ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’

Thursday 31 March 2022


ASTRO ORIGINALS BAWAKAN KEMASYHURAN, KEKUASAAN & PERGELUTAN KELUARGA BERPENGARUH MENERUSI ‘KUASA’ | “Penerbit Filem Box Office, Astro Shaw & Skop Productions Terbitkan Drama Siri Premium Pertama Bersama”  

Astro  Originals  mempersembahkan  drama  siri  premium  terbaru, KUASA  dengan  mengetengahkan  buat  pertama  kali  kisah  fiksyen  sebuah  keluarga  berpengaruh dalam  dunia  hiburan  yang  hidup  penuh  dengan  glamor,  kemasyhuran,  kerakusan  kuasa  dan pengkhianatan.  KUASA  menceritakan  kehidupan  sebuah  keluarga  penerbit  terkemuka  yang  amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.  

Menariknya,  drama  siri  premium  ini  merupakan  hasil  kerjasama  dua  penerbit  filem  blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions. Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force,  Misteri  Dilaila.  Tidak  hanya  mendominasi  pentas  layar  perak,  keduanya  turut  meneroka platform Astro First dengan menerbitkan Penunggang Agama 1 & 2; dan bagi terus memperluaskan kuasa bersama, kini mempelopori drama siri premium. KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand. 

“Pihak  kami  berasa  sangat  gembira  apabila  dapat  berpeluang  sekali  lagi  bekerjasama dengan  rakan  penerbit  Skop  Productions.  Bezanya  kali  ini  dalam  penerbitan  drama  siri  premium. Melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, I-Tanggang dan Dukun Diva, kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi  yang  tinggi,  mampu  memberi  kepuasan  berbeza  kepada  penonton.  Begitu  juga  dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal, tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran. Jadi,  kami  harap  KUASA  dapat  mencipta  kejayaan  tersendiri  dan  sekali  gus  menjadi  sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia.”  - Naib  Presiden,  Perniagaan  Melayu  Nusantara  &  Ketua  Astro  Shaw,  Raja  Jastina  Raja  Arshad

Siri  genre  drama,  jenayah  dan  romantik  ini  telah  diarahkan  oleh  Kroll  Azry  yang  sebelum  ini mengarahkan  drama  bersiri  yang  tercalon  menerusi  Drama  Siri  Terbaik/Telefilem  Untuk  Pasaran Tempatan Asian di Content Asia Award 2020 iaitu ‘Black’, ‘KL Gangster Underworld 2’, filem Pekak dan banyak lagi. Manakala idea asal Kuasa adalah daripada Shamin Yusof.    

Mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama  siri  premium  KUASA  akan  menemui  penonton  tidak  lama  lagi.  “Saya  dibesarkan  dalam keluarga  seni  dan  sering  didedahkan  khususnya  dengan  industri  perfileman  melalui  papa.  Tidak dinafikan  sedikit  sebanyak  ia  telah  memupuk  minat  yang  mendalam  untuk  mengikut  jejak  papa. Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, dan saya lebih  berminat  dalam  selok  belok  penerbitan.  KUASA  adalah  idea  asal  pertama  saya  yang  akan dipersembahkan kelak, dan ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya  yakin  ia  sesuatu  yang  menarik  untuk  dikongsikan  bersama  penonton.  Saya  juga  ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium.”  

Kuasa  membariskan  gabungan  pelakon  senior  dan  baru  seperti  Nazim  Othman,  Nadia  Brian, Ridzuan  Hashim,  Ning  Baizura,  Dazrin  Kamarudin,  Izzy  Reef,  Nia  Atasha,  Alicia  Amin,  Syanie Hisham dan Azri Iskandar.  Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April  ini.  Anda  juga  boleh  strim  di  platform  Astro  GO  atau  On  Demand.  Ikuti  info  dan  klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

SINOPSIS KUASA 

Selama 35 tahun di dalam industri, Tan Sri Dhameer telah membina sebuah empayar terbesar  dalam industri hiburan  dengan syarikat Wira Entertainment. Bermula daripada menghasilkan filem-filem tempatan, musik kemudiannya platform pelaburan dan juga menubuhkan yayasan. Drama siri premium hasil kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions ini menceritakan tentang  kisah  keluarganya  dan  tiga  anaknya,  Darius,  Delilah,  dan  Dharma yang  merebut  untuk  menjadi  waris tunggal syarikatnya. 

Tan Sri Dhameer cuba untuk mendidik anak-anaknya bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Adakah dia akan berjaya? Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar beliau? Adakah darah lebih bermakna daripada wang? 

TRAILER RASMI KUASA


1 comment

  1. Pelakon hebat hebat ni, cerita mesti best. Bab kuasa ni selalu jadi rebutan. Kadang keluarga pun jadi musuh.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.