lawak dia menjadi bila dia jerit dekat Yem orang kampung main kite, tengok wayang kulit dengan babak dekat hospital tu. 

Editing antara kelemahan utama naskhah komedi seram ni bila suntingan antara babak tak kemas. Boleh nampak pada babak Yem dengan Heri dalam kereta berbalah tentang bergurau balik Kelantan dengan babak Dek Na buat live dengan kawan dia untuk jual baju. Patutnya habiskan saja lah babak Yem dengan Heri baru masuk babak Dek Na. Melainkan dua babak ni ada pertalian macam contoh Yem muncul dekat live Dek Na tanya tentang Mok Joh. 


Tak banyak yang boleh dibicarakan tentang sinematografi kerana visual ala kadar saja. Babak dalam rumah kayu kelihatan shaky. Camera angle juga tak menambahkan impak pada screenplay. Pelakon sampingan tak expressive langsung walaupun babak tu seram atau saspen. Boleh kata kebanyakan pelakon yang diambil kelihatan kayu. Transition antara babak macam presentation sekolah menengah dengan asap, cermin retak, mosaic dan banyak lagi. 


Rasa tak puas bila tengok naskhah Hantu Mok Joh sebab ada banyak lagi yang boleh dikupas tentang tarian Mak Yong. Watak sampingan yang suka berkumpul di kedai Pok Heng pun boleh dikembangkan lagi cerita kedai kopi mereka. Watak ustaz tak perlu wujud pun sebab penduduk kampung memang dah meluat dengan tarian Mak Yong ataupun lebih tepat lagi, iri dengan kecantikan dan populariti Mok Joh sejak muda. Patutnya naskhah Hantu Mok Joh ni lebih sesuai kiranya dijadikan telefilem saja. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.4/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.