Hot & Spicy Tteokbokki Nice To C U

Saturday 12 March 2022

Masa beli Beef Bulgogi Gimbap dekat outlet C U Subang Bestari, kitorang beli Tteokbokki jugak. Dekat C U ni ada dua jenis tteokbokki - Hot & Spicy Tteokbokki ataupun Rose Tteokbokki. Up to its name, hot and spicy tteokbokki haruslah pedas sementara Rose Tteokbokki pula lebih creamy dan cheesy. Memang tak lah nak pilih yang tu sebab tteokbokki pun dah muak kalau makan banyak, inikan pula ada cheese. 


Makanan Korea haruslah tteokbokki paling win sebab tu makanan famous dekat sana. Sama lah dekat C U ni, Hot & Spicy Tteokbokki dia memang sedap. Kalau makan time panas memang menangis kepedasan. Kena tunggu dia suam-suam baru sedap nak makan. Kalau yang jenis suka pedas gila boleh lah makan time panas baru serve tu. 


Harga satu tteokbokki ni RM7.99 per cup dan saiz cup dia tak besar pun. Boleh kata small size macam tu. Tapi rice cake ni kan jenis sticky dan mampat dalam satu potong jadi satu cup ni pun dah boleh kenyang. Dalam Hot & Spicy Tteokbokki tu ada rice cake, fish cake yang dipotong kecil dengan telur rebus. This is my second time buying actually. Dua kali beli, dua kali happy so kalau pergi C U dah tahu lah nak beli apa hehe

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.